Yang Mempesona

Friday, 6 June 2008

Minyak Naik Lagi.... Apa Nak Buat??



Semalam harga petrol & diesel naik lagi. Dah la sebelum ni sibuk pasal harga beras. Sebelum daripada harga beras, kes minyak masak dan sebelum minyak masak hal gula! Tapi... pendapatan rakyat masih macam tu. Selepas diberi kenaikan 5-15peratus tahun lepas. Bonus hujung tahun tak ada!!! Sebab kenaikan gaji telah diberi. Itu alasannya. Mungkin betul dan boleh diterima pada masa tu. Tapi.... bila macam ni, petrol dan diesel dinaikkan harga, beras pun sama, apa lagi yang boleh diharapkan. Kalau dulu jika ke pasaraya dengan RM150.00 mungkin barang yg dibeli boleh penuh 1 troli. Sekarang...... dengan nilai yang sama, barang yang dibawa balik mungkin hanya 1/2 troli ataupun 1/3 troli. Semalam, aku ke pasaraya, aku beli 10 item. Kos yg aku bayar ialah RM101.39. Terkejut jugak aku dibuatnya.... tapi bayar ajelah. Sebab.... itu keperluan. So sekarang ni,kalau nak save sikit perbelanjaan, kenalah rajin survey harga barang-barang kat pasaraya, kurangkan makan-makan di luar. Mungkin sebulan sekali aje. Lagi satu, kalau nak shopping, pastikan bila benar-benar perlu saja. Gunakan public transport macam Komuter, LRT, Monorail, bila nak keluar. Itupun kalau ada berhampiran dengan kawasan tempat tinggal kita. So, dapatlah berjimat sikit. Tak payah keluar duit utk tol, bayar parking dan petrol. Itu pandangan aku la. Korang punya pendapat macamana pulak???

1 comment:

nuddya said...

kakza ke yg edit gamba tu..lucu!!! hahaha...

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails