Yang Mempesona

Wednesday, 15 April 2009

REZEKI ADA DI MANA-MANA... (PART 1)

BELAJAR...
Kajian yang telah dilakukan oleh seorang sarjana dalam dekad ini mendapati bahawa rata-rata mereka yang jadi multi-jutawan dan juga bilionaire (laksawan) adalah mereka yang tidak mendapat gred yang baik semasa di sekolah atau kolej. Mereka ini adalah pelajar-pelajar Gred C yang sering dipanggil 'mengadap' oleh guru besar, guru disiplin, guru kelas atau guru subjek kerana tidak buat kerja rumah, mengganggu pelajar lain, dan tentunya kerana keputusan ujian yang tidak memuaskan. Dia akan mendengar kata-kata seperti 'Awak ni nak jadi apa ni?', atau 'Beratlah awak ni..' atau 'Awak ni main saja yang tahu..'.

DROP-OUTS
Memang menarik. Mereka ini digelar 'drop-outs'. Antara yang paling kaya dari golongan ini ialah Bill Gates, usahawan terkaya di dunia pada masa kini. Khabarnya dia akan 'bersara' dua tiga tahun lagi. Dia 'bersara' setelah menjadi orang yang terkaya di dunia. Mungkin itu bukan satu tindakan yang kurang bijak. Michael Dell, yang mencipta komputer jenama Dell juga termasuk golongan ini. Anda tentu sudah tahu Yahoo, tapi mungkin tidak begitu kenal pengasasnya. Jerry Yang sejak berusia awal belasan tahun lagi sudah membangunkan Yahoo dan kini dia seorang bilionaire.


GRED C
Mana-mana pelajar yang mendapat Gred B pula ramai yang makan gaji, kemudian kajian mendapati bahawa mereka kini mahu mengikut jejak langkah kawan-kawan mereka yang dapat Gred C di sekolah dulu tapi kini sudah jadi kaya-raya. Mereka makan gaji tapi kemudiannya mahu berniaga. Tahukah anda di mana pula kawan-kawan mereka yang dapat Gred A dan sering dipuji kerana mendapat keputusan cemerlang? Rupa-rupanya mereka ini bekerja di firma-firma kepunyaan bekas pelajar Gred C tersebut. Mungkin kerana mereka dibayar gaji yang mahal, bekas pelajar Gred A ini merasa selesa dan menjadi pekerja yang setia. Otak mereka digunakan bagi memperkasakan perniagaan.

MENGGAJI ORANG PANDAI
Kerana bergunanya otak orang-orang pandai begini, banyak tuanpunya syarikat korporat telah mengatur langkah menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang, agar mereka ini bila habis belajar (sebenarnya usahawan tidak habis belajar, begitu juga sepatutnya semua orang) akan bekerja di syarikat korporat ini. Kalau mahu jadi syarikat yang berjaya, kita perlu ambil pekerja yang lebih 'pandai' (maksud pandai ini ialah mengetahui atau mahir dalam selok-belok yang lebih teknikal dalam sesuatu bidang tertentu) daripada kita. Artikel ini tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan orang-orang berpelajaran tinggi, tidak sekali-kali. Tujuan saya ialah untuk mencatat bahawa semua orang boleh jadi kaya-raya lagi berjaya dalam perniagaan, walaupun dia tidak pernah bersekolah. Di Malaysia ini pun ada bilionaire yang tidak tahu membaca dan menulis.

8 comments:

Monkey D Luffy said...

betul

kalau blh aku nak berniaga kecil2 lan jer

Dea Sara said...

betoiiii...setuju sgt2..

Zamz said...

kena tgk statistik gak..bukan ramai bill gates dlm dunia kan hihi

Myza Pesona said...

Kapten,
Wah bagus tu! Bukan semua org suka kerja dgn majikan! Ada suka jadi bos sendiri! Berniaga macam Nabi Muhammad SAW kan bagus!Alang2 ko nak meniaga, buatlah yg besar-besaran terus!hehehe

Myza Pesona said...

Zamz,
Mmg betul Zamz!Tu la yang dinamakan anugerah! Bkn sume mcm Bill Gates!

~tuah.rimbun~ said...

tak semua org fikir nak jadi usahawan..
tapi ramai fikir nak bisnes...

salam perkenalan..
~tuah.rimbun~

lupekanje said...

harap2 acik pun blh bejaya gak..walopun bajar tk pandai mana....ader masa lagi tk gaknya...

yusri said...

ramai pikir nk duit dgn mengambil jalan mudah..

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails