Yang Mempesona

Monday, 5 January 2009

Minum Petang Di Alamanda


Petang semalam, aku keluar jalan- jalan ke Alamanda, Putrajaya. Ye la kan, semalam hari terakhir cuti aku, begitu jugak dengan anak - anak. Esok, semuanya akan mula ke sekolah. termasuklah anak aku yang no. 3 tu yang nak masuk Tadika. Kitorang pegi Alamanda bukannya nak shopping barang - barang keperluan sekolah , sebabnya aku dah prepare awal - awal lagi. Malas nak tunggu last minute! Nanti masalah lain pulak timbul. Tak ada saiz la, tak ada stok la, dan macam - macam lagi!

So, semalam kami keluar tu saja nak relax je, dan nak hilangkan stress before we are back to school. Dengan kesempatan yang ada tu, sempatlah aku bertemu muka dengan salah seorang blogger yang aku kenal di awal - awal penglibatan aku dalam dunia blogging ni iaitu Alam. Walaupun aku sering ke Putrajaya atas urusan rasmi, tapi aku tak berpeluang lagi untuk berjumpa dengan Alam ni. Alang - alang dah ada di Alamnda, kami pun berjumpa di Medan Selera. Kebetulan dia pun shopping di Alamanda. Lama la jugak, kami sembang - sembang, macam - macam cerita Alam ni. Dia ni jenis yang banyak berjalan, samada atas urusan rasmi ataupun pergi bercuti. Bab jalan - jalan cari makan ni pun dia suka! Kira ok la Alam ni. Kitorang pun sama jugak, suka jalan - jalan dan makan - makan. Sempatlah dia bagi tau kat kitorang tempat - tempat makan yang best kat sekitar area Putrajaya dan Bangi.

Nanti ada masa, nak ajak si Alam ni pulak makan kat Presint 9, Putrajaya. Mengikut kata Alam ni, kat area tu, ada jugak tempat makan yang sedap. Saja nak mencuba sesuatu yang baru! To Alam, thanks for everything and it was a great pleasure to meet such a nice person like you.

4 comments:

Luth Textile said...

aiseh..
syokla dapat jumpa

Myza said...

Myza - Luth,
Insyaallah, satu hari nanti, kita jumpa pulak!

reena said...

hehe.... igtkan alam yg joget pusing2 tuh...

kuizikel said...

presint 9? mak aih dkt giler ngan umah aku.. heheh.. ajak aku skali yek :D

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails