Yang Mempesona

Friday, 20 February 2009

KENAPA JADI BEGITU ??

Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.

Dalam mendidik anak, mungkin cara didikan ibu bapa yang salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan. Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa. Antara kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif terhadap anak-anak :

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9. Kurang melahirkan kasih sayang.
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39. Tidak tegas mendidik anak-anak.
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

So, as parents, cermin-cerminlah diri kita sekiranya anak-anak kita bertingkahlaku yang tidak sepatutnya. RENUNG-RENUNGKAN dan FIKIR - FIKIRKANLAH ! BIASAKAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA...!!

12 comments:

Monkey D Luffy said...

banyak gak puncanya...

Bg aku ler... KEBIJAKAN SENDIRI yang menentukan jalan hidup... bukan faktor luar...

Kalau kita KUAT MENTAL... sapa pun tak boleh pengaruh...

p/s: kanak2 perlu dilatih untuk jadi mental yg kuat...

Myza Pesona said...

Memang betul, cuma apa yang dikatakan tu adalah hasil kajian para penyelidik. Faktor pemakanan ibun sewaktu hamil serta tingkah laku para ibu bapa turut mempengaruhi tumbesaran anak2 serta tingkah laku mereka. Jadi, jika anak2 mereka tidak mempunyai sahsiah yang baik, seharusnya ibu bapa muhasabah diri!

Luth Textile said...

Salam, i need ur advice.. Nakkan pendapat dari anda disini

Thnkx..

Kamsiah said...

ramai yg boleh beranak,tp tak ramai yg tahu menjaga dan mendidik anak...

KNizam said...

apa yanggggg pennttinggg ??
kerjaaasaaamaaaaa. hehe

eh silap
makanan yang halalan dan tayyiban penting juga. hehe :)

Myza Pesona said...

Kak Kam,
Betul tu!Macam kata org2 tua . seorg ibu boleh jaga 10 org anak, tapi 10 org anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu!

Myza Pesona said...

Knizam,
Pemakanan sewaktu kehamilan seseorg ibu itu juga penting. Sebabnya, apa yg dimakan oleh ibu itu, itulah juga yg dimakan oleh anak di dalam perutnya! Bila dah lahir, sepatutnya pemakanan masih dijaga lagi sampai bila2!Makanan itu kan jadi darah daging!

Opah said...

Salam Myza, perkongsian ilmu yang amat baik untuk direnungkan dan manafaatkan oleh bakal ibu dan bapa atau yang memang dah lama jadi macam opah ni.

Mr PenyuBiru said...

nice sharing.

kekadang kita terlupa perkara² tersebut dalam mendidik anak² kita.

Myza Pesona said...

Opah,
Bukan setakat bab keperluan jasmani yang perlu diambil kira, tetapi pembinaan sahsiah diri juga perlu dititik beratkan! Sesungguhnya anak2 zaman sekarang amat ketara sekali perbezaannya dari segi akhlak dan tingkahlaku!Jauh beza dgn anak2 pada zaman saya dulu!

Myza Pesona said...

Mr PenyuBiru,
Boleh juga dijadikan panduan. Moga2 semua akan mendapat manfaatnya.Kalau dulu tidak ambil tahu atau tidak tahu, sekarang kita dah pun tahu!

Myza Pesona said...
This comment has been removed by the author.
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails