Yang Mempesona

Wednesday, 31 December 2008

Apa Azam Tahun Baru Anda?

Tiap - tiap tahun, bila menjelang tahun baru Masihi atau pun 'tahun baru orang putih', masing - masing sibuk la dengan azam tahun baru. Tapi, azam tahun tu dah tercapai ke belum? Kenapa instead of azam tahun baru 2009 tu, kita buat azam baru untuk tahun Hijrah 1430H ni? Pernah tak kita semua terfikir pasal tu?

Bila nak sambut Tahun Baru Hijrah, biasanya yang sibuk ialah pakcik2, atau makcik2, takpun golongan muda yang faham dengan Tahun Baru Hijrah tu. So, mereka inilah yang akan ke surau atau masjid untuk bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Golongan remaja atau belia jarang kita nampak di sana. Tapi bila nak sambut Tahun Baru 2009 nanti, pergilah ke Dataran Merdeka, Putrajaya, KLCC , mereka nilah yang paling ramai! Ada pulak konsert Tahun Baru, lagi la !

Apa pun, kita dah pun masuk ke Tahun Baru Hijrah 1430H dan esok Tahun Baru 2009 akan menjelang tiba. Kepada semua rakan - rakan bloggers, 'Selamat Tahun Baru 20009', 'Selamat Kembali Ke Sekolah Dan Selamat Bertugas' untuk mereka yang dah tamat tempoh cuti sekolah! Termasuklah diriku sendiri, hehehe! Apa pun azam tahun baru kita, semoga ianya akan tercapai, insyaallah! Semoga Tahun Hijrah 1430 dan Tahun Baru 2009 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk diriku, kerjayaku dan seluruh keluargaku, Amin!

Sunday, 28 December 2008

Salam Maal Hijrah 1430H


MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

Let us not forget our New Year that is Maal Hijrah or Awal Muharram. To all my friends, I would like to wish you 'Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430'. Hope that Hijrah 1430 will bring more happiness, success, good fortune and not forgetting' barakah' to our life.

Thursday, 25 December 2008

A Night Out With Zara


Yesterday afternoon, I got one SMS from Zara asking me whether I would be eating out for dinner. She told me that these two days she'll be eating out for dinner. Actually, we planned to meet before tapi tak jadi. Belum ada rezeki lagi agaknya. It so happened that I was feeling a bit tired after a long meeting in school that morning, I planned to have dinner outside. Memang dapur tak berasap la semalam. Semuanya makan kat kedai.

So, I tried my luck inviting her to come and meet me for dinner. After a few SMS, she finally said 'Yes". Since, she's quite familiar with the area, I guess there would be no problem for her to find the place that would be the meeting place for us tonight. About 9.30 pm, she arrived and we met eye to eye for the first time, even though we had talked over the phone before.

2 hours seemed not enough for both of us. There were so many things to talk about. I don't know when we will meet again as she will be going back to Kuala Terengganu next week to continue her studies. Here in KL, she is undergoing her practical.To Zara, Good Luck and All The Best In Your Studies. Do Keep In Touch!

Wednesday, 24 December 2008

Cuti - Cuti Malaysia @ Kuantan

Looking for some souvenirs.

An evening at Teluk Cempedak

A joyride in Atok Mat's car

At Kg. Tanjung Api



Apa khabar wahai kawan - kawan bloggers ku? Hope that you are on the top of the world. Nak kata dah lama sangat tak buat entri baru, tak juga rasanya. Actually, I was away from home and just got back yesterday. Balik ziarah my parents kat Kuantan. Atuk dan nenek call suruh balik. I guess they miss my kids very much. Sebab dah lama sangat tak balik. Raya tahun ni beraya kat KL. So, this is the time when they can go back and visit their Atok Mat.

Tapi, tak dapat nak stay lama kat Kuantan. Actually, we planned to go back to Kuantan tomorrow after attending my friend's son's wedding. So, boleh stay sampai cuti Awal Muharram. But then, I got a call from a friend in Terengganu telling me that she'll be coming down to KL on Christmas day. Terpaksa la pulak tukar program. Kawan ni pun belum pernah jumpa lagi, another blogger friend of mine. Masa on the way to Kuantan, dia SMS bagi tau tak jadi nak turun ke KL sebab tiket bas dah habis. Tak ada rezeki la nak jumpa dia kali ni. I couldn't stay longer in Kuantan as I had to attend a meeting today.

Terkejut juga bila tengok ada shopping complex baru East Coast Mall on the way heading to my house. Too bad, tak sempat nak pegi buat lawatan kat sana! Next time perhaps. We went to Tg. Lumpur to buy some otak - otak and sata. Also to Kg. Tanjung Api to buy my favourite 'nasi dagang'. Lama sangat dah tak makan nasi dagang, tapi ni bukan mengidam punya pasal tau!

Sempat jugak meninjau Kuantan Uptown near Kuantan Bus Station. But this uptown closed at 1.00am. Lebih kurang macam Uptown kat Danau Kota jugak la... Last but not least, my kids favourite place is Teluk Cempedak. This place is now like Batu Feringghi at night. There are stalls selling souvenirs along the side of the road. But the crowd was not like Batu Feringghi.

Sunday, 21 December 2008

Tetamu Dari Pulau Mutiara

My kids with Azie, at Nasi Kandar Line Clear, when we were in Penang recently.

Salam to all. Dah lama benor rasanya I haven't been updating this blog with a new entry. I don't know why! Maybe I have been running out of ideas on what to write as my new entry. Or because I am a bit busy lately, tak ada sumber inspirasi untuk menulis. But, alhamdulillah, finally I have something to write about.

Yesterday, it's near 6pm when I received a call. A call from another blogger friend of mine. Ingatkan dia nak bagi tau dia nak datang ke KL tapi rupa-rupanya dia dah pun ada kat sini. Dah siap ronda-ronda kat Berjaya Times Square. Actually, kami dah pernah jumpa sebelum ni. For your information, she was our tourist guide when we went for Cuti - Cuti Malaysia @ Penang recently. It so happened that she's here for official business at Putrajaya tomorrow. We decided to meet for dinner yesterday. We picked her up at Setiawangsa and had dinner at Al-Ansar Steak House at AU2. After dinner, we headed to my house in Kajang where she stayed overnight at my place.She'll be here until Sunday and we hope to spend more time together. This time, 'll be the tourist guide.

On the way to Setiawangsa to pick her up, I made a call to Zara of Zahirah's _ Life's In Pink. Harap- harap dapat berjumpa jugak dengan Zara ni. But too bad, she's not able to make it as she's not in Ampang. Tak pe la ye Zara, tak ada rezeki lagi nak jumpa. Maybe the timing was not right, yesterday.Insyaallah, we'll meet one day.

Well, that's all folks. I am off to Kuantan today for another Cuti- Cuti Malaysia. Just kidding, ok! It's my hometown actually, to my dad's house!Insyallah, will be back on Tuesday. Hope to see you guys on Wednesday. Till then, Adios!

Wednesday, 17 December 2008

Macam - Macam Musim Ada.....

Chef- chef sedang menyediakan hidangan tengahari.

Lepas masak, kita makan ramai - ramai!

Salah seorang 'pesakit' sedang ditenangkan oleh doktor dan pembantu sebelum dikhatankan.

Dah pun selesai... dapat sijil lagi!

Sekarang ni kat Malaysia, macam - macam musim ada. Masa bergelar student dulu, my lecturer used to say, Malaysia is indeed kaya - raya. Mula - mulanya kitorang masa tu pening - pening lalat jugak dok memikirkan apa bendanya yang dia maksudkan tu. At last kitorang dapat figure out the meaning. Rupa - rupanya tiap kali ada cuti umum je, kitorang pakat ramai - ramai mintak postpone kuliah. Sebabnya nak balik kampung. Masa tu pulak kebetulan nak cuti Chinese New Year, so kitorang nak balik kampung sebab dah beli tiket, jadi nak mintak postpone kelas the next day lepas cuti tu. Nak cuti lebih la kiranya!Tapi lecturer tu memang best, no problem je dengan syarat ganti balik lepas tu.

La nie, sekarang tengah musim cuti sekolah. Tapi cuti sekolah pun dah tak lama lagi. Lepas ni sekolah bukak. Bukan setakat musim cuti sekolah, tapi musim hujan, musim banjir, musim orang kawin, musim bertunang, musim berkhatan atau masuk jawi atau pun bersunat. Last but not least ,musim tanah runtuh.....!

Baru - baru ni kat taman perumahan where I live, ada la Majlis Berkhatan Beramai - ramai anjuran Badan Kebajikan & Khairat Penduduk. Ramai jugak la mak bapak yang hantar anak - anak lelaki mereka yang dah cukup umur untuk dikhatankan. Ramai jugak la, 29 orang yang telah dikhatankan. Macam - macam gelagat bila budak - budak ni dikhatankan. Ada yang 'cool' je, ada yang menangis, menjerit pun ada! Seekor lembu tumbang untuk majlis tu, sumbangan salah seorang penduduk taman ni.Kalau tak silap ni dah masuk tiga tahun diadakan majlis khatan beramai - ramai ni. Yang paling seronoknya, apa - apa majlis yang diadakan mesti meriah dan dapat sambutan baik daripada para penduduk taman. Meriah gitu!

Anyway, my little boy is still too young for that. Tunggulah 2, 3 tahun lagi. Bagi kaum wanita, seperti biasa tugas kami adalah menyediakan juadah untuk makan tengahari pada majlis gotong royong sebelum majlis pada hari esoknya dan juga untuk majlis kenduri doa selamat pada malamnya, sebelum majlis berkhatan keesokannya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Rasanya Majlis Khatan Beramai - Ramai ni adalah the closing ceremony for the year 2008. Majlis terakhir bagi semua penduduk taman. Tunggulah pulak tahun depan untuk acara - acara atau program - program yang lebih happening!

Monday, 15 December 2008

Bersyukur dan Beringatlah.....

Ingatlah..... sesungguhnya Allah Maha Berkuasa

Ujian daripadaNYA kepada para hambaNYA

Apa pun bentuk bencana atau musibah yang melanda, pada hakikatnya ia memiliki peranan yang besar dalam mendidik jiwa kita. Pada hakikatnya musibah itu merupakan sunatullah, sebagai suatu proses sebab akibat daripada tindakan seseorang. Musibah itu juga merupakan peringatan daripada Allah SWT, sebagai ujian keimanan dan setiap musibah itu tidak selamanya tanda kemurkaan Allah SWT.

Pada saat itu seseorang manusia harus segera menyedari bahawa apa yang paling penting ialah iltija, iaitu mencari perlindungan diri kepada Allah SWT semata-mata, ketika di mana seluruh tempat bergantung tidak berupaya membantunya untuk menghadapi bencana tersebut.

Tidak ada tempat berlindung kecuali berada di bawah naungan-Nya. Tidak ada pertolongan kecuali daripada-Nya. Sehubungan itu, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya." (Surah At-Taghabun: 11)

Sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT ialah menjadikan kita atau keluarga sebagai tempat sasaran ujian-Nya. Musibah, memang akan selalu mengekori umat manusia di dunia ini kerana ia adalah tempat ujian dan cubaan. Hal demikian ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya akan Kami ujikan kamu dengan sedikit daripada ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan." (Al-Baqarah: 155)

Ini semua bertujuan memperbaiki ketakwaan dan kesabaran hamba-Nya dan akan memilih siapa yang berjaya menerima ujian tersebut dengan penuh kesabaran. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mereka yang banyak menerima ujian itu ialah para nabi, siddiqin dan salihin, kemudian mereka yang mengiringi..."

Segala ujian itu seharusnya ditempuh dengan penuh kesabaran kerana ini akan mendekatkan lagi dirinya kepada Allah SWT. Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
Tatkala seseorang Muslim yang tabah menerima musibah, dia mendapat penilaian yang sangat tinggi daripada Allah. Bahkan, itulah saat yang tepat untuk mendapatkan keampunan atas kesalahan dan dosa-dosa yang dilakukannya selama ini. Makin besar musibah yang dihadapinya dan makin kuat kesabaran ia menghadapinya, maka besar pahala yang akan diterimanya.

Di dalam al-Quran dinyatakan untuk mereka yang berjaya menghadapi ujian itu akan mendapat penghargaan daripada Allah, juga rahmat-Nya dan mereka itu memperoleh petunjuk. Hati mereka sekali-kali tidak akan terlintas atau terbawa-bawa dengan perasaan yang terselit persoalan kenapa Allah memilih diri atau keluarga mereka sebagai tempat ujian-Nya.

Yakinlah bahawa ada hikmah di sebalik bencana yang menimpa. Rahmat Allah SWT sentiasa terbentang selagi kita yakin dengan jalan menuju ke arah keredaan-Nya.

Allah SWT telah menegaskan bahawa semua yang ada di alam ini adalah milik-Nya, termasuk orang-orang yang kita cintai, harta benda yang ditakuti akan berkurang dan hilang, seperti pangkat, kedudukan dan kerjaya.

Oleh kerana semuanya milik Allah SWT, cepat atau lambat pasti akan kembali kepada pemiliknya yang asli iaitu Allah SWT. Ada pun diri kita hanyalah sekadar pemegang amanah untuk menjaganya atau memeliharanya.

Oleh kerana bencana itu juga kekuasaan Allah SWT secara mutlak, sedangkan Allah tidak pernah zalim kepada makhluk ciptaan-Nya, maka di sebalik bencana, musibah atau bala terdapat banyak hikmah bagi para hamba-Nya yang beriman.

Kematian yang menyayat hati akibat banjir atau tanah runtuh adalah ketentuan terbaik pada pandangan Allah, penguasa alam semesta.Tidak ada yang bakal terjadi di alam raya ini kecuali atas izin dan kehendak-Nya. Meskipun, perlu diingat bahawa kehendak-Nya tercermin pada hukum-hukum alam yang diciptakan-Nya.

Apabila seseorang tidak menyesuaikan diri dengan kehendak-Nya yang tercermin dalam hukum-hukum alam itu, dia pasti mengalami kesusahan serta kesukaran. Dia akan mengalami bencana, baik pada dirinya mahupun persekitarannya. Di sini kita sepatutnya berkata bahawa bencana itu adalah kehendak-Nya jua. Bukankah Dia yang menciptakan hukum-hukum-Nya?

Mengabaikan tanda-tanda kehadiran Allah menjadikan hati gersang dan kacau, dan mengundang jauhnya rahmat Allah dan datangnya bencana. Mengambil kira hakikat rentetan fenomena demi fenomena yang berlaku masa kini, pastinya dapat direnungi kesudahan hasil daripada tangan manusia dan perbuatan yang dapat mengasingkan antara perkara buruk dengan yang baik.

Fikir - Fikirkan dan Renung- Renungkanlah Sejenak!

Thursday, 11 December 2008

Ban Pecah @ Waterfront

Scenery at Ban Pecah@Waterfront


Jalan menuju ke Ban Pecah

Pantai Ban Pecah is what the locals call it. This place is well - known among the locals including our relatives in Parit Buntar, Perak. This is one of the places that they mentioned to us, when we visited them last year. We were wondering what is so special about this place! So, apalagi, kitorang pun pegi la terjah kat tempat tu, bila sampai dari Kuala Lumpur. We headed straight to Ban Pecah at noon! Tengahari buta, bak kata orang ! Nasib baiklah tak panas sangat, mendung! We did not have the chance to go to this place last year as we were running out of time! Tapi, kali ni, tempat tu la kami tuju bila sampai Parit Buntar tu.

But, there's nothing much we could see that time, may be because of the weather. Anyway, there were few locals, taking the chance fishing with their children! Aktiviti riadah bersama anak-anak di masa cuti! There's a food stall and a place for those who loves karaoke! Both were closed when we were there and I guess they would be open for business only in the evening.

Ban Pecah ni sepatutnya dimajukan oleh pihak - pihak yang berkenaan dan menjadikan tempat ni salah satu tarikan bagi penduduk tempatan mahupun orang luar untuk datang berkunjung. Sediakan kemudahan seperti gerai - gerai, chalet jika sesuai, tandas awam dan sebagainya. Perbaiki jalan masuk dan sediakan papan tanda bagi tempat ni. Nanti, barulah ada lebih ramai pengunjung. Tak la macam apa yang aku nampak masa kat sana, seolah - olah tempat tu 'hidup segan mati tak mahu'.

Wednesday, 10 December 2008

The Holy 'Qurban'

The Muslimah preparing lunch for those involved in the 'qurban'

Among the eight 'qurban'


Salam to all my dearest blogger friends wherever you are. Hope that the Eidul Adha celebration was indeed an enjoyable one. A time to be together with the loved ones, familiy, friends and relatives. Some of us also may have carried our the 'qurban' at your village or even at your housing area. Talking about 'qurban', the Muslims community where I am staying right now, also carried out the 'qurban'. We had eight cows for the 'qurban'.

The event started after the Solat Eidul Adha about 9.40 in the morning until about Zuhur. There were 8 teams and each team handled 1 cow. As for the Muslimah or the ladies, our job was to prepare lunch for those who lent their hands with the 'qurban'The lunch was a simple one, 'kurma daging','taugeh goreng', 'sambal belacan and ulam - ulaman' and 'ikan masin'. Not too forget, the 'sup tulang' as the main course I would say!

Come to think about the 'qurban'or sacrifice, even animals were willing to be sacrificed which is a noble thing. What about us? Are we willing to make a sacrifice for something for a better future or life? Are we strong enough to sacrifice? And here's something unique about this 'qurban' that I want to share with everyone.


Kebenaran Tentang Qurban - Penyembelihan Unik

Melalui peredaran masa, kemajuan dan teknologi terus membuktikan kebenaran dan keunikan syariat al-Quran. Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: Kami (Allah SWT) akan menunjukkan kekuasaan kami di afaq (langit dan bumi) dan pada diri kamu sehingga jelas kepada kamu bahawa bahawa dialah (Allah SWT) Tuhan yang sebenarnya... (Surah Fussilat:53).

Kini pelbagai kajian ilmiah dijalankan untuk mensabitkan keunikan syariat alQuran. Termasuklah syariat penyembelihan dengan segala adab kesempurnaan yang telah ditentukan oleh al-Quran dan petunjuk Baginda Nabi SAW.

Dalam satu kajian makmal yang dilakukan oleh sejumlah 30 orang pegawai perubatan di Syria di mana kajian tersebut telah memakan masa selama tiga tahun.

Dua sampel sembelihan telah dibawa ke makmal, sampel sembelihan yang menurut kaedah Islam dan sampel sembelihan yang tidak menurut kaedah Islam. Sampel sembelihan yang menuruti adab-adab Islam khususnya menyebut nama Allah SWT tatkala penyembelihan telah menghasilkan satu keputusan yang mengejutkan semua pakar perubatan yang menjalankan eksperimen tersebut.

Dua bentuk ujian telah dilakukan pertamanya mengukur jumlah bakteria pada daging sembelihan selepas 24 jam proses penyembelihan dan selepas dibasuh dengan cecair pencuci bakteria.

Seperti yang diketahui bakteria boleh memudaratkan manusia, menjadi penyebab banyak penyakit berbahaya seperti taun, disentri (dysentri), keracunan makanan dan lain-lain. Ukuran dijalankan dengan menggunakan perantaraan (medium) sodium thioglucolate dan levine medium (EMB).

Selepas 48 jam, hasil eksperimen menunjukkan tiada pembiakan bakteria pada daging sembelihan Islam berbeza dengan sembelihan bukan Islam di mana pembiakan bakteria begitu aktif sekali.

Keduanya, pemerhatian terhadap tisu binatang sembelihan bukan cara Islam di mana terdapat banyak sel darah putih (leukocyte) dan sel darah merah (erythrocyte). Ini berpunca daripada pembiakan bakteria yang ditunjukkan dalam proses pembengkakan tisu (inflammatory process).

Ini berbeza dengan sembelihan Islam di mana kurangnya pembentukan sel darah putih dan sel darah merah pada tisu daging yang menunjukkan kurangnya atau tiadanya pembiakan bakteria. (Majallat al-Ayat 2004).

Subhanallah, maha suci Allah SWT, Tuhan yang telah menurunkan al-Quran dengan segala kemukjizatannya. Marilah kita membesarkan Allah SWT dengan mentaati segala perintahnya, berkorban untuk kebenaran agama yang diturunkan-Nya.

Sunday, 7 December 2008

Salam Aidiladha To All

From Azza

Greetings and salam to all. Just taking this opportunity to wish all my blogger friends out there, Selamat Hari Raya Aidiladha and Selamat Menjalankan Ibadah Qurban. Drive safely and hope that your journey back home will be a safe one! Ingatlah orang yang tersayang!

Not to forget, thank you very much to those who have sent me the Aidiladha cards. And this is another card from Azza of Sedetikhati. Thanks Azza! Hope you enjoy your Aidiladha back in Kelantan. And for those who are not going back to your hometown for Aidiladha, enjoy the celebration with your loved ones.

Eventhough we will be celebrating Aidiladha tomorrow, we must not forget those who are involved in the landslide tragedy at Bukit Antarabangsa. My deepest condolences to the families of the victims. Let's hope and pray that they will reunite with their family members again! Moga tabah menghadapi ketentuan ini!

Thursday, 4 December 2008

Sedetik Pertemuan Seribu Kenangan

My daughter Niesa, myself and Azza.

A gift from Azza. Thank you very much!

My vacation last week was indeed an enjoyable one. I really had a good time, strolling along the beach, walking along the Night Bazaar at Batu Feringghi and of course enjoying the food! Best cuti - cuti Malaysia ni! Dapat bercuti, rehatkan badan, tenangkan fikiran dan enjoy makan! But it doesn't mean that I eat a lot, okay! I just love to eat, trying new cuisine which I couldn't find anywhere else. Something new to try out!

Besides going for holidays, my husband and I took the chance to visit our relatives and friends too. Like the Malay saying, 'Sambil menyelam, minum air'. It has been a year since we last visited them. With the great opportunity that I have, I decided to meet up with one of my blogger friends, Azza of Sedetikhati. She's staying in Bukit Mertajam and I was on my way back to KL when I made the point of meeting her.

Luckily, when I sent her SMS, asking her whereabouts, she was at home with no plans for the day. So, pucuk dicita, ulam mendatang! Since both of us are free that time, we gave each other the green light. She'll be waiting for me at the Krico Supermarket as I would be visiting a friend whose house is just a walking distance from the supermarket. Too bad, I got my migraine attack when I was about to meet her! But I know, I have to meet her no matter what. So, I had to send my eldest daughter to wait for her.

Finally, we met, at my friend's house. Eventhough she did not stay long at the house as she had other errands to do, but I was glad that I finally get to meet her. All these while, we have been communicating through the cyber, but that day, we were meeting each other in reality!

To Azza of Sedetikhati, it is a great pleasure of meeting you. Thanks for the friendship and thank you very much for the gift. And to Alwani, my good friend, thanks for the good hospitality when we were at your house. You were such a great host! To Azza and Alwani, here's something for you.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Wednesday, 3 December 2008

My First Ever Aidiladha Card

Yesterday, a message was left in my chatbox by Yanmie, telling me to collect a card from her blog, 'Permata Hatiku'. As usual, what comes to my mind is that the card is just a friendship card or gift that I used to receive from all my blogger friends. So, I decided to pay a visit to her blog to say hello and also to collect the card that she made and for me.

A very creative card from Yanmie.

Never thought that Yan will gift me this special card! The one and only Aidiladha card from Yanmie! Thanks a lot , sis! Thanks for the thoughts! Hope we can meet eye to eye , one day!

To all my blogger friends, 'Salam Aidiladha dan Selamat Menjalankan Ibadah Qurban'!

While I Was Away.......


When I was looking at my chat box, after being away for a week, many of my blogger friends dropped by eventhough they know that I was not around. They left all kinds of messages in my chat box. Some of them were new visitors. As I was going through the chat box, I saw two messages asking me to go to their blog. The messages was from Daddy Cool and Skul_ Tcer. I wonder why...!


To my surpise, there is a gift from Skul _Tcer and an award for Best Supporting Bloggers from Daddy Cool. Both of them are teachers, just like me and I just got to know them recently in the bloggers arena. Daddy Cool is teaching in Perak and Skul_ Tcer in Bercham, also in Perak. It's nice to know you. guys! Hope that our friendship will last forever. And I also hope that this blogging arena will be a path for us to exchange our views, opinions and share ideas regarding our profession and career.

Thanks again , Daddy Cool and Skul _ Tcer for the award and card! They are lovely! Hope our friendship will be a long lasting one, insyaallah!

Monday, 1 December 2008

I'm Home


Salam and greetings to all my blogger friends wherever you are. How's life? I hope that all of you are in the pink of health while I was away during that one week. I just came home last night after my vacation in Penang. It was an enjoyable one except for the weather. It was cloudy and sometimes it rained. When it rained, there's not much that we can do!

Well, that's all for now ! Will keep you update with stories about my vacation and more! So, please be patient! And don't forget to check for the new entry soon! Till then, adios!

Sunday, 23 November 2008

My Ex - student's Wedding

This is one of my ex-student who got married today. She was a student in my class back in 1999/2000. I was so surprised that she still could remember me as her ex-teacher eventhough she had left school for quite a long time. I couldn't recall when I got the invitation from her. So many of my students had left school because they had finished their school and went to continue their studies somewhere else.

I was happy to get the invitation . There's no words coming out when I saw her sitting on the aisle with her spouse. It seems like it was yesterday when she left the school. Today, she has moved to another stage in her life from a daughter to a wife, from a student to a career woman.But she is not the first of my ex- student who got married. In fact, many of them are already married and have their own family. Those that I know, but for those that I didn't know I believe they now have become parents and are raising their own family just like the rest.


The thing that makes me really proud of her is that she has chosen the teaching profession as her career. So, I guess by now, she understands more about the world of teaching and its challenges . Now, she is not only a teacher, but at the same time a wife. I do hope that she will be a successful person in life. As her teacher, my prayers are always with her.

To Siti Sakina and Aidil, I wish you all the best in your life

To all my blogger friends, for your info, I ni bukan takat ada anak je, tapi I dah banyak dapat menantu, cucu pun dah mula ramai! Tapi, aku tetap maintain vogue, kalah Nenek Vogue, hehehe! Itu yang aku tau, yang aku tak tau, ntah berapa orang lagi kat luar sana tu! Tapi cucu - cucu aku tu cucu halal tau, ada nasab punya! Korang pun belum tentu ada menantu lagi, apalagi cucu! Nak harap ada menantu sendiri, lambat la lagi! Kalau nak cepat dapat gelaran Datuk atau Nenek Vogue, pilihlah karier sebagai guru ni, hehehe! That's all folks! My last entry for this week. I'll be off for a week, taking a vacation ! Bye. See you soon!

Saturday, 22 November 2008

Thanks For Everything

Let us be good friends to one another. Make our friends feel that you are special in a way. But not make them your enemies or competitors. All of us are special in our own way. The beauty lies in the eyes of the beholder!

To all my blogger friends, I want to share all these with all of you to. Hope that we can understand the true meaning of friendship.


True friends are too hard to find. They are one in a million! Be grateful if you have found yourself a true friend!

Today, I got some sort of cards from Azza. Well Azza, thanks a lot for the gifts. I really appreciate cards, gifts, awards, tags, etc. Since I got myself into blogging in the middle of this year, I began to make and meet new friends in this bloggers world. Indeed, it is such a great experience for me, really precious and worthwhile. And as a new comer, I know one thing for sure that I cannot expect bloggers from all around the world, to come and visit, view and read my blog.

What I am looking for is actually what we call 'friendship'. To be specific a true friendship. A friendship that is based on sincerity and honesty. A friendship that is not based upon who you are, what colour are you, where do you come from, what do you do for a living, what kind of house do you live in or what car do you drive.


To me, all that does not matter. What matters is I want to have friends who are willing to accept me who I am . I am not trying to compete with anyone of you in this bloggers world. What I am looking for is a sincere, honest and true friendship from all of you.

To all of you guys and gals, who have been my friends, thank you very much. Your friendship means a lot to me! No need for all the awards, gifts etc BUT a true, sincere, honest and friends is what I am looking for! So, please don't feel sad if I have not given any gift or award to all of you. You are the most expensive and precious gift from GOD. It is good enough that I know that I have friends like you!


* Specially dedicated to all my friends....

We need friends for many reasons,all throughout the season,
We need friends to comfort us when we are sad, and to have fun with us when we are glad.

We need friends to give us good advice,
We need someone we can count on, and treat us nice.

We need friends to remember us once we have passed, sharing memories that will always last.

Friday, 21 November 2008

I Owe You, CM!

Sebenarnya, tag ni aku dah lama dapat dari CM. Kalau tak silap aku masa bulan Ramadhan dulu. Tapi, aku tak sempat nak jawab. Hutang tetap hutang! Jadi, hari ni aku nak langsaikan hutang aku pada CM. So, CM mintak maaf banyak - banyak ye sebab lambat jawab tag daripada CM. Anyway, harap CM terima la ye! Lebih kurang mintak maaf! Jangan la ingat kita tak sudi jawab tag awak! Hope that CM will be happy and that's all that I can share with you my friend!

7 Facts About Me

1. I love travelling and eating out!
Jom Cuti- Cuti Malaysia dan Kita Jalan - Jalan Cari Makan

2. I miss my life as a student at the University!
Terkenang semasa dulu bila tengok gambar- gambar masa muda-muda dulu, suka dan duka, pahit manis daripada masa Matrics sampai la grad!

3. I am afraid of heights!
Gayat bila dok kat tempat-tempat tinggi!Rasa nak pitam ada, berpeluh
pun ye! Macam-macam ada!

4. Macam CM la jugak, kalau boleh control, control la marah tu, tapi kalau dah melampau sangat,
meletup la jugak macam gunung berapi!

5. I enjoy cooking for my family!
Jadi satu kepuasan pada diri sendiri sebab dapat bagi suami
dan anak-anak merasai air tangan sendiri walaupun I am a working mother!

6. Anak -anak aku memang manja dengan aku tapi aku tak manjakan mereka!
Buat salah pasti

akan ada hukuman yang sesuai dengan kesalahan! Yang penting mereka tahu bahawa
hukuman itu adalah kerana untuk mengajar dan bukan mendera! Juga sebab aku sayang
mereka!

7. Bab makan dan minum, aku makan apa sahaja as long as it is halal!
Sebab aku ni jenis suka
mencuba makanan atau apa sahaja yang aku tak pernah jumpa kat tempat aku! So, kira tak
susah la kalau ada sesapa nak belanja aku makan! Anything will be ok for me....!

Thursday, 20 November 2008

Anna & Yanmie

Hari ini aku dapat mesej daripada Anna dan Yanmie melalui chat box aku. Kedua - duanya meminta aku datang bertandang ke blog mereka. Ingatkan apa..... rupa - rupanya ada hadiah daripada mereka untukku. So, inilah hadiah daripada mereka.

Terima kasih banyak - banyak kepada mereka di atas hadiah ini. Sebenarnya, ramai lagi bloggers di luar sana yang lebih bagus blognya daripada aku. Bukan setakat mempunyai blog yang cantik, canggih tetapi mereka juga mempunyai ramai 'follower' , traffic yang bagus dan juga yang paling ramai pengunjung jika dibandingkan dengan aku yang masih baru di arena blogging ni. Tak sangka la pulak tup - tup ada pulak yang bagi award ni pada aku! Alhamdulillah, terima kasih. Siapalah aku dengan blog ni jika dibandingkan dengan kawan- kawan bloggers yang lain!

Kepada kawan - kawan yang sudi datang melawat ke blog aku, terima kasih aku ucapkan. To Anna and Yanmie , thank you very much for the award. I appreciate that and I hope we will always be friends.

Monday, 17 November 2008

Tag From WKB a.k.a Freggie

I have been tagged by my ex-coursemate who finally managed to locate me through my blog! She is now in UK after completing her PhD. Just waiting for the right time to come back to Malaysia.So, to Freggie, I have completed the task, ok! Hope you'll be happy with the answers. Lebih kurang tu mintak maaf la ye!

The Who’s
Who Was The Last Person You Talked To?
My husband

Who Was Your Last Kiss?
My husband and my son

Who Knows The Most About You?
My husband

Who Can Make You Laugh No Matter What?
My family

Who Can You Always Count On?
My husband

Who Has Your Heart?
My husband and my kids

Who Is or Was Your Favorite Teacher In School?
Pn Rozita Abd Rahman, my class teacher in primary school

Who Is Your Best Friend(s)
Mimmi

Who Loves You?
My husband, my children and my family, I hope!


The What’s

What Is Your Favorite Song At The Moment?
None. I like songs by Kenny G, Kitaro and Richard Clayderman

What Are You Looking Forward To?
Having a good , peaceful and successful life, plus a good career

What Is Your Favorite Color?
Any colour that suits me! Tapi tak nak la colour yg 10km org kenal siapa dia!


What Website Do You Visit Most?
My blog and my Yahoo mail

What Is Your Favorite Smell?
Attraction by Lancome n Pleasure by Estee Lauder

What Is Your Favorite Movie?
None.

What Makes You Mad?
Bila rumah bersepah and I have to do the cleaning alone!

What Curse Word Do You Use A lot?
&%$#***, &&^%%%!

What Kind Of Phone Do You Have?
Nokia

What Was The Last Song You Listened To?
Can't remember when.

The When’s

When Was The Last Time You Went To The Mall?
2nd day of Syawal

When Did You Talk To Your Crush Last?
Before he went to sleep

When Do or Did You Graduate?
1996, alhamdulillah

When Is The Next Time You’ll Do Something Fun?
This school holidays, Cuti - Cuti Malaysia!

When Was The Last Time You Ate or Drank Something?
Lunch time

When Is Your Birthday?
February

When Was The Last Time You Went To The Movies?
Years ago when I was still at the UNI- forgot the name of the movie too!

When Is Your Parents Birthday?
April and May, but I don't know which is who's

When Were You In The Car Last?
A couple of hours ago, going to the bank!

When Will You Be 21?
Hahaha... already passed 21

When Will You Be Taking Your Next Vacation?
Most probably next week!

The Where’s
Where Do You Live?
Selangor, Malaysia

Where Is The Best Place To Be?
Shopping complex and tempat makan

Where Was Your Last Vacation?
Alor Star and Penang

Where Were You Born?
Kuala Lumpur

Where Is Your Best Friend?
At her house with her family

Where Was The Last Place Your Were Besides Your Own House?
Lembaga Urusan Tabung Haji

Where Do You Think You’ll Be In 10 Years?
Still teaching in school and sending my kids to college or uni

Where Is Your Cell Phone?
In my handbag

Where Are Your Parents?
My mama is with the Creator, my dad is still in Kuantan

Where Was Your Display Picture Taken?
From a website which my husband did it for me.

Sunday, 16 November 2008

Bloggers Day Out



At last, after a few SMS and phone call, we finally met! Actually, this plan to meet was suggested to a few of our blogger friends since last Ramadhan . Yalah, jemputan untuk berbuka puasa. But it did not happen. Mungkin sebab malu kot! Yelah , nak jumpa kawan - kawan bloggers untuk pertama kalinya! Sedikit sebanyak rasa malu dan segan tetap ada kan! Tapi aku okay je. Sebelum ni pun aku pernah gak jumpa chat friends aku. Jumpa kat kenduri kawin abang kepada salah sorang chatters tu. Meriah dan seronok jugak la masa tu!

Okay, back to yesterday's story. So, kitorang pun berSMS dan lepas call, kitorang pun buat keputusan nak jumpa. Kat mana, pukul berapa itu rahsia! Tepat masa dan tempat yang dijanjikan, kitorang pun jumpalah! Macam tak caya la pulak ! Nak jumpa dengan Nenek Vogue a.k.a Soul.

Anyway, it was such an enjoyable outing for us! We shared stories about ourselves, family etc. We even laughed about our chats in our blog with the other blogger friends. As a rememberance, this is just something to share with our friends! To Zamz and Knizam, jangan jealous tau kat kitorang! To Soul , hope our meeting that day, will not be the first and the last! But it is the beginning of a new friendship between us!

Thursday, 13 November 2008

Minggu Terakhir ku.......

Kesibukan yang melanda membuatkan aku tak punya masa untuk membuat entri baru untuk blog ku ini. Begitu juga untuk bersembang - sembang dengan rakan - rakan blogger ku yang lain. Aku hanya mampu singgah sebentar di blog mereka untuk menitipkan khabar buat mereka. Semuanya kerana ini adalah minggu terakhir ku....! Semuanya akau perlu selesaikan sebelum aku pergi! Ya, minggu ini adalah minggu terakhir aku berada di tempat kerjaku! Dan selepas ini aku akan pergi.....pergi untuk bercuti! Dah lama rasanya aku tak pergi bercuti! So, I guess I really need a break this time! Away from my workplace and from the workload!

Kebetulan tahun ini aku tidak diberikan tugas seperti rakan - rakan sekerja yang lain. Ada di antara mereka yang perlu bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan, Penyelia Kawasan, Ketua Pengawas mahupun sebagai Pemeriksa. Sememangnya aku amat memerlukan cuti ini just to relax and to rejuvenate myself. Destinasi percutian ku kali ini..... hanya di dalam negara sahaja. Belum habis satu Malaysia ni aku jelajah. Jadi, Jom Cuti - Cuti Malaysia!

Kepada semua rakan - rakan sekerja mahupu rakan - rakan blogger seperti aku ni, ' Happy Holidays ' kepada yang akan bercuti, serta 'Selamat Bertugas' kepada yang sedang dan akan bertugas pada waktu cuti nanti. Jalankan tugas anda dengan penuh rasa tanggungjawab. Lepas selesai bertugas, bolehlah pergi bercuti, macam aku ni....!

Tuesday, 11 November 2008

Bermulanya Satu Perjuangan.......Penentu Siapa Kita Di Masa Hadapan

Hari ini bermulalah satu lagi episod dalam kehidupan anak - anak didik ku. Bermulanya satu perjuangan yang akan menentukan siapakah mereka di masa akan datang! Bak dialog dari filem Ibu Mertuaku, 'Siapa itu Kassim Selamat? Lawyer, doktor, magistrate? Siapa mereka di masa depan? Semuanya ditentukan oleh mereka sendiri. Hanya mereka yang menentukan, bukan aku sebagai pendidik, atau ibu bapa mereka, tetapi MEREKA SENDIRI! Sama ada mahu jadi jurutera, akauntan, juruteknik, atau apa juga pilihan mereka, yang pastinya kejayaan itu ditentukan oleh mereka.

Oleh itu, pada hari ini 11/11/08, bermulalah satu perjuangan. Perjuangan yang akan menentukan sama ada kejayaan atau kegagalan yang bakal menanti mereka selepas ini. Perjuangan yang akan menentukan ke mana hala tuju mereka dan siapa mereka selepas ini. Perjuangan yang akan menjadi titik tolak untuk masa depan mereka. To be where you are and who you are! Hari pertama Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM untuk anak - anak didik ku.

Pagi tadi, semua calon SPM berkumpul di dewan sekolah sebelum bermulanya Kertas Bahasa Malaysia 1. Ketua Panitia Bahasa Melayu telah memberikan nasihat dan amanat terakhir kepada semua calon sebelum bermulanya peperiksaan pada jam 8 pagi. Guru - guru lain yang tidak bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan SPM turut sama berada di dewan . Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu.

Kepada semua anak - anak didik ku, hari ini bermulanya satu perjuangan untuk anda semua. Buatlah yang terbaik. Sesungguhnya, segala usaha pastinya akan membuahkan hasil. Tidak lupa juga kepada anak- anak rakan blogger, 'Good Luck & All The Best In SPM'.

Saturday, 8 November 2008

Juara PJM 2008

Minggu ini adalah minggu terakhir untuk Pertandingan PJM di sekolah aku. Jadi, semua warga sekolah especially anak - anak muridku ternanti - nanti akan kelas manakah yang akan dinobatkan sebagai Juara PJM Tahun 2008.

Sebelum terlupa PJM atau nama penuhnya Program Jiwa Murni adalah merupakan pertandingan kelas terbersih dan terceria. Ianya dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya, kategori Kursus, Juara RM10 untuk tempat pertama, RM7 tempat ke-2 dan RM5 untuk ke-3 beserta plak. Kategori Juara Bulanan RM 20, plak, sijil dan hadiah iringan bernilai RM 20. Yang paling best Juara Tahunan PJM Keseluruhan Mingguan, Juara Bulanan dan Juara Tahunan. Setiap pemenang kategori kursus akan mendapat wang tunai RM 5, plak dan sijil. Juara Mingguan juga wang tunai . Hadiahnya wang tunai dan hamper. Untuk kategori ni, ada 2 kategori iaitu Juara Tahunan PJM Mengikut Kursus yang mana hadiahnya ialah wang tunai RM25 dan hamper bernilai RM30. Johan Juara Tahunan PJM akan mem bawa pulang RM80 tunai,dan hamper bernilai RM100. Naib Johan RM60 dan hamper dan tempat ke-3 RM40 dan hamper. Juga hadiah penghargaan kepada guru - guru tingkatan bagi kelas - kelas yang menang.

Masa yang ditunggu - tunggu telah tiba. Semasa Perhimpunan Rasmi sekolah, Penyelaras Tingkatan telah mengumumkan keputusan Pertandingan PJM Tahun 2008. Juara Keseluruhan PJM Tahun 2008 ialah 4 Perdagangan Gigih! Tahniah untuk 4 Perdagangan Gigih! Well done! Keep up the good work! Tahun depan cuba untuk terus mengungguli kejuaraan itu.

Meraikan kemenangan hasil usaha semua ! We did it this year!

Dari kiri hamper untuk Juara Tahunan PJM 2008 mengikut Kursus, yang paling tinggi tu, hadiah Juara Keseluruhan PJM 2008 dan yang paling kanan tu hadiah untuk Guru Tingkatan!

Dan selepas itu, PK Kurikulum juga telah mengumumkan Johan Keseluruhan PJM iaitu kelas 4 Perdagangan Gigih beserta Guru Tingkatan akan menerima hadiah makan tengahari yang bernilai RM300. Wow! Banyak tu! Alhamdulilah, sebab dapat sponsor dari Puan Pengetua. Terima kasih daun keladi, tahun depan sponsor lagi!

Tapi disebabkan oleh kekangan masa, tak dapat la nak pegi hi - tea kat mana - mana. Akhirnya, inilah tempat kami menjamu selera, bersama PK, PK Hem dan Penyelaras Tingkatan. Kira oklah tu , makan nasi beriyani ayam goreng kampung kat Restoran Anje Seksyen 15 Bandar Baru Bangi!

Selesai menikmati makan tengahari.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati!
Orang kuat program PJM, Puan Mala dan Puan Ku

Antara orang - orang kuat 4 Perdagangan Gigih! Well done, boys!

Inilah saat yang paling indah bagi semua warga 4 Perdagangan Gigih! Terima kasih di atas segala sumbangan dan kerjasama anda! Kejayaan ini adalah milik kita semua! Tanpa anda, siapalah saya! Well done!

Thursday, 6 November 2008

Tag and Award Season Is Back!


A friendship note from Kak Kamsiah



The cute little teddy from Kak Kamsiah! Thanks, sis!



This is from Yanmie
Another one from Yanmie

Syawal is over now. And the festive mood has gone too. Just like the wind! And as for the bloggers, another season is here! The season for Tag and Award! Whenever I dropped by at any blog, I could see that awards and tag questions are all over. Either you have been tagged or you have been awarded by your blogger friend with an award.

Here it goes! I received an award from kak Kamsiah and Yanmie. And I've been tagged by my ex-coursemate back in the university. She's now in UK and just completed her Ph.D! Thanks to kak Kamsiah and Yanmie for the award! I'll appreciate that! Hope that this virtual friendship will last forever! To Freggie, I'll answer your tag, much later ok! Too buzy right now! To all, thank you for being my friends!


Sunday, 2 November 2008

Majlis Mohon Restu 2008

Tinggal lebih kurang 8 hari je lagi peperiksaan SPM akan bermula. Teringat masa aku ambik SPM dulu, berdebar - debar je masa first day exam tu. Masuk second day, alhamdulillah semuanya ok. Then masa nak ambik keputusan SPM kat sekolah, berdebar untuk kali yang kedua. Pada aku SPM tu macam hidup dan mati aku. Kalau lulus dengan cemerlang, maka hiduplah aku. Boleh teruskan pelajaran. Kalau gagal, maknanya duduk kat rumah la , sedangkan kawan - kawan lain sambung belajar lagi. Sekarang ni aku pun berdebar jugak..... bukan sebab apa kali ni aku berdebar sebab anak - anak murid aku pulak yang nak ambik SPM.

So, pada hari Jumaat baru - baru ni, 31/10/08 sekolah aku telah mengadakan Majlis Mohon Restu di antara guru - guru dengan semua pelajar yang bakal menduduki SPM pada 11/11/08 ni. Majlis ni diadakan supaya pelajar - pelajar dapat memohon maaf di atas segala kesalahan di samping memohon restu daripada guru - guru mereka agar dipermudahkan mereka menjawab soalan - soalan peperiksaan nanti. Biasalah, manusia mana yang tidak lari dari melakukan kesalahan. 'Nobody's perfect'.

Majlis tu dimulakan dengan ucapan daripada wakil pelajar diikuti dengan amanat daripada wakil guru lelaki dan guru perempuan.Lepas selesai amanat dan ucapan daripada wakil guru dan pelajar, Majlis Mohon Restu pun dimulakan dengan berselawat beramai- ramai ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Pelajar - pelajar lelaki bersalaman dengan guru - guru lelaki dan pelajar - pelajar perempuan dengan guru perempuan. Hinggakan ada yang pelajar - pelajar tak kira lelaki atau perempuan yang menitiskan airmata. Begitu juga dengan segelintir guru - guru perempuan, tapi bukan aku ye! Lama jugak aku berdiri di dalam dewan tu sebab nak memberi restu dan kemaafan kepada para anak - anak muridku , yang seramai 450 orang tu! Sampai nak pitam aku dibuatnya!

Maafkan kami cikgu, doakan kejayaan kami!

Amanat terakhir daripada seorang guru kepada anak muridnya.

Apapun, aku nak ucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM dan Semoga Berjaya kepada semua anak - anak muridku dan juga kepada rakan - rakan blogger yang anak - anak mereka bakal menduduki SPM tak lama lagi!

Tuesday, 28 October 2008

BBQ @ Fatimah's Birthday

Kepenatan masih lagi terasa sampai sekarang. Penat sebab banyak sangat jemputan rumah terbuka yang aku kena penuhi sejak hari Sabtu hinggalah Ahad. Dalam tempoh 2 hari tu, ada 5 jemputan ke rumah terbuka hari raya. Ikutkan hati memang dah tak larat nak pegi, tapi demi anak - anak dan kawan - kawan sekerja, kenalah penuhi juga.

Semalam, anak aku yang nombor 2 tu genap usianya 7 tahun. Dah lama dia pujuk aku nak buat majlis sambutan hari lahir dia. Aku dan suami tak bagi apa - apa jawapan lagi. Tak sangka , dalam diam - diam dia dan kakaknya dahpun menjemput kawan - kawan sekolah mereka untuk majlis tersebut. Hinggalah kedua - duanya beritahu kami yang mereka dah jemput kawan - kawan untuk hadir ke majlis tersebut. Jadi, nampaknya kami tak ada pilihan lain. So, kenalah tunaikan permintaan anak - anak tu.
Jam 3 petang, tetamu anak - anak aku mula tiba. Ada yang datang dengan parents dan ada yang datang dengan adik - beradik. Majlis birthday dah jadi open house pulak! Tapi tak apalah! At least aku dapat jugak kenal dengan parents kawan- kawan anak. Kalau tak sekarang, bila lagi! Aku cadang majlis tu nak buat kecil - kecilan je, tak sangka pulak semua yang dijemput , datang! Kebetulan ada pulak kawan - kawan suami aku yang nak datang beraya! Akibatnya.... 11 ekor ayam terkorban.

Anak - anak bersantai di padang rumah aku. Macam kat tepi pantai la pulak!


Ayam - ayam yang telah menjadi korban BBQ

Jam 10.30 malam baru semuanya selesai. Suami aku punyalah penat, berdiri dari tengahari sampai malam.Fuh..... penat tu! Yang pasti, they enjoyed themselves with their friends . Itu yang lebih penting bagi aku dan suami!
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails