Yang Mempesona

Wednesday, 13 May 2009

10 Hadiah Untuk Yang Tersayang.


Salam semua. baru - baru ni Hari Ibu. So, pastinya ramai yang bagi hadiah pada ibu dan juga terima hadiah sebab dia juga adalah seorang IBU. Macam-macam hadiah kita beri mahupun terima, Tak kiralah mahal atau murah, yang penting ikhlas dari hati!

Just nak share dengan semua, 10 hadiah paling sesuai untuk orang yang kita kasihi. Bukan setakat hadiah intan permata, emas berlian, atau apa-apa pun. Ini juga kita boleh hadiahkan pada yang tersayang. Mungkin hadiah ini lebih bermakna daripada emas permata, wang ringgit dan sebagainya! Anda boleh hadiahkan 1 atau semuanya untuk yang tersayang!

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang merasa dia sangat istimewa.

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dan lain-lain.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya-upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

7 comments:

sonata anak kancil said...

apa lagi yang boleh dijadikan hadiah?

hadiahkanlah seluruh jiwa ragamu kepada suamimu & anak2mu!

ZaHiRaH said...

hampir semua da bagi.ahak. kasihnya ibu m'bawa ke syurga, keasih ayah b'korban nyawa..kasih saudara semasa berada...ek?? terpulang. ekeke

lupekanje said...

wahhh..baguih nihh...thank u...
errr..saper la nk jadi org tesayang acik nih..

Monkey D Luffy said...

memang hadiah yg tak ternilai

kin hashim said...

ye....setuju sgt2! sbb tu saya tak kisah sgt nak belikan apa utk mak sebagai meraikan hari ibu...atau nak harapkan hadiah apa drp suami sempena hari ibu... ingatan di hati yg tulus ikhlas lebih bermakna...

eya said...

itulah makne adiah..bukan setakat kasi adiah berupe brg2 je kan. Ape2pn,doa untuk kesejahteraan ibu adalah yg plg baik.

Seti@wan Dirgant@Ra said...

Nice info,... hadiah yang tidak ternilai.

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails