Yang Mempesona

Friday, 6 June 2008

LAGI MASALAH KENAIKAN MINYAK


LAGI PASAL MINYAK NAIK

Dari email seseorang

Ada beberapa perkara yang saya nak komen terhadap ulasan yang diberikan oleh Shahrir Samad Menteri KDNHEP yang mempertahankan tindakan kabinet yang menaikkan harga petrol dan diesel dalam Buletin Utama TV3 malam tadi:

Antara hujah beliau yang menyatakan bahawa 'RAKYAT TAK AKAN TERBEBAN DENGAN KENAIKKAN HARGA MINYAK INI'

1) Rakyat tak terbeban kerana subsidi telah dipulangkan dalam bentuk wang pos RM 150 setahun bg motor di bawah 250 cc dan RM 625 setahun bagi kereta bawah 2.0 cc. (Ingat yg boleh dapat hanya semasa renew roadtax kalo dah renew tahun ni kena la tunggu sampai tahun depan)

Komen:
Ok mari kita buat kiraan skit berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.

i) Motor bawah 250cc:
Subsidi setahun : RM 150
Subsidi sebulan : RM 150/12= RM 12.5 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter

1 tank penuh petrol (EX5 class) lebih kurang bersamaan 4 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 3 hari (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 20 km-saya).

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 72 sebulan tolak RM 12.5 (subsidi)
= RM 59.50

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 51.20

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 59.50 - RM 51.20= RM 8.30 sebulan @ 16% sebulan.

ii) Kereta di bawah 2.0 cc
Subsidi setahun : RM 625
Subsidi sebulan : RM 625/12= RM 52.08 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter

1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 5 hari. (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 15km-isteri)

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 324 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
= RM 271.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 178.32

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 41.52 sebulan @ 18% sebulan.
Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol bulanan untuk pergi dan balik kerja sahaja.

Tetapi harus diingat semakin banyak kita gunakan petrol maka makin banyak lagilah jumlah kenaikkan yang akan kita rasai. Ini kerana semakin banyak kita gunakan petrol semakin banyak perbezaan kerana jumlah subsidi bulanan adalah tetap. Maknanya makin jauh tempat kerja seseorang, makin banyak liter petrol yang akan digunakan dan makin banyak lagilah peratus kanaikkan harga yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Contoh
jika jarak rumah ke tempat kerja ialah 30km (ambil andaian menaiki Kancil 660 tadi) maka:

1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter. Oleh kerana jarak sudah meningkat 1 kali ganda maka 30 liter minyak tadi hanya boleh digunakan 2.5 hari sahaja

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*30 liter*20 hari / 2.5 hari
= RM 648 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
= RM 595.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*30 liter*20 hari / 2.5 hari
= RM 460.80

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 135.12 sebulan @ 29% sebulan.

Sebenarnya yang untung atas penstrukturan semula subsidi ini adalah golongan penggunan yang dekat jarak rumahnya dengan tempat kerja atau golongan yang membuat perjalanan bagi jarak yang dekat.

Masalahnya bukan semua golongan yang berpendapatan rendah membuat perjalanan dekat khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar. Sebagai contoh di Klang, kebanyakkan pekerja-pekerja berpendapatan rendah yang berkerja di Klang tidak tinggal di Klang kerana tidak mampu menyewa rumah di Klang. Kebanyakan mereka tinggal kawasan kampung seperti Banting, Kuala selangor, Ijok dll. Jadi penstrukturan semula subsidi ini akan membebankan golongan ini.

2) Teori domino ( kenaikan harga barang lain disebabkan kenaikan harga petrol) tidak akan berlaku kerana baranga lain khususnya barangan asasi seprti tepung, gula, beras dah mendapat subsidi khusus untuk barang tersebut.

Komen:
Skrip lama diulang balik, dari Shafie Afdal dan menteri sebelumnya sampailah Shahrir Samad semua kata harga barang lain tak akan naik, tapi realitinya lepas tu SEMUA BARANG NAIK ATAS ALASAN KOS PENGHANTARAN MENINGKAT. Menteri Berdegar-degar kat dalam media kata KITA AKAN PANTAU...tapi last-last pemantauan ntah ke mana, tindakan ntah ke mana...yang sengsara rakyat marhaen sebab SEMUA BARANG NAIK HARGA.

3) Rakyat perlu bersama-sama membantu kerajaan bagi menghadapi kenaikkan harga minyak dunia.

Komen:
Dari dulu kini dan selamanya... rakyat kena berkorban demi negara sedangkan menteri-menteri yang buata keputusan tidak pernah ambil langkah untuk berkorban demi rakyat. Apa salahnya dalam menghadapi kenaikkan harga minyak ni para menteri buat keputusan bahawa elaun bagi wakil rakyat dipotong 20% ke, elaun wakil rakyat akan dikenakan cukai ke, tubuhkan satu tabung khas yang mana dananya diperolehi oleh potongan elaun wakil rakyat bagi menangani kenaikkan harga minyak ke dll lagi

Ini tidak hanya rakyat disusruh berkorban sedangkan menteri dan wakil rakyat khususnya BN dapat elaun itu, dapat elaun ini, kereta free, minyak free, makan free, minum free, claim san, claim sini, tak cukup dengan itu siap rembat lagi duit rakyat san dan sini. Macam mana diorang suruh kita berkorban sedangkan diorang selaku pemimpin tak menunjukkan yang diaorang nak berkorban sama.

4) Last sekali, ubah gaya hidup rakyat ( ni bukan Sharir Samad kata tapi orang FOMCA kata)

Nak ubah macam mana sebab semua barang naik, bukan barang kehendak je naik tapi barang asasi pun naik gak. Takkan la sampai nak makan ubi kayu balik je kot, pastu pakai baju dari kain guni??

Saya rasa la yang kena ubah gaya hidup ialah para menteri dan wakil rakyat khususnya BN, bukan rakyat marhaean biasa yang semakin lama semakin ditindas, semakin lama semakin lapar, semakin lama semakin merempat kat bumi sendiri ini.

Kesimpulan:
Lu pikirlah sendiri……

2 comments:

zalinawan69 said...

setuju sgt dgn pendapat awk...

JonAzmie said...

boleh pakai x text nie to my blog ?

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails