Yang Mempesona

Friday, 1 May 2009

Majlis Anugerah Cemerlang 2009

Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2008 bersama ibu bapa, Pengetua dan tetamu kehormat.

Pelajar terbaik keseluruhan SPM 2008, aliran Teknikal, Mohd Syafiq Helmi b. Kamaruddin

Ibubapa kepada Allahyarham Mohd Zaed b. Jamaluddin, Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM aliran Vokasional.

En . Jamaluddin menerima anugerah bagi pihak anaknya.

Ketua Panitia Lukisan Geometri dan PPU

Ketua Panitia Sains/Applied Science, Pn. Hjh Hindun binti Mamat.

Ketua Panitia Bahasa Malaysia, menerima Anugerah Pencapaian Kelulusan 100%.

Assalamualaikum and greetings to all. Dah lama rasanya tak blog ni tak diupdatekan. Dah naik sawang pun! Jangan sampai nak kulapuk sudah la! Bukannya blog ini dipinggirkan tapi kesibukan yang melanda membuatkan aku tak dapat nak publish entry baru. Padahal cerita ada, bahan ada! Cuma... mood dan idea untuk mengarang yang tak ada!Mana taknya, minggu depan nak kena submit kertas soalan untuk Mid Year Exam dan dokumentasi untuk Majlis Anugerah Cemerlang minggu lepas! So... banyak la yang nak kena disiapkan! Nasib baik kena set soalan Kertas 1, senang la sikit! Kalau kertas 2, jenuh jugak!

Ni nak share dengan semua pasal Majlis Anugerah Cemerlang 2009 kat my school. MAC 2009 tu diadakan pada 25 April 2009 untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua para pelajar lepasan SPM2008 yang berjaya di dalam SPM baru-baru ni dan juga pelajar-pelajar Tingkatan 5 sekarang yang mendapat keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2008. Tak lupa juga kepada garu-guru panitia yang mana Panitia berjaya mengekalkan kecemerlangan selama 3 tahun berturut-turut. Anugerah juga diberikan kepada Panitia yang berjaya memecahkan rekod kecemerlangan sebelum ini dan Panitia yang mendapat keputusan 100%.

Suasana gembira bertukar pilu seketika bagi para hadirin pada majlis itu sewaktu pembaca biodata pelajar membacakan biodata salah seorang daripada pelajar terbaik keseluruhan SPM bagi aliran Vokasional. Pelajar tersebut, Allahyarham Mohd Zaed bin Jamaluddin telah meninggal dunia seminggu sebelum berlangsungnya Majlis tersebut. Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.Al-Fatihah .... Apapun, kepada semua yang berjaya, sekalung tahniah diucapkan! Kepada kedua ibubapa Allahyarham Mohd Zaed,moga tabah menempuhi ujian ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beramal saleh dan beriman. Amin...

5 comments:

zeti said...

sdihnye baca part zaed tu.. smoga roh arwah ditmpatkan di kalangan yg b'iman.. msti parent dia proud wit him kan ;)

cybernetics mind said...

emmm...Cikgu Myza tk dpt apa2 anugerah ker tahun ni....??? kalau tk dpt pon tk per cause I know...cikgu2 ni kalau tk der anugerah pon kerja mesti all out punya...tak gitu cikgu...hehehe

Myza Pesona said...

Zeti,
Memang sedih bila biodata arwah dibacakan! Wpun Myza tak mengajar arwah Zaed, tapi kehilangannya amat dirasakan oleh semua!Al-Fatihah

CM,
Dapat ke tak dapat ke mesti kerja keras!Kalau dah dapat lagila berlipat ganda kerja keras tu!Kan dah dapat anugerah! Kena all out la kan!

Zamz said...

muda2 dah meninggal ek

Myza Pesona said...

Zamz,
Allah SWT lebih menyayanginya!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails