Yang Mempesona

Sunday, 19 October 2008

Jeruk ..... Beli Jangan Tak Beli !!


Sapa yang suka makan jeruk atau asam? Kalau perempuan makan jeruk biasanya orang kata perempuan tu mengandung sebab suka makan yang masam - masam . Tapi kalau lelaki pulak suka makan jeruk tu, apa sebabnya?Aku sendiri pun suka jugak jeruk ni. Nak kata favourite sangat tu tidak la! Tapi bak kata orang...... aku pantang dengan jeruk ni !Pantang nampak aje, terus nak beli !! Tapi jeruk ni bukan yang beli kat Thailand tu ye! Sebab jeruk ni nak kata masam sangat pun tak la sangat! Tak ada la terasa sangat bahan pengawet dengan pewarna tu! Nak beli jeruk kat Penang, jauh sangat! Nak kena naik feri atau lalu ikut Jambatan Pulau Pinang.

Bila pegi kat sini, mesti nak beli! Jeruk ni pulak kita boleh campur, ikut kesukaan kita! Kalau nak satu jenis je pun boleh ! Biasanya aku suka beli yang campur sebab macam - macam jenis boleh rasa, ' all - in -one '. Kira berbaloi la jugak kalau beli walaupun harganya berdasarkan berat jeruk tu! Bekas pulak ada 3 saiz: kecik, sederhana dan besar. Ada pulak bahan pencecah lagi, macam serbuk asam boi tu. Tapi yang ni ada 2, 3 jenis macam udang kering+ gula + cili kering, cili kering + gula, belacan + cili kering + gula, asam boi, kicap + cili + gula, sos plum dan lain - lain! Ikut suka la nak yang mana satu! Kalau pegi Alamanda, mesti beli jeruk ni! Kebetulan suami pun suka! So ada la kawan nak makan! Beli pun bekas besar ! Bila teringat je jeruk ni, mesti pegi beli....ni la penangan jeruk kat aku dan suami!

6 comments:

Kamsiah said...

jeruk...waaa sungguh ku tergoda...
akak suka gak tp bkn yg ada asid sitrik ka apa benda tu..
yg guna bahan biasa mcm garam,gula,cili,belacan..mmg pantang nampak le..

azza_irah said...

jeruk?..waaaa..i dun likeee...
tambah2 jeruk kat penang ni..ehehe...
tekak trakleh terima la kak..

Anonymous said...

Pantang Terhidang... sapu bersih

shaxx said...

jadi cair air liur tgk gambor jeruk..heheh

ryann said...

sengaja jarang makan sebab kalau makan tentu nak lagi. sodap tuh

Solsikke i mit hært said...

jeruk...sejak di Denmark saya tinggal kurang suka makan jeruk..kecuali clementine itupun kadang2, karena di sini jeruknya asam sekali...tak spt di Indo...ada pula jeruk yang manis :) begitupun disana yah Kak?

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails