Yang Mempesona

Wednesday, 17 December 2008

Macam - Macam Musim Ada.....

Chef- chef sedang menyediakan hidangan tengahari.

Lepas masak, kita makan ramai - ramai!

Salah seorang 'pesakit' sedang ditenangkan oleh doktor dan pembantu sebelum dikhatankan.

Dah pun selesai... dapat sijil lagi!

Sekarang ni kat Malaysia, macam - macam musim ada. Masa bergelar student dulu, my lecturer used to say, Malaysia is indeed kaya - raya. Mula - mulanya kitorang masa tu pening - pening lalat jugak dok memikirkan apa bendanya yang dia maksudkan tu. At last kitorang dapat figure out the meaning. Rupa - rupanya tiap kali ada cuti umum je, kitorang pakat ramai - ramai mintak postpone kuliah. Sebabnya nak balik kampung. Masa tu pulak kebetulan nak cuti Chinese New Year, so kitorang nak balik kampung sebab dah beli tiket, jadi nak mintak postpone kelas the next day lepas cuti tu. Nak cuti lebih la kiranya!Tapi lecturer tu memang best, no problem je dengan syarat ganti balik lepas tu.

La nie, sekarang tengah musim cuti sekolah. Tapi cuti sekolah pun dah tak lama lagi. Lepas ni sekolah bukak. Bukan setakat musim cuti sekolah, tapi musim hujan, musim banjir, musim orang kawin, musim bertunang, musim berkhatan atau masuk jawi atau pun bersunat. Last but not least ,musim tanah runtuh.....!

Baru - baru ni kat taman perumahan where I live, ada la Majlis Berkhatan Beramai - ramai anjuran Badan Kebajikan & Khairat Penduduk. Ramai jugak la mak bapak yang hantar anak - anak lelaki mereka yang dah cukup umur untuk dikhatankan. Ramai jugak la, 29 orang yang telah dikhatankan. Macam - macam gelagat bila budak - budak ni dikhatankan. Ada yang 'cool' je, ada yang menangis, menjerit pun ada! Seekor lembu tumbang untuk majlis tu, sumbangan salah seorang penduduk taman ni.Kalau tak silap ni dah masuk tiga tahun diadakan majlis khatan beramai - ramai ni. Yang paling seronoknya, apa - apa majlis yang diadakan mesti meriah dan dapat sambutan baik daripada para penduduk taman. Meriah gitu!

Anyway, my little boy is still too young for that. Tunggulah 2, 3 tahun lagi. Bagi kaum wanita, seperti biasa tugas kami adalah menyediakan juadah untuk makan tengahari pada majlis gotong royong sebelum majlis pada hari esoknya dan juga untuk majlis kenduri doa selamat pada malamnya, sebelum majlis berkhatan keesokannya. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Rasanya Majlis Khatan Beramai - Ramai ni adalah the closing ceremony for the year 2008. Majlis terakhir bagi semua penduduk taman. Tunggulah pulak tahun depan untuk acara - acara atau program - program yang lebih happening!

3 comments:

ZaHiRaH said...

Agak-agak ade tak bapak budak yg blom lagi? muahaha

nurulhuda abu bakar said...

teringat dlu salu ramai2 pakat mintak postpone class.. hehe sume sb nak cuti.... ;) lagi2 kalau cuti khamis.. tapi jumaat ade class.. bercinta... kdg2 lect tak bagi pakat ramai2 hilang.... ;)

kin hashim said...

wa...meriah ye aktiviti penduduk taman myza nih...sonok, kan, dpt beramah mesra ngan jiran tetangga time gotong royong tuh...

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails