Yang Mempesona

Friday, 26 September 2008

Salam Aidilfitri To All

Selamat Hari Raya E'dul Fitri Daripada Myza, Suami dan Keluarga.
Maaf Zahir Batin
Kad ucapan Selamat Hari Raya ini Myza tujukan khas kepada semua rakan - rakan bloggers sama ada yang jauh mahupun yang dekat, tak kiralah yang baru kenal ataupun yang dah lama kenal. Myza juga ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas segala salah silap mahupun tutur kata sepanjang Myza berada di dalam dunia 'blogging' ini. Akhir kata, kepada semua rakan - rakan bloggers yang akan pulang berhari raya ke kampung halaman, berhati - hati sewaktu memandu. Pandu Cermat, Jiwa Selamat! Ingatlah kepada yang tersayang! Ucapan ini khas untuk semua kawan - kawan yang selalu singgah ke blog Myza ni iaitu Ain, Kin, Azza, Razifembi, Knizam, Zamz, Cik Nah, Alam, Anna (Dalissa), Ai(Aishoppe), As, Nenek Vogue, Kamar Hati, Kak Ras, Kak Kamsiah, Cikgu Norish, Janggut, CM, Sheikh, Kak Ummi(Kuantan), Kak Jun, Cik Mat Gebu, Kak Hanieliza, Kak Ita, Kamezaim, Reena, Shaxx, Zara, Fara(NZ) dan mereka yang pernah singgah di blog ini. Terima kasih di atas persahabatan ini. Moga ukhwah yang terjalin di antara kita akan kekal selamanya.

Hari Raya Cards (II)

From Zamz

This is from Shaxx

From CM

From Azza.

Thanks for the thoughts, Kin!

'Duit raya' from Kin .

A bunch of special 'ketupat' from Kin Hashim
Salam to all. Hari Raya is approaching, just 4 days from now. Thanks a lot to all my blogger friends who have sent me these lovely hari raya cards. I would like to take this opportunity to wish all my blogger friends ' Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin'. If you are driving back to your 'kampung', drive carefully. I pray that all of you will have a safe journey home. Enjoy your Eid Mubarak with your loved ones.

Tuesday, 23 September 2008

Online Business


Kek Lapis Sisik Ikan( left ) and Kek Lapis Chocolate Cheese (right)




Kek Kukus Lapis Asam Manis

This is something different from the 'hari raya' topic which is on the air now! Before I venture into the world of blogging and becoming a blogger, online business is something that unusual for me. I always have the negative thinking about this matter . But after I made three online transactions , I found it very easy and useful. It saves a lot of time and energy. And the greatest about it, is that you order will be delivered right to your door. I purchased a pair of silk 'batik', two Sarawak layered cakes and also a chocolate moist cake together with a steamed Haw Flakes layered cakes. All of them are my blogger friends. It's nice doing business with all of you guys! I would like to dedicate this 'pantun', especially to Anna 0f Dalissacupcakes, Ai of Aishoppe and Ana Ramli of Batiksutera.
Terima kasih daun keladi,
Lain kali tempah lagi.


Monday, 22 September 2008

My Hari Raya Cards From My Blogger Friends


From Kamezaim. Thanks a lot !




From Azza . Thanks a lot, for remembering me!

Eid Mubarak is just round the corner. In 8 days time, we will be celebrating it. One thing I realized that is I haven't started sending 'hari raya' cards to my family and friends. On the other hand, I already received two from my blogger friends. Thanks to those who have given me the 'Hari Raya' card. I am still searching for a suitable card to give to all of you. But due to time constraint , I have not been able to do so. But insyaallah, I will when time permits!







Mission Accomplished !!

Finally at 3.00 p.m everything was settled. The oven was turned off and the last tray of my cookies was out from the oven. What a relief ! My mission has been accomplished yesterday. After 3 days of hardwork, determination and courage, not to forget the spirit of ' hari raya', 6 types of cookies are ready to be served this coming Eid Mubarak. One part of the 'hari raya' preparation is settled. Two more to go, shopping for the kids stuffs and the spring cleaning of the house. This week will be the last week of school. I'll get the help of my two girls for the spring cleaning later on! I am happy that I managed to bake my own hari raya cookies for the kids and I could see that they are happy too, being in the kitchen with me, from measuring the ingredients, mixing the ingredients, baking the cookies and of course testing the cookies after the iftar.

Friday, 12 September 2008

Tag Oh Tag ..... I've Got It Again




I've been tagged again yesterday. They were from my blogger friends, Anna and Janggut. Before that, I received the same tag by Kin Hashim and Ain. So, now I want to tag these few blogger friends of mine. Here are the chosen ones, that I would like to pass the tag to. They are :


This is how you should do it!
a) Copy gambar kat atas tu and post kat blog korang
b) Teruskan mencari mangsa seramai 3..(nak lebih pun takpe)
c) Setelah mengenalpasti mangsa yg sesuai, sila tinggalkan pesanan di blog mereka
d) Lastly, jgn lupe tempek url korang sebelah url mypesona.blogspot.com

Monday, 8 September 2008

Terima Kasih Semua.....


Daripada Kin , Limerick, Ireland




Daripada Ain , Wicklow, Ireland


Dah lama rasanya tak dapat award dari rakan - rakan bloggers ku. Tapi semalam , tak diduga aku dapat award lagi. Award dari jauh , daripada Kin dan Ain di Ireland. Bukannya nak glamour sebab dapat award paling banyak , nanti takut riak pulak jadinya. Lagipun niat aku berblogging ni hanya untuk santai sahaja , selain mencari kenalan - kenalan baru di kalangan bloggers. Dapat jugak la resipi - resipi yang luarbiasa bila aku melawat blog chef - chef bloggers ni. Thanks to Kak Ummi , Encik Mat Gebu , Kak Jun dan yang lain - lain. Semuanya best! Sekurang - kurangnya dapat la jugak aku masak istimewa sikit sempena Ramadhan ni.


Walau apapun , terima kasih kepada semua rakan - rakan bloggers ku yang sudi memberikan atau menganugerahkan aku dengan pelbagai award dan hadiah. Terima kasih di atas persahabatan ini dan semoga persahabatan kita ini kekal berpanjangan, insyaallah. Terima kasih kepada Kin, Ain, Sheikh, Azza, Kak Kam di atas semua itu. Padaku, persahabatan yang jujur dan ikhlas dari hati adalah hadiah atau anugerah yang paling berharga buat diriku! Kepada teman - teman bloggers sekalian, terima kasih di atas segalanya!

Wednesday, 3 September 2008

Sekadar Berkongsi ..... Pasar Ramadhan





Hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa. Di tempat kerjaku hari semalam dan hari ini dan mungkin di sepanjang bulan Ramadhan ini, masa - masa yang terluang sedikit itu digunakan oleh kawan - kawan untuk membelek majalah - majalah atau buku - buku resipi. Paling tidak melayari internet untuk mencari resipi. Maklumlah bulan Ramadhan, nak masak sesuatu yang istimewa untuk keluarga. Kalau tak melayari internet, sesiapa yang agak pakar dalam bidang masakan atau boleh dikatakan pandai masak , maka dialah yang akan menjadi pakar rujuk . Maka, duduklah mereka di satu meja, sambil menyalin resipi lauk - pauk mahupun biskut raya. Yang paling best , jawapan yang didengar "apa susah, beli je kat Pasar Ramadhan!"

Bila bercakap pasal Pasar Ramadhan ni , setiap orang ada pendapat tau pandangan masing - masing. Itu hak peribadi. Kita tidak ada hak untuk mengatakan ' aku betul, dia salah'. Aku sejak dah 3 Ramadhan ni, belum lagi menjejakkan kaki ke Pasar Ramadhan. Bukan aku ni kedekut atau nak berjimat ( tapi itu pun ya jugak sebenarnya) tetapi yang lebih penting aku tak nak membazir. Biasanya kalau dah pergi ke Pasar atau Bazar Ramadhan tu, macam - macam makanan dan minuman ada. Semuanya nampak sedap, nampak menyelerakan. Apatah lagi perut tengah lapar dan dahaga kerana berpuasa! Maka.... dibeli semua juadah yang berkenan di hati untuk dibawa pulang! Yalah bila tiba masa berbuka nanti, semua boleh dirasa. Tentang harga, tak kisahlah! Perkara kecik je, lagi pun baru lepas dapat gaji. Tak payah nak fikir mahal atau tidak, sedap atau tak, membazir atau tidak.

Hidangan berbuka puasa aku dan keluarga sangat simple. Kami makan nasi dengan lauk - pauk yang biasa sahaja. Tidak ada ayam percik atau ikan bakar atau apa- apa hidangan istimewa. Mungkin kerana aku bekerja, sebab itu tak dapat nak buat hidangan istimewa melainkan pada hujung minggu. Alhamdulilah, keluarga aku tak banyak kerenah pasal makan ni. Mereka dah faham dengan keadaan aku. Itu pun kadang - kadang juadah yang aku buat pun mereka tak mampu nak habiskan . Padahal, aku masak bukannya banyak. Bayangkan kalau aku masak dan beli lagi juadah di Pasar Ramadhan, yang pasti akhirnya nanti akan jadi habuan Mr. Tong S! Dah berlaku pembaziran pulak! Sebelum pada itu, dah pun berlaku pembaziran wang di Pasar Ramadhan dan sekarang pulak pembaziran makanan. Bukan itu saja, kita dah habiskan masa di Pasar Ramadhan. Kalau dekat, tak apalah. Boleh jalan kaki atau naik basikal. Tapi kalau jauh, dah tentu kena naik motorsikal atau memandu. Apakah yang kita bazirkan lagi?
Fikirlah sendiri ! Hanya kita saja yang tau.
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails