Yang Mempesona

Tuesday, 8 July 2008

Pengalaman Bersama Kepten Di Atas Kapal Mewah

Seorang wanita muda sedang menikmati perjalanannya dalam kapal persiaran. Dia sangat mengkagumi kemewahan kapal itu. Baru pertama kali dia melihat kapal seperti itu. Untuk mengenang perjalanannya dia menulis apa yang berlaku di dalam buku catatan.

12 April:
Aku bangga kerana dapat menaiki sebuah kapal mewah. Akan ku ceritakan pada semua temanku, tapi... sayangnya aku belum mengenali kapten kapal ini. Mungkin dia sangat tampan dan gagah seperti hebatnya kapal ini. Kalau betul akan semakin menariklah ceritaku dan merekapastinya akan cemburu.

13 April:
Hari yang bertuah...
Aku berkenalan dengan kapten kapal ini... dan ternyata dugaan ku benar.... Dia sangat gagah dan tampan...
Aah beruntungnya aku !

14 April:
Tanpa ku duga kapten mengajak ku makan malam dan...dia juga sempat memuji kecantikan ku...
Aku bangga.

15 April:
Dia mengajak ku makan malam lagi. Ternyata lelaki ini nakal juga... dia mula berani mengajak ku 'bercinta' dan menunggu jawapan ku esok.

16 April:
Dia menagih janji .....
dengan jual mahal ku tolak dia mentah-mentah... fikirnya aku ini siapa... perempuan murahan..?
Dia malah mengancam akan menenggelamkan kapal
beserta seribu dua ratus penumpangnya.

17 April:
Pagi yang cerah .....
aku bangga kerana berjaya
menyelamatkan nyawa 1200 penumpang......

3 comments:

azza_irah said...

besarnya kuasa seorang wanita...

rosevsky said...

Akhirnya....

razifembi said...

apa punya cita nih...pompuan tuh terpaksa la kiranya?

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails