Yang Mempesona

Friday, 31 July 2009

Dah Terantuk, Baru Tengadah

Salam and greetings to all. Sekarang ni, setiap hari ada saja berita tentang kes selsema b*** H1N1 yang dilaporkan di dalam media cetak mahupun media elektronik. Setiap itu jugalah kita akan membaca atau mendengar tentang berapa banyak sekolah, IPT dan kem PLKN yang telah ditutup. Eveyday, we would come across this news. Daripada bilangan kes yang kecil pada awal-awalnya hinggalah sekarang telah meningkat kepada lebih 1000 kes dengan 4 kes kematian.

Baru-baru ni aku terbaca satu berita di bawah ni, Harian Metro, 27/07/09.

Alat cegah jangkitan H1N1 diedar ke sekolah

JOHOR BAHRU: Kementerian Pelajaran akan mengedarkan alat mencegah jangkitan virus Influenza A (H1N1) ke semua sekolah, membabitkan peruntukan RM3.6 juta, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) bagi mengedarkan termometer, topeng muka dan hidung serta cecair penyahkuman.
"Ini langkah terbaik dalam usaha kementerian mencegah H1N1. Pemakaian topeng muka dan hidung serta bahan penyahkuman juga merupakan sebahagian latihan kebersihan di kalangan murid," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat perkembangan H1N1, di Jabatan Pelajaran Johor, di sini, hari ini.

Wee berkata Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran sudah meluluskan peruntukan terbabit dan semua Jabatan Pelajaran Negeri dijangka menerima peralatan itu dalam masa terdekat untuk diedar ke sekolah-sekolah.

Bila sekolah, IPT dan kem-kem PLKN dah banyak ditutup, barulah pihak Kementerian Kesihatan Malaysia nak ambil langkah di atas. Lepas ni nak tunggu banyak jabatan kerajaan dan intitusi perbankan pulak tutup ke baru nak buat langkah pencegahan yang sama? Ataupun bila dah bilangan kes kematian meningkat dengan mendadak setiap hari baru nak ambil tindakan yang lebih drastik? Cuba lihat di sekeliling kita...berapa ramai di antara kita yang ambil langkah pencegahan sendiri? Contohnya seperti memakai topeng muka? Mungkin kita hanya lihat di hospital dan klinik sahaja.

Teringat masa Malaysia dilanda jerebu yang sangat teruk hinggakan sekolah ditutup. Ada satu waktu tu, aku keluar shopping dengan family. Disebabkan jerebu yang sangat teruk, so kami satu keluarga pun pakailah topeng muka tu! sampai dalam shopping complex, many of the people gave us 'somekind of look'!Rasa peliklah sebab kitorang je yang pakai mask! Akhirnya kami tanggalkan mask tu masa dalam shopping complex, sebab orang asyik dok pandang semacam je! Samalah jugak rasanya kalau kita pakai mask dalam keadaan sekarang ni!

Well, itu terpulanglah pada diri masing-masing. Adakah langkah-langkah pencegahan seperti ujian saringan di airport tidak dijalankan dengan efektif? Adakah doktor-doktor yang memeriksa pesakit yang disyaki dengan sambil lewa sahaja? Harap-harap tidaklah begitu!' Apapun, Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati' . 'Cegah Sebelum Parah'.

Jangan dah terantuk, baru tengadah'. Fikir-fikirkanlah!

6 comments:

Anonymous said...

saya stuju tu...baru2 ni adik sy yg br terpaksa pulang ke kampung akibat kampusnya ditutup telah pergi membuat saringan ke hospital kerajaan..sungguh mendukacitakan apabila doktor di hospital terbabit tidak membuat ujian darah..hanya memberi ubat sahaja dan mengatakan virus ini tidak merbahaya.

Alhamdulillah,adik sy tidak dijangkiti virus tersebut..kalaula ada virus berkenaan tidakkah rasa bersalah pihak hospital akibat kecuaian doktor mereka?

mizzblackbeauty said...

baguslah bila sekolah dah mula ambil tindakan.nak tahu gak alat pencegah 2 dlm bentuk apa,tablet ke,vaksin ke,liquid ke?

love is forever said...

mmm virus bahaya nih...
adakah topeng muka sebagai alat pencegahan...?
lebih berisiko bagi ibu2 mengandungkan...

Cybernetics Mind said...

sabo cikgu...
bnda ni dah kritikal..

xceli...sy tk berapa setuju laa
dgn penutupan IPTA ni..
dah tu plak seminggu jer...
mcm pihak admin nak lari..
dari tanggungjawab jer...
ingat seminggu boleh pulih ker...

makngah said...

salam myza...mlm ni fawwaz dmm. tu yg x tido lg. classmate dia ada yg dh dmm. hrp x melarat. esok pg ada family day kt pedas. pegi... x pegi... pegi... x pegi???

lupekanje said...

cooobaaaannn...
moga acik dan kuarge bebas dari virus tersebut.
err...releven kan, doa utk diri sendiri..hehe

tak patot..
acik doakan moga myza dan keluarga smua dijauhkan dari wabak penyakit begini....

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails