Yang Mempesona

Wednesday, 3 September 2008

Sekadar Berkongsi ..... Pasar Ramadhan





Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Di tempat kerjaku hari semalam dan hari ini dan mungkin di sepanjang bulan Ramadhan ini, masa - masa yang terluang sedikit itu digunakan oleh kawan - kawan untuk membelek majalah - majalah atau buku - buku resipi. Paling tidak melayari internet untuk mencari resipi. Maklumlah bulan Ramadhan, nak masak sesuatu yang istimewa untuk keluarga. Kalau tak melayari internet, sesiapa yang agak pakar dalam bidang masakan atau boleh dikatakan pandai masak , maka dialah yang akan menjadi pakar rujuk . Maka, duduklah mereka di satu meja, sambil menyalin resipi lauk - pauk mahupun biskut raya. Yang paling best , jawapan yang didengar "apa susah, beli je kat Pasar Ramadhan!"

Bila bercakap pasal Pasar Ramadhan ni , setiap orang ada pendapat tau pandangan masing - masing. Itu hak peribadi. Kita tidak ada hak untuk mengatakan ' aku betul, dia salah'. Aku sejak dah 3 Ramadhan ni, belum lagi menjejakkan kaki ke Pasar Ramadhan. Bukan aku ni kedekut atau nak berjimat ( tapi itu pun ya jugak sebenarnya) tetapi yang lebih penting aku tak nak membazir. Biasanya kalau dah pergi ke Pasar atau Bazar Ramadhan tu, macam - macam makanan dan minuman ada. Semuanya nampak sedap, nampak menyelerakan. Apatah lagi perut tengah lapar dan dahaga kerana berpuasa! Maka.... dibeli semua juadah yang berkenan di hati untuk dibawa pulang! Yalah bila tiba masa berbuka nanti, semua boleh dirasa. Tentang harga, tak kisahlah! Perkara kecik je, lagi pun baru lepas dapat gaji. Tak payah nak fikir mahal atau tidak, sedap atau tak, membazir atau tidak.

Hidangan berbuka puasa aku dan keluarga sangat simple. Kami makan nasi dengan lauk - pauk yang biasa sahaja. Tidak ada ayam percik atau ikan bakar atau apa- apa hidangan istimewa. Mungkin kerana aku bekerja, sebab itu tak dapat nak buat hidangan istimewa melainkan pada hujung minggu. Alhamdulilah, keluarga aku tak banyak kerenah pasal makan ni. Mereka dah faham dengan keadaan aku. Itu pun kadang - kadang juadah yang aku buat pun mereka tak mampu nak habiskan . Padahal, aku masak bukannya banyak. Bayangkan kalau aku masak dan beli lagi juadah di Pasar Ramadhan, yang pasti akhirnya nanti akan jadi habuan Mr. Tong S! Dah berlaku pembaziran pulak! Sebelum pada itu, dah pun berlaku pembaziran wang di Pasar Ramadhan dan sekarang pulak pembaziran makanan. Bukan itu saja, kita dah habiskan masa di Pasar Ramadhan. Kalau dekat, tak apalah. Boleh jalan kaki atau naik basikal. Tapi kalau jauh, dah tentu kena naik motorsikal atau memandu. Apakah yang kita bazirkan lagi?
Fikirlah sendiri ! Hanya kita saja yang tau.

4 comments:

Kamsiah said...

tak jenguk bazar ramadan lagi posa ni...musim ujan...malas nak kuar umah..masak sendiri lg jimat & fresh..

Myza Pesona said...

Betul tu.Saya setakat ni baru 2 kali je menjejakkan kaki ke pasar Ramadan.

ZARA said...

bazar ramadhan sebelah bilik jer...
tapi dah jemu makan makanan yang sama...nak rumah...wooo...

zamz said...

isk apsal gambar tu kecik sgt..tak nampak hehe

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails