Yang Mempesona

Thursday, 13 November 2008

Minggu Terakhir ku.......

Kesibukan yang melanda membuatkan aku tak punya masa untuk membuat entri baru untuk blog ku ini. Begitu juga untuk bersembang - sembang dengan rakan - rakan blogger ku yang lain. Aku hanya mampu singgah sebentar di blog mereka untuk menitipkan khabar buat mereka. Semuanya kerana ini adalah minggu terakhir ku....! Semuanya akau perlu selesaikan sebelum aku pergi! Ya, minggu ini adalah minggu terakhir aku berada di tempat kerjaku! Dan selepas ini aku akan pergi.....pergi untuk bercuti! Dah lama rasanya aku tak pergi bercuti! So, I guess I really need a break this time! Away from my workplace and from the workload!

Kebetulan tahun ini aku tidak diberikan tugas seperti rakan - rakan sekerja yang lain. Ada di antara mereka yang perlu bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan, Penyelia Kawasan, Ketua Pengawas mahupun sebagai Pemeriksa. Sememangnya aku amat memerlukan cuti ini just to relax and to rejuvenate myself. Destinasi percutian ku kali ini..... hanya di dalam negara sahaja. Belum habis satu Malaysia ni aku jelajah. Jadi, Jom Cuti - Cuti Malaysia!

Kepada semua rakan - rakan sekerja mahupu rakan - rakan blogger seperti aku ni, ' Happy Holidays ' kepada yang akan bercuti, serta 'Selamat Bertugas' kepada yang sedang dan akan bertugas pada waktu cuti nanti. Jalankan tugas anda dengan penuh rasa tanggungjawab. Lepas selesai bertugas, bolehlah pergi bercuti, macam aku ni....!

7 comments:

zamz said...

bestnya happy holiday

azza_irah said...

penat sgt kak...

Daddy Cool said...

Itu yang sebenarnyer...CUTI!!!!!

kamar hati said...

selamat bercuti...jgn lupa ole2 yer... (",)


happy belated birthday tuk fatimah az-zahra....semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, berbahagia sentiaa dan menjadi anak yg solehah....semoga semuanya yg terbaik buat si comel... (",)

shaxx said...

selamat bercuti cuti sakan cikgu!

zamz said...

lepas ni bleh blogging sampai muntah..10 entry satu ari ye hehe

ryann said...

seronoknya bercuti. cuti baik baik

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails