Yang Mempesona

Monday, 20 April 2009

REZEKI ADA DI MANA-MANA... (PART 2)

Salam and greetings to all. First of all, 1000 apologies for not not being able to update my blog! Bukannya apa, there were so many things that need to be settled. Not to forget, the school programmes. I was really tied up with all the activities and only last weekend I managed to have some time off. Bolehlah rehat sikit! Esok kena bawa pasukan bahas untuk KAT Zon Tengah until Thursday! Berat tanggungjawab tu! Walaupun bilangan tak ramai, tapi bila dah di luar sekolah, they will be my responsibilities! Wish me luck, ok!

Sekarang nak sambung balik entry minggu lepas! Hope you guys will enjoy it!
TEORI BIAR PRAKTIKAL
Bagaimanakah mereka ini boleh berjaya dalam perniagaan walaupun tidak pernah bersekolah atau punya kelulusan akademik yang rendah? Inilah yang menariknya. Sebenarnya perniagaan itu ada 'universitinya' sendiri. Walaupun anda belajar hingga ke peringkat PhD dalam bidang pengurusan perniagaan, belum tentu anda boleh menjadi kaya-raya jika berniaga. Ini kerana teori tidak semestinya sama dengan praktik. Malah kadangkala teori menyimpang dari praktik (bukan praktik yang menyimpang dari teori, kerana yang penting ialah teori itu dapat digunakan atau dipraktikkan).

PINTU DULU BARU TINGKAP
Universiti bagi orang berniaga itu bukannya Harvard Business School. Bill Gates tidak menghabiskan pengajiannya di Harvard kerana dia sudah nampak peluang besar pada masa itu (dia mulakan dengan membeli satu perisian, gubah dan jual semula kepada IBM dengan harga berlipatganda). Bermula dengan DOS (bunyinya seperti 'doors') dia dapat banyak wang, kemudiannya dia mencipta WINDOWS, yang digunakan di seluruh dunia pada masa sekarang.

UNIVERSITI UNTUK USAHAWAN
Para usahawan belajar dari 'universiti' yang unik ini. anya ialah University of Hard Knock. Dia berguru kepada pengalamannya sendiri, dia belajar dari kesilapan dirinya, dia juga belajar dari kesilapan orang lain. Dia berani mencuba perkara-perkara yang biasanya menjadi kekangan di dunia akademik. Dia bebaskan dirinya dari dipenjarakan oleh penjara teori yang bersifat seperti Alcatraz (ini adalah penjara di sebuah pulau dikelilingi air, amat sukar bagi banduan untuk lepas lari, tapi setelah ada banduan yang berjaya lari, penjara ini ditutup buat selama-lamanya). Hasil belajar dari University of Hard Knock ini, para usahawan ada formula-formula tersendiri. Kebanyakannya tidak pernah dibukukan. Jika usahawan itu dapat membina empayar niaga, dia akan menurunkan ilmu itu kepada anak-anaknya pula. Tapi kerana dia tahu bahawa sebenarnya apa yang patut anaknya lakukan ialah belajar dari pengalaman, dia akan mengambil anaknya bekerja dulu di syarikatnya dengan jawatan yang paling rendah dan gaji yang sedikit. Dia bukan membuli, tapi itulah hakikatnya pembelajaran yang berlaku di universiti ini.

PERLU TERHANTUK UNTUK TENGADAH
Untuk jadi intan berlian yang tinggi nilainya, karbon terpaksa dihimpit oleh tekanan yang amat hebat dan suhu yang amat tinggi. Untuk jadi emas yang gemerlapan, logam mentahnya perlu dilebur dalam api yang sangat panas. Mutiara bermula dari sebiji debu. Pokok yang besar, subur dan berbuah lebat bermula dari sebutir biji benih yang kecil. Untuk dapat hasil, kita perlu menyemai benih dahulu, kemudian kita jaga dengan rapi agar musuh tidak mengganggu dan kita baja agar ianya subur dan membesar. Mungkin pelajar Gred C yang telah saya catat di atas tadi telah belajar dari kesilapan-kesilapan mereka sejak dari bangku sekolah, atau mungkin juga dia telah menyahut cabaran sesiapa yang pernah mencabarnya, atau semangatnya telah 'melawan' apa jua bentuk hinaan yang pernah diterimanya dan dia jadikan itu sebagai faktor pendorong untuk dia maju ke depan. Sudah banyak bukti yang menunjukkan bahawa kekecewaan, kegagalan, kekurangan atau kemiskinan itu boleh jadi pendorong yang kuat ke arah mencapai kejayaan. Yang penting ialah kesudian kita untuk belajar dari pengalaman dan berfikir secara positif!

'' Allah SWT tidak akan mengubah nasib seseorang hambaNYA itu, kecuali hambaNYA itu yang mengubah nasibnya sendiri".

3 comments:

sonata anak kancil said...

entah berapa banyak nasihat2 disampaikan kepada anak2 didik untuk terus maju dalam pelajaran - yang ikut , ikut la. Kalau ada diri tu tak tunjukkan minat nak belajar - depa buat de aje! curah air atas plastik je...

Norazman M.N. said...

Salam, saya terpikat betul dengan tulisan penulis...idea yang sungguh mantap..terima kasih atas perkongsian.

Jemput singgah ke blog saya

leya said...

chaiyok! chaiyok...idea myza mmg bernas dan berbekas dihati org yg ingin maju ke hadapan.

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails