Yang Mempesona

Sunday, 2 November 2008

Majlis Mohon Restu 2008

Tinggal lebih kurang 8 hari je lagi peperiksaan SPM akan bermula. Teringat masa aku ambik SPM dulu, berdebar - debar je masa first day exam tu. Masuk second day, alhamdulillah semuanya ok. Then masa nak ambik keputusan SPM kat sekolah, berdebar untuk kali yang kedua. Pada aku SPM tu macam hidup dan mati aku. Kalau lulus dengan cemerlang, maka hiduplah aku. Boleh teruskan pelajaran. Kalau gagal, maknanya duduk kat rumah la , sedangkan kawan - kawan lain sambung belajar lagi. Sekarang ni aku pun berdebar jugak..... bukan sebab apa kali ni aku berdebar sebab anak - anak murid aku pulak yang nak ambik SPM.

So, pada hari Jumaat baru - baru ni, 31/10/08 sekolah aku telah mengadakan Majlis Mohon Restu di antara guru - guru dengan semua pelajar yang bakal menduduki SPM pada 11/11/08 ni. Majlis ni diadakan supaya pelajar - pelajar dapat memohon maaf di atas segala kesalahan di samping memohon restu daripada guru - guru mereka agar dipermudahkan mereka menjawab soalan - soalan peperiksaan nanti. Biasalah, manusia mana yang tidak lari dari melakukan kesalahan. 'Nobody's perfect'.

Majlis tu dimulakan dengan ucapan daripada wakil pelajar diikuti dengan amanat daripada wakil guru lelaki dan guru perempuan.Lepas selesai amanat dan ucapan daripada wakil guru dan pelajar, Majlis Mohon Restu pun dimulakan dengan berselawat beramai- ramai ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Pelajar - pelajar lelaki bersalaman dengan guru - guru lelaki dan pelajar - pelajar perempuan dengan guru perempuan. Hinggakan ada yang pelajar - pelajar tak kira lelaki atau perempuan yang menitiskan airmata. Begitu juga dengan segelintir guru - guru perempuan, tapi bukan aku ye! Lama jugak aku berdiri di dalam dewan tu sebab nak memberi restu dan kemaafan kepada para anak - anak muridku , yang seramai 450 orang tu! Sampai nak pitam aku dibuatnya!

Maafkan kami cikgu, doakan kejayaan kami!

Amanat terakhir daripada seorang guru kepada anak muridnya.

Apapun, aku nak ucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan SPM dan Semoga Berjaya kepada semua anak - anak muridku dan juga kepada rakan - rakan blogger yang anak - anak mereka bakal menduduki SPM tak lama lagi!

7 comments:

zamz said...

emm bagus ada majlis camni..sempat la budak2 mintak maaf dgn cikgu2..mesti sebelum2 nih ada yg suka mengutuk cikgu kan..

ras-adieza said...

sebak pulak tengok bebudak tu menyalam. kira macam perjuanganlah di medan perang antara berjaya atau tidak ke laluan yang diangan2kan tu. anak2 ni peksa, kadang2 ibubapa lak lebih2 tension hehehe...macam akak..

azza_irah said...

majlis camni sure akan sebak..adehh..kadang kita yg tak tahan...

Myza Pesona said...

Zamz,
Biasa la budak-budak sekolah! Kita pun pernah macam mereka jugak! So,faham - faham ajelah!

Kak Ras,
Betul kata akak tu. Myza ni bukan takat anak sendiri, anak murid exam pun Myza yang tension!

Azza,
Memang sedih especially kalau kita jenis yang tak tahan. Tgk orang lain nangis, kita pun sama nangis. Yang nangis ni biasanya yg pompuan la!

nordee said...

semoga anak2 didik kita berjaya dunia akhirat

shaxx said...

my time x de la plak buat cam ni...

Erinsza said...

eloklah diadakan majlis mcm nie. yelah di akhir persekolahan, seolah2 inilah penutupnye.

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails