Yang Mempesona

Thursday, 2 April 2009

Siti Jumpa Tok Guru Nik Aziz




KOTA BHARU, 2 April:Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk NikAbdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.

Sempena dengan kunjungan julung kali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu. Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.

Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.

Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat. “Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi. Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.

“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni ," katanya.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.

Aku skang tengah tak ada modal nak buat entry haha !!

9 comments:

lupekanje said...

baguih la siti .... elok gi ziarah orang alim nih sesekali.

eya said...

bgs tok ti nih..lawo lak dia kai tdg litup gtu dr tdg sekerat2.

suara said...

salam myza...
mmg ada kala kita dah kehabisan idea nak menulis... ada juga ketika rasa nak tulis, tapi tak tahu nk bermula di mana...

erm...harapnya siti akan terus pakai cam tu... lebih manis, sopan dan cukup syarat bila tutp aurat (rambut)

Keylee Daud said...

amin..alhmdlh...

Mr PenyuBiru said...

takde modal?? hehe

Yanmie said...

bestnya siti gi jumpa tok guru. yan pun teringin jugak jumpa..hiks..

kuizikel said...

wahh.. bagus2... bila nak gi kelantan ni ek..hehehehe (nak shopping sebenarnya)

fezaL Mohd said...

idup tok guru

cybernetics mind said...

Emmmm...sonok kan dpt jumpa Tok Guru or Tok Alim cam TG Nik Aziz ni. CM pon kalo ada peluang nk gak jumpa TG Nik Aziz ni. Tapi heran kann...org yg cam TG Nik Aziz ni pon ada gak org yg kutuk, cerca dan maki hamun....dunia....dunia

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails