Yang Mempesona

Monday, 16 February 2009

Let's Get Physical !

Aksi semasa sessi warming-up

Dah lama rasanya tak membuat entry baru. Entahlah kenapa..... nak kata tak ada bahan atau cerita, ada, nak kata tension, dah pun kurang sikit tension sebab blog dah pulih walaupun belum seperti sediakala. Apapun, aku gagahkan juga untuk buat satu entri. So, tak la nanti naik sawang blog ni. Naik sawang still okay, jangan sampai tumbuh cendawan kulapuk sudah!

Rasanya di mana-mana sekolah sekarang ni, takwim ko-kurikulum sangat sibuk. Pertandingan peringkat zon dan daerah pun dah bermula. Macam di daereah aku, baru je selesai pertandingan bola jaring dan ragbi peringkat daerah. Begitu juga dengan kejohanan merentas desa. Ada sesetengah sekolah tu, awal - awal minggu pertama bulan Januari tu dah adakan merentas desa.

Kejohanan merentas desa peringkat sekolah baru je selesai. So, sekarang ni setiap rumah sukan sedang sibuk membuat persediaan untuk sukan pulak. Yang paling sibuk Ketua Rumah la, macam aku ni! Kena sentiasa turun memantau pelajar- pelajar untuk latihan rumah. Sukan ni pulak lagi besar. Ada perbarisan rumah sukan selain daripada acara padang dan balapan. Untuk acara padang dan balapan kenalah cari pelajar-pelajar untuk mewakili rumah dalam acara-acara tersebut. Sukan sekolah lambat lagi, dalam bulan Mac sebab nak tunggu selepas pendaftaran pelajar-pelajar tingkatan empat.

Kejohanan Merentas Desa sekolah aku telah dimenangi oleh rumah Kuning. Naib Johan, rumah aku la, rumah Merah. Harap-harap rumah Merah boleh menjadi juara dalam Kejohanan Sukan Tahunan pulak nanti. Acara sampingan semasa merentas desa itu ialah poco-poco. Semua orang tahu kan, poco-poco tu apa! Semua pelajar dan guru telah berpoco-poco di padang! Malu jugak nak berpoco-poco beramai-ramai, tapi hentam sajalah labu!

15 comments:

Monkey D Luffy said...

tak boleh ler kita jadi geng... sebab aku budak RUMAH BIRU...

seranggggggggggggg...

Myza Pesona said...

Kapten,
Rumah BIRU kat sekolah ni selalu yang dapat last atau second last!

Mr PenyuBiru said...

akupun rumah biru.zaman aku dulu rumah biru selalu juara.(kataku bangga.haha)

AiE bAhRi said...

sama la kak..
dulu kat skolah aie pon umah merah.

huh!akak pon berpoco-poco?
kih3

Kamsiah said...

anak akak (form 4) sampai demam2 pas merentas desa hehe...musim panas kat sini

ras-adieza said...

gigih tul myza warm up tu. akak umah ijau....dulu2 masa sekolah. tapi umah blog akak warna purple.

Myza Pesona said...

Mr PenyuBiru,
Masa sekolah dulu, tak ingat rumah mana yang selalu juara! Tapi biasanya ada banyak kategori, bukan setakat acara sukan! Ada pertandingan rumah sukan tercantik dan jugak ada pasukan pom-pom girls!

Myza Pesona said...

Aie,
Akak tak berpoco-poco pun! Tak pandai sangat! Takut nanti jadi macam pocong pulak, hehehe

Myza Pesona said...

Kak Kam,
Kat sini cuaca tak menentu sekarang! Nasib baik masa merentas desa hari tu, cuaca ok je!

Myza Pesona said...

Kak Ras,
Myza tak warm-up pun! Sebab sibuk uruskan hal- hal rumah sukan! Tolong AJK makanan!Tahun-tahun sebelumnya Myza selalu kena jaga check-point!Tahun ni dapat tugas lain pulak!

lupekanje said...

poco2 la best....
tingat poco2 ngan kenkawan...bepoluh2 gitu.

che-mie said...

hehe teringat masa saya kecik2 dulu...
darjah 6, saya jadi ketua rumah ijau hahaha ketua yang tak buat apa pon

Myza Pesona said...

Che-Mie,
Jadi Ketua, macam-macam kerjalah nak kena buat! Tapi kita kena delegate la sesama rakan yang lain!Kalau anak buah buat keje, ok la! Tapi kalau yg diberi keje tp tk buat, kita la yang kena buat semuanya!

kuizikel said...

yeah i like poco2..e'ah e'ah :)

Myza Pesona said...

Kui,
Poco2 tu kena gelek2 la! Budak2 boleh la, kita segan la sikit!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails