Yang Mempesona

Wednesday, 10 December 2008

The Holy 'Qurban'

The Muslimah preparing lunch for those involved in the 'qurban'

Among the eight 'qurban'


Salam to all my dearest blogger friends wherever you are. Hope that the Eidul Adha celebration was indeed an enjoyable one. A time to be together with the loved ones, familiy, friends and relatives. Some of us also may have carried our the 'qurban' at your village or even at your housing area. Talking about 'qurban', the Muslims community where I am staying right now, also carried out the 'qurban'. We had eight cows for the 'qurban'.

The event started after the Solat Eidul Adha about 9.40 in the morning until about Zuhur. There were 8 teams and each team handled 1 cow. As for the Muslimah or the ladies, our job was to prepare lunch for those who lent their hands with the 'qurban'The lunch was a simple one, 'kurma daging','taugeh goreng', 'sambal belacan and ulam - ulaman' and 'ikan masin'. Not too forget, the 'sup tulang' as the main course I would say!

Come to think about the 'qurban'or sacrifice, even animals were willing to be sacrificed which is a noble thing. What about us? Are we willing to make a sacrifice for something for a better future or life? Are we strong enough to sacrifice? And here's something unique about this 'qurban' that I want to share with everyone.


Kebenaran Tentang Qurban - Penyembelihan Unik

Melalui peredaran masa, kemajuan dan teknologi terus membuktikan kebenaran dan keunikan syariat al-Quran. Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: Kami (Allah SWT) akan menunjukkan kekuasaan kami di afaq (langit dan bumi) dan pada diri kamu sehingga jelas kepada kamu bahawa bahawa dialah (Allah SWT) Tuhan yang sebenarnya... (Surah Fussilat:53).

Kini pelbagai kajian ilmiah dijalankan untuk mensabitkan keunikan syariat alQuran. Termasuklah syariat penyembelihan dengan segala adab kesempurnaan yang telah ditentukan oleh al-Quran dan petunjuk Baginda Nabi SAW.

Dalam satu kajian makmal yang dilakukan oleh sejumlah 30 orang pegawai perubatan di Syria di mana kajian tersebut telah memakan masa selama tiga tahun.

Dua sampel sembelihan telah dibawa ke makmal, sampel sembelihan yang menurut kaedah Islam dan sampel sembelihan yang tidak menurut kaedah Islam. Sampel sembelihan yang menuruti adab-adab Islam khususnya menyebut nama Allah SWT tatkala penyembelihan telah menghasilkan satu keputusan yang mengejutkan semua pakar perubatan yang menjalankan eksperimen tersebut.

Dua bentuk ujian telah dilakukan pertamanya mengukur jumlah bakteria pada daging sembelihan selepas 24 jam proses penyembelihan dan selepas dibasuh dengan cecair pencuci bakteria.

Seperti yang diketahui bakteria boleh memudaratkan manusia, menjadi penyebab banyak penyakit berbahaya seperti taun, disentri (dysentri), keracunan makanan dan lain-lain. Ukuran dijalankan dengan menggunakan perantaraan (medium) sodium thioglucolate dan levine medium (EMB).

Selepas 48 jam, hasil eksperimen menunjukkan tiada pembiakan bakteria pada daging sembelihan Islam berbeza dengan sembelihan bukan Islam di mana pembiakan bakteria begitu aktif sekali.

Keduanya, pemerhatian terhadap tisu binatang sembelihan bukan cara Islam di mana terdapat banyak sel darah putih (leukocyte) dan sel darah merah (erythrocyte). Ini berpunca daripada pembiakan bakteria yang ditunjukkan dalam proses pembengkakan tisu (inflammatory process).

Ini berbeza dengan sembelihan Islam di mana kurangnya pembentukan sel darah putih dan sel darah merah pada tisu daging yang menunjukkan kurangnya atau tiadanya pembiakan bakteria. (Majallat al-Ayat 2004).

Subhanallah, maha suci Allah SWT, Tuhan yang telah menurunkan al-Quran dengan segala kemukjizatannya. Marilah kita membesarkan Allah SWT dengan mentaati segala perintahnya, berkorban untuk kebenaran agama yang diturunkan-Nya.

No comments:

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails