Yang Mempesona

Tuesday, 11 November 2008

Bermulanya Satu Perjuangan.......Penentu Siapa Kita Di Masa Hadapan

Hari ini bermulalah satu lagi episod dalam kehidupan anak - anak didik ku. Bermulanya satu perjuangan yang akan menentukan siapakah mereka di masa akan datang! Bak dialog dari filem Ibu Mertuaku, 'Siapa itu Kassim Selamat? Lawyer, doktor, magistrate? Siapa mereka di masa depan? Semuanya ditentukan oleh mereka sendiri. Hanya mereka yang menentukan, bukan aku sebagai pendidik, atau ibu bapa mereka, tetapi MEREKA SENDIRI! Sama ada mahu jadi jurutera, akauntan, juruteknik, atau apa juga pilihan mereka, yang pastinya kejayaan itu ditentukan oleh mereka.

Oleh itu, pada hari ini 11/11/08, bermulalah satu perjuangan. Perjuangan yang akan menentukan sama ada kejayaan atau kegagalan yang bakal menanti mereka selepas ini. Perjuangan yang akan menentukan ke mana hala tuju mereka dan siapa mereka selepas ini. Perjuangan yang akan menjadi titik tolak untuk masa depan mereka. To be where you are and who you are! Hari pertama Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM untuk anak - anak didik ku.

Pagi tadi, semua calon SPM berkumpul di dewan sekolah sebelum bermulanya Kertas Bahasa Malaysia 1. Ketua Panitia Bahasa Melayu telah memberikan nasihat dan amanat terakhir kepada semua calon sebelum bermulanya peperiksaan pada jam 8 pagi. Guru - guru lain yang tidak bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan SPM turut sama berada di dewan . Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu.

Kepada semua anak - anak didik ku, hari ini bermulanya satu perjuangan untuk anda semua. Buatlah yang terbaik. Sesungguhnya, segala usaha pastinya akan membuahkan hasil. Tidak lupa juga kepada anak- anak rakan blogger, 'Good Luck & All The Best In SPM'.

1 comment:

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails