Yang Mempesona

Tuesday, 28 October 2008

BBQ @ Fatimah's Birthday

Kepenatan masih lagi terasa sampai sekarang. Penat sebab banyak sangat jemputan rumah terbuka yang aku kena penuhi sejak hari Sabtu hinggalah Ahad. Dalam tempoh 2 hari tu, ada 5 jemputan ke rumah terbuka hari raya. Ikutkan hati memang dah tak larat nak pegi, tapi demi anak - anak dan kawan - kawan sekerja, kenalah penuhi juga.

Semalam, anak aku yang nombor 2 tu genap usianya 7 tahun. Dah lama dia pujuk aku nak buat majlis sambutan hari lahir dia. Aku dan suami tak bagi apa - apa jawapan lagi. Tak sangka , dalam diam - diam dia dan kakaknya dahpun menjemput kawan - kawan sekolah mereka untuk majlis tersebut. Hinggalah kedua - duanya beritahu kami yang mereka dah jemput kawan - kawan untuk hadir ke majlis tersebut. Jadi, nampaknya kami tak ada pilihan lain. So, kenalah tunaikan permintaan anak - anak tu.
Jam 3 petang, tetamu anak - anak aku mula tiba. Ada yang datang dengan parents dan ada yang datang dengan adik - beradik. Majlis birthday dah jadi open house pulak! Tapi tak apalah! At least aku dapat jugak kenal dengan parents kawan- kawan anak. Kalau tak sekarang, bila lagi! Aku cadang majlis tu nak buat kecil - kecilan je, tak sangka pulak semua yang dijemput , datang! Kebetulan ada pulak kawan - kawan suami aku yang nak datang beraya! Akibatnya.... 11 ekor ayam terkorban.

Anak - anak bersantai di padang rumah aku. Macam kat tepi pantai la pulak!


Ayam - ayam yang telah menjadi korban BBQ

Jam 10.30 malam baru semuanya selesai. Suami aku punyalah penat, berdiri dari tengahari sampai malam.Fuh..... penat tu! Yang pasti, they enjoyed themselves with their friends . Itu yang lebih penting bagi aku dan suami!

8 comments:

Ietams said...

bestnye.. macam piknik lak nampaknye.. berpiknik di rumah sendiri

Kamsiah said...

semoga si comel tu akan membesar sebagai gadis yg solehah

Erinsza said...

tulah nak tak nak buat 11 ekor ayam tumbang.

ramainyer yg dtg.

hehehe.

Erinsza said...

happy birthday buat si comel tu.

semoga jadi insan yg berguna di hari kelak.

azza_irah said...

hepy bsday buat puteri fatimah...
penat ek kak..

Sweet Thinker said...

hp bday tok anak tuan rumah

ras-adieza said...

sedap namanyer....bila disebut. macam anak akak lak tau2 dijemput kawan2nyer sebelum beritau nak buat majlis.

Myza Pesona said...

Kak Ras,
Terima kasih.Nama anak Myza tu abah dia yang bagi.Satu lagi, nama dia tu tak la glamour atau canggih sangat macam nama anak - anak zaman sekarang ni, kdg2 payah nk menyebutnya!Kira macam evergreen la nama dia tu! hehehe

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails