Yang Mempesona

Saturday, 3 January 2009

Goodbye 2008 and Welcome 2009

Kami jugak sambut Tahun Baru kali ni... !

The heat is on.

Busy getting the BBQ ready. Bakar jangan tak bakar!

Minuman Tongkat ali & Kacip Fatimah ditaja oleh Al-Jabbar !

Me and my kids together with my 'adiks angkat' aku.

Seingat aku sejak tamat pengajian di universiti sehinggalah dah punya anak tiga ni, aku tak pernah lagi keluar merayakan perayaan tahun baru ataupun sambut perayaan kemerdekaan. Tah kenapa minat aku nak bersesak - sesak dengan orang ramai menjadikan aku hilang selera nak keluar untuk itu! Tapi, kalau keluar makan makan ok aje ...! Tak de hal punya! Kalau setakat nak lihat artis- artis Malaysia terkinja- kinja melalak kat atas pentas, lihat kat TV pun boleh! Atau sekadar nak lihat percikan bunga api, rasanya tak sanggupla aku nak tunggu sampai jam 12 malam... bagi aku buang masa betul ! Lepas tu bila nak balik sangkut pulak dengan traffic jem... huh masakk !

Tapi tahun nie lain sikit la...

Bertempat di kedai bunga kakak ipar aku di STAR PARK (Setapak, Jalan Genting Klang) kami mengadakan family gathering, ada la buat makan- makan sikit... and we all buat BBQ tumbang la seekor kambing, ayam 30 ekor sedikit udang galah. Sosej pun ada. Ramai la sedara mara yg duduk sekitar Lembah Kelang ni yang datang, termasuklah regular customer kedai bunga kakak ipar aku. My husband pun jemput member - member kelab rekreasi dia, adik- adik angkat aku pun ramai yang datang malam tu. Kira happening jugak la malam tu... tak ada siapa yg peduli pasal bunga api malam tu pun, sebaliknya 'percikan flash kamera sesama kami nampak jauh lebih meriah dari apa yang berlaku di Dataran Merdeka atau di KLCC.Kemeriahan berterusan sehingga jam tiga pagi menurut kak ipar aku, tapi kami dah balik Kajang dah jam 11.30 malam tu...

7 comments:

cybernetics mind said...

minat aku nak bersesak - sesak dengan orang ramai menjadikan aku hilang selera nak keluar untuk itu.....kita serupa...hehehehe

ntah laa...tk leh gi laaa ngan menda2 tu semua, bukan anti-social taw.

tiap2 taun kerajaan dok komen tntang gejala liar segelintir masyarakat M'sia semasa smbutan New Year.....uiksss, at the first place sapa yg benarkan budaya hedonisme tu wujud...????sendiri yg create problem, pastu sendiri pulak yg pening2 nk setel problem....that's what we called - M'sian Politics....hahahahaha

Myza Pesona said...

Myza - cybernetics mind,
Betul tu! Kenapa tak buat sambutan Tahun Baru Maal Hijrah besar2 dan meriah macam sambut Tahun Baru Masehi tu? Tiap2 tahun headlines kat suratkhabar, mati accident lps sambut tahun baru, kena cekup kat hotel, macam2 jenis pesta dll! So, nak salahkan sapa? Sendiri buat, sendiri settle la kan? You are right.... the M'sian politics and politicking

Sheikh said...

betul betul betul - upin kata

kuizikel said...

kambing bbq tu...ish terliur sngguh :)

salam maal hijrah!

Azlina Abu Bakar said...

Best nya BBQ. Sorry haven't been around. Sakit and busy.. and now penat.. How was the first day of school for the kids?? My nephew baru start standard 1.

Myza Pesona said...

Myza - Kui
Bagi orang yang gemar makan kambing ok la! Tapi Myza tak berapa kambing ni! dari dulu lagi!Kalau daging lembu tu oklah!

Myza Pesona said...

Myza - Azlina,
My kids were ok on the first day. At first I risau jugak dengan my son tu. Tapi my husband kata ok je!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails