Yang Mempesona

Thursday, 21 May 2009

GURU... JASAMU TETAP DIKENANG


BALING 19 Mei - Walaupun telah bersara sebagai guru 50 tahun lepas, jasa Abdullah Ismail yang kini berusia hampir 100 tahun, tetap dikenang khusus oleh dua bekas pelajarnya yang juga sudah lanjut umur.

Abdullah yang mesra dengan panggilan, Cikgu Pak Cu, hari ini dikunjungi bekas muridnya, Jusoh Abdullah, 83, dan seorang lagi, Omar Wahab, 75, dalam satu pertemuan yang diusahakan oleh pusat khidmat seorang wakil rakyat di sini.

' Tak sangka ada bekas anak murid yang masih kenang saya dan mahu berjumpa dengan saya', kata Abdullah kepada pemberita di sini.

Beliau memulakan tugas sebagai guru pada 31 Julai 1927 di sebuah sekolah di Baling ketika berusia 17 tahun. Sekolah terakhir beliau bertugas ialah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Dawai di Sungai Petani pada 1950.

Abdullah berkata guru sezamannya banyak mengambil berat terhadap masalah pelajar dan akan mengunjungi rumah murid untuk bertanya khabar jika seseorang murid itu tidak datang ke sekolah.

' Kami sanggup berjalan kaki lebih dua kilometer selepas waktu mengajar atau hari cuti untuk mengetahui kenapa murid tak datang ke sekolah, dan kami juga membawa ubat demam dan kudis kepada murid yang sakit', kata beliau.

Katanya, guru pada zaman beliau juga memberikan tumpuan mengajar tulisan Jawi kepada murid dari semua kaum sehingga terdapat anak kaum Cina dan India yang pandai menulis dan membaca Jawi.

Abdullah yang mempunyai tiga anak lelaki dan lima perempuan, kini mempunyai lebih 50 cucu, 20 cicit dan tiga piut Bekas muridnya, Jusoh, dari Kampung Banggol Wan Mat Baling berkata, Cikgu Pak Chu tegas ketika mengajar dan amat mengambil berat masalah muridnya.

'Dia akan tanya apa masalah yang kita hadapi jika kita tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran', kata beliau.

Omar, dari Kampung Seberang Pekan Baling, pula berkata, semua pelajar di sekolah Kebangsaan Baling tidak berani bising dalam kelas ketika Cikgu Pak Cu sedang mengajar.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayu, Azmi Che Hussain, berkata beliau akan berusaha untuk mengumpulkan lebih banyak bekas guru di sini untuk diraikan dalam satu majlis sebagai menghargai jasa mareka kepada anak bangsa.

** Untungnya cikgu Pak Chu! Walaupun sudah bersara, tetap diingati oleh bekas anak murid! Tetap dipanggil cikgu sehingga akhir hayat!

6 comments:

Monkey D Luffy said...

sekali menjadi guru... sampai mati pun tetap guru

ZaHiRaH said...

hensem cikgu dlm gambar tu.hak3

lupekanje said...

Guru yang ikhlas dalam menyampaikan ilmunya akan sentiasa dikenang hinggga ke akhir hayat...

Setelah matipun, jasanya akan terus disebut orang.

Aku... Dia... Kamu.. said...

Ini yang orang kata hutang budi bawa ke mati!
Selamt Hari Guru untuk suma yg bergelar guru ek!

leya said...

tima kasih guru...jasamu tetap ku kenang

Myza Pesona said...

Kapten,
Itulah ungkapan yang biasa didengar.

Zara,
Kalau cikgu hensem macam tu, agak2 anak murid dapat score A1 tak? hehehe

Acik,
Harap-harap begitulah!Tapi zaman sekarang ni, semuanya untuk nama dan glamour! Untuk kepentingan sendiri! macam politik jugak,tapi politik sekolah! SSB

Aku...Dia...Kamu,
Terima kasih atas ucapan itu! I appreciate that very much!

Ieya,
Zaman dulu-dulu iye, tapi zaman sekarang... hanya cikgu sahaja yang tahu!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails