Yang Mempesona

Thursday, 16 October 2008

Kantan Oh Kantan..!


Petang semalam baru sempat melawat my 'edible garden' kat tepi rumah tu! Dah lama benar tak buat lawatan rasmi. Paling akhir melawat ke taman tu masa bulan Ramadhan. Itu pun sebab nak memangkas pokok pandan yang subur tu. Bulan Ramadhan, pokok pandan banyak permintaan. Jadi, bawak ke tempat kerja sebab kawan - kawan mintak nak buat kuih buka puasa. Apa salahnya buat amal kebajikan, bersedekah daun pandan! Mudah - mudahan lagi subur tumbuhnya pokok pandan tu nanti.

Jadi, ni la yang dapat daripada taman ku itu! Kuntuman bunga kantan yang dah mekar berkembang! Cantik pulak bila tengok. Nak buat laksa belum lagi rasanya! Lagi pun masaih ada beberapa kuntum lagi yang baru nak kemmbang! So, sempatlah kalau nak buat laksa jujung minggu ni ataupun mingu depan . Manalah tau kalau - kalau ada tetamu nak datang beraya nanti!

Bunga kantan ni kalau beli di pasar boleh tahan juga harganya! Setangkai tu RM 1.50. Tapi, alhamdulilah, Myza tak payah beli. Semuanya ada kat tepi rumah. Serai, pandan, daun kunyit, lengkuas, bunga kantan, daun kaduk dan pegaga. Petik atau gali je bila nak guna!

Kantan yang dah dipotong ni nak bawak ke tempat kerja esok. Ada kawan - kawan yang mintak! Apa lagi, nak buat laksa la! Paling tidak pun nak buat ulam nasi kerabu! Rezeki daripada tanah, alhamdulilah!

3 comments:

Anonymous said...

nampak macam kuih raya je... ye ke tu ? tengah landasan lagi tak kena gilis ketaapi ke ?

suara said...

Salam myza...
Su mmg suka kantan. Setiap kali balik kg, mesti mak mertua bekalkan kantan yg ditanam kat belakang rumah.
Paling simple, buat ulam. Sedappp...

azza_irah said...

kak myza..
nape azza nampak cantik je kantan tu..kan..
nampak sempurna..
bes nya keliling umah ada sume..
tetiba nak leh je g cari kat luar ek..

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails