Yang Mempesona

Sunday, 18 January 2009

Down Memory Lane

Sekali lagi Putrajaya menjadi tempat yang istimewa bagi aku... Petang tadi bertempat di Alamanda aku berjumpa member lama yang sama-sama buat TESL dulu.Aku sebenarnya lama betul terpisah dengan dia ni, rasanya dekat tiga belas tahun jugak la...! 13 tahun bukanlah satu jangkamasa yg pendek tau, sapa yang ada anak umur 13 tahun dah masuk Tingkatan Satu dah... ha bayangkan la... !

Sesiapa pun pasti faham seronoknya bila kita dapat bertemu member lama, nak-nak yang memang 'kamcheng' dengan kita dulu... seronok meeeemang la seronok sangat ! Tak reti dah nak cakap macamana. Lama jugak la kami berbual petang tadi, bermula dgn kisah -kisah lama semasa di universiti dulu sampai la cerita-cerita "apa aku buat apa kau buat sampai la apa diorang buat sekarang" selepas meninggalkan pengajian.

Kak Faiz, is someone that i really missed so much ! Di depan aku dia kelihatan masih seperti dulu, dia tetap ceria, manis, anggun dan peramah, just like before. Sesungguhnya, dia adalah antara insan yang aku ingin temui setelah lama kami terpisah. Alhamdulillah tertunai jugak akhirnya !

Aku harap semoga selepas ini akan ada lagi masa untuk kami bertemu dan berbual. To Kak Faiz, thanks for the wonderful time together. Hope this is just the beginning and not the ending ! Hope to meet you again some other time!

Kepada kawan-kawan blogger yang membaca entri ini sila sudikan diri berkunjung ke halaman beliau. Klik di sini !

7 comments:

Yanmie said...

wah bestnya dpt jumpa member lama..mesti bnyk cerita kan..

cybernetics mind said...

emmmm....mesti ada rasa2 cam nak nangis kan...hehehehe

Cm tau laa...ari tu terjumpa balik kawan2 lama since 1993...walopun just jumpa online tp masing2 sonok sangat sampai nangis2 :)

tk taw laa lagi kalo dah jumpa betul2 nnti...kot2 banjir laaa pulak...hehehe

Anonymous said...

myza,

jeles! jeles nyer. I nak join jugak..nak join! nak join!..rindulah dgn u and kak faiz, She looks the same! Still a pretty lass. Bila lah kita nak jumpa nih?

freg

che-mie said...

best kalau jumpa member lama2

boleh sembang2 tentang kejayaan masing2

kamar hati said...

wahhhh...bestkan dapat jumpa kekawan lama...mengembalikan nostalgia lam... :)

Myza Pesona said...

Yan,
Memang best!Susah nak digambarkan! Ye la dah 13 tahun tak jumpa, tentu mcm2 cerita yg nak dikongsikan.

CM,
Tak de la rasa cam nak nangis, tapi macam tak caya dapat jumpa lagi after 13 years!Tak puas nak kongsi cerita dan pengalaman

Myza Pesona said...

Freg,
Kalau nak jumpa boleh, balik la sini cepat2. Boleh sembang panjang2!

Che-mie,
Memang best! Sambil2 dapat jugak tahu perkembangan tentang kawan2 lain!Tumpang gembira dgn kejayaan mereka!

Kamar,
Sudah semestinya! Terkenang semasa dulu!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails