Yang Mempesona

Thursday, 26 March 2009

Jumpa Dalam Tandas Di Langkawi

Pada hari kedua kami bergerak ke Pekan Kuah...Tujuan kami ke Pekan Kuah hanyalah untuk berjalan-jalan sambil mahu lihat-lihat apa yang patut dan boleh dibeli sebagai kenangan, Lepas keluar masuk kedai, kitorang adala jugak beli sikit-sikit buah tangan sebagai kenangan semasa di Langkawi, lagi pulak tak kan la tak beli apa apa sedangkan kami dah sampai di bumi Langkawi. Then, lepas beli-belah lebih kurang kitorang pun gi la pulak kat Jetty Point, saja je nak tengok-tengok apa yang ada kat sana... sebenarnya niat utama kami nak gi kat Dataran Helang tu, sebab anak aku yg jantan tu nak sangat lihat burung helang besar tu... so kitorang letakla keta di tempat letak keta di Jetty Point tu, jalan kaki je la sikit dari situ jika nak ke Dataran Helang tu...

Sebelum ke Dataran Helang tu sempat la juga kami masuk kat mall Jetty Point tu, nak carik la apa-apa yang boleh ditelan sebab tengahari tu perut pun dah mula mintak diisi. Ramai jugak orang kat situ masa tu, maklumla cuti sekolah nampak sibuk la kat jeti masa tu.

Bergambar kenangan di Jetty Mall dengan kak Rubi, Kak Rosnani dan Kak Li.

Dalam sibuk-sibuk tu terasala pulak aku nak masuk tandas... so aku masuk la dengan anak dara aku yang sulung tu, masa dalam tandas tu, tetiba aku ternampak la pulak kelibat yang aku rasa kenal. Tapi aku tak pasti betul ke tak? Kalau betul, bermakna last sekali aku jumpa dia lebih kurang 13 tahun dulu. Lama betul tu..! Akupun tawakal je tegur. Terkejut dia bila aku masih lagi boleh cam akan dia. Dia ni aku panggil Kak Li, Cikgu Katering di tempat aku mula- mula berkhidmat dulu lepas tamat pengajian. Rupa-rupanya dia pun datang bercuti di sini dengan member-member kerja dan family masing-masing. Macam rombongan Cik Kiah tu la !

Macam tak caya je dapat jumpa kakak- kakak ni lagi! seronok sangat!

Lepas tu ramailah lagi kawan-kawan lama yang aku sempat bertemu. Seronok tak terhingga, dapat berjumpa kawan-kawan lama! Borak sakan la kami, sambil bertukar-tukar no telefon. Sempat jugak aku bertanyakan tentang geng-geng yang masih lagi berkhidmat di sana! Masa di sana aku masih bujang lagi beb, tapi sekarang anak dah 3!

Kepada Kak Zubijah, Kak Rubiah, Kak Rosnani dan Kak Laili, seronok dan gembira dapat berjumpa lagi! Insyaallah, jika ada umur dan rezeki, kami akan melawat kelantan pulak! Boleh gi jale-jale Kota Bharu, pulok deh!

8 comments:

Yanmie said...

wah bestnya dpt jumpa kwn2 lama...mesti bnyk cerita...

Kamsiah said...

kalau dah ditakdirkan berjumpa tu,kat tempat tak disangka pun boleh terjumpa..

PFS6450 said...

lama tuh tak jumpa... musti mcm2 cerita.

Monkey D Luffy said...

anak dara diorang cun melecun tak? ;p

sonata anak kancil said...

tentu seronok sakan la tu! sape sangka kan...sonata pun pernah macamni...

Myza Pesona said...

Yan,
Memang la seronok jumpa! dapat tanya khabar kawan2 yang lain sekali!

Kak Kam,
Memang la Kak Kam. Sapa yang sangka nak berjumpa di kws bilik termenung, hehehe!

Myza Pesona said...

PFS6450,
Tak cukup masa nak citer panjang sbb depa tgh tunggu feri nak balik ke Kuala Perlis! Tapi seronok...!

Kapten,
Anak dara diorang tak padan dengan ko la! Masih di bawah umur, sekolah rendah lagi la! Mak anak Dara ramai la, hahaha!

Myza Pesona said...

Sonata,
Memang tak pernah jumpa sejak bertukar ke tempat sekarang! Kawan baik masa kat sana pun dah tak bertugas di sana lagi! Tapi kenangan masa di tempat lama memang tak boleh lupa!Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bertugas!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails