Yang Mempesona

Sunday, 24 August 2008

Pembohongan atau Pengorbanan??

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan kita semua.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin.Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama
beberapa hari kami terpaksa makanberlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Sayamenangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ' ' Makanlah nak ibu tak
lapar. ' - PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat
memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : ' Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan. ' - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita dihadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : ' Ibu,tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula. ' Ibu tersenyum dan berkata : ' Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi. ' - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari
mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapatdibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : 'Minumlah nak, ibu tak haus!! ' -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelakiyang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkannasihat mereka. Ibu berkata : ' Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki. ' - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergik e pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu
dan ibu berkata : ' Jangan susah- susah, ibu ada duit. ' - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, sayaberhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; ' Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang. ' - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata . Saya cium tangan ibu kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : ' Jangan menangis nak, ibu tak sakit. ' - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Sekian.
* I received this from Mr Razu through my email and I would like to share it with all of you. Can we call it lies or sacrifices? What say you ?

2 comments:

suara said...

Salam myza.

Bercerita ttg bohong, Su teringat pantun lama...

Siakap senohong gelama ikan duri
bercakap bohong lama-lama mencuri.

Pantun yang sering dilagukan oleh arwah bapa saudara su semasa mengajar kami ttg akhlak.

Berbalik pd kisah dlm n3 kali ni, pertama sekali su rasa pembohongan ke5 dan ke7, adalah kebenaran, bukan pembohongan.

Pengorbanan kadang tu perlukan pembohongan, tapi tengok pd situasi dan orang yg berbohong. Sebagai anak, pastinya tahu itu pembohongan benar atau pembohongan utk menyedapkan hati.

Apapun su tak suka bila segala jawapan ibunya dikatakan sebagai pembohongan. Bohong ialah satu bahasa dan tuduhan yg agak kasar. Membaca perenggan pertama, buat saya rasa macam n3 ni cuba mendedahkan sst yg aib. Bila dah baca semua, baru tahu apa yg dimaksudkan.

Apapun... ia juga buat su teringat satu artikel by Saifulislam yg buat su menangis... Cinta Tanpa Syarat

Myza said...

Salam Su.Terima kasih atas komen Su itu. Myza pun tak suka dengan perkataan 'pembohongan' tu. Pada Myza. kadang2 satu pengorbanan memerlukan kita untuk berbohong.Itupun mengikut masa dan keadaan atau situasi seseorang pada waktu itu. Dlm cerita ni, si ibu berbohong demi anak - anaknya. dia berkorban untuk tidak makan. Si ibu berkorban demi anak - anaknya!semuanya untuk anak - anaknya. Jadi, dia berbohong supaya ank2 tidak lapar wpun si ibu itu sendiri terpaksa menahan lapar.Sememangnya besar sungguh pengorbanan si ibu wpun terpaksa berbohong pada anak - anaknya!betapa mulia hati si ibu dgn pengorbanannya itu!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails