Yang Mempesona

Monday, 27 July 2009

Sekolah Tutup....Aku Dapat Cuti Seminggu!

Peace upon you and greetings to all. Sekarang ni aku sedang bercuti selama seminggu di rumah. Bukan aku ambik Cuti Rehat(CR) atau Cuti Sakit(MC) , tapi aku dicutikan. Satu sekolah dicutikan mulai Jumaat lepas hinggalah Jumaat ni. So, minggu depan, insyaallah baru masuk sekolah balik.Tapi, so far berita pasal sekolah aku ditutup selama seminggu, tak ada pun keluar dalam berita kat mana-mana saluran tv. Eloklah tu, kalau tak glamour pulak sekolah aku!

Rasanya you all mesti dah dapat agak sebab apa sekolah aku diarahkan tutup! Bukannya pasal H1N1 tu, tapi sebab ramai students sekolah aku tu yang demam, selsema dan batuk! So, satu medical team dari KKM telah dipanggil ke sekolah pada hari Khamis! Memang masa tu ramai students yang duduk kat Bilik Rawatan! So, medical team tu buat blood test pada semua yang demam tu. Pada hari Jumaat tu, memang ramai students yang dah tak datang, kena kuarantin kat asrama and at 12.30 p.m all students, teachers and staffs were asked to gather at Dewan Sri Gemilang.We were surprised to see a doctor there. Finally, my school principal announced that school has to be closed for a week with immediate effect from 24th July-31st July. The students punyalah happy bagai nak rak, tapi lepas tu pengetua bagi tau, "cuti ini bukannya bermakna awak bebas, tetapi sepatutnya awak semua berada di rumah. Dan ini bukannya sesuatu yang menggembirakan...tetapi ianya adalah satu MUSIBAH!" Terdiam sekejap budak-budak tu kena sound dengan Pengetua.

Then, doktor yang datang tu memaklumkan bahawa sekolah diberi arahan penutupan kerana lebih 6% pelajar didapati demam, selsema dan batuk! Ini adalah prosedur biasa yang harus dipatuhi!Keputusan ujian darah yang dibuat pada hari Khamis tu belum lagi diperolehi sewaktu doktor tu datang semula pada hari Jumaat tu, sebab keputusan ujian darah hanya akan diketahui selepas 48 jam. So, hingga sekarang aku tak pastilah sama ada students yang telah menjalani ujian darah ada yang positif H1N1 atau tak! Harap-harapnya, tak adalah yang positif! Risau jugak sebab kes tu semakin banyak sekarang, and it's no longer imported cases, jangkitan setempat!

The good thing is that, I can have enough rest for a week. Boleh habiskan menanda kertas ujian sebab minggu lepas adalah minggu ujian. And the bad thing is that, cuti sekolah seminggu ni mungkin kena ganti jika sekiranya bilangan hari persekolahan untuk tahun ni, tak cukup! Whatever it is,I just want to rest and relax as much as possible! Bukan senang nak dapat cuti macam ni!Kawan-kawan aku yang lain siap balik kampung lagi, padahal doktor tu dah bagi tau, kalau boleh, jangan balik kampung, atau pergi bercuti ke mana-mana! Just duduk di rumah sahaja!Aku tak ke mana pun, lagipun kat luar tu nampak macam jerebu je!

That's all folks! Have a good day ahead!

18 comments:

Cybernetics Mind said...

syukur...
ingatkan ada student yg dh positive H1N1

Leya said...

salam myza....best gak dpt cuti blh rehat2 kat umah tuh buat ape2 yg patut

Mr PenyuBiru said...

walaupun coti tapi kena kuarantin kat umah kan. jejalan kat blog pun tak bleh kut,dikhuatiri merebak.hehe

Yanmie said...

salam kak..

hahhaa..nk komen apa pun dh lupa duk gelak baca komen si penyu biru ti..hehe

makngah said...

tuh dia penangan b**i...x kena najis dia...kena kuman dia pun dh x bole tahan

aliadijamina said...

yeayyy....cutiiiii...

kuizikel said...

harap2 sumer ok..dah naik ribu2 angka ni..

AiE bAhRi said...

Sekolah akak pun ditutup ke?hehe..

Takpe, boleh tanda paper ujian student =)

mizzblackbeauty said...

Kat s'pore nie kira angka kematian dah meningkat kepada 5 org & smua ada kaitan ngan penyakit nie.Hopefully smua di tempat skool Myza mengajar,sihat & bebas dr wabak H1N1 nie.Seronok dapat cuti 1minggu leh merehatkan minda & jaga kesihatan....

Myza Pesona said...

CM,
Mudah-mudahan tak ada students yang positif H1N1!

Leya,
Bukannya senang nak dapat cuti macam ni, so kenalah manfaatkannya sebaik mungkin! Inilah rezeki namanya...hehehe

Mr PenyuBiru,
Kalau ada simtom2 tu, kenalah kuarantin kat rumah!Tapi rasanya, setakat jenjalan kat blog kawan2 insyaallah tak merebak!

MakNgah,
Tu la kan! B*** punya pasal, manusia yang dapat selsemanya!

Alia,
Nak rehat puas2 cuti seminggu ni!

Kuizikel,
Setiap hari ada kes baru dan hari ni je dah ada 2 kematian! Ianya sangat membimbangkan!

Aie,
Sekolah tutup, akak cuti. Boleh rehat lebih sikit sambil siapkan kerja2 sekolah yang ada!

Mizzblackbeauty,
Kat Malaysia dah ada 4 kes kematian!And everyday, the number of cases reported is increasing. many schools, universities, colleges have been closed temporarily for a week due to this pandemic.My school tak tau la confirmed ada atau tak yang +ve H1N1 sebab dapat tau sekolah tutup, terus balik!

Myza Pesona said...
This comment has been removed by the author.
DaliaLiyana said...

wah..suka ek dpt cuti..
hope semua selamat...

kak ina kl said...

salam myza..bestlah mcm tu..dpt lepak kat rumah..harap-harap tak adalah kes ni menular ke seluruh malaysia.

Luth Textile said...

selamat cuti kak..

lupekanje said...

dah nak abih cuti ni...
mesti dah selesai menanda kertas ujian dah kan..hehhe
selamat kembali bertugas di sekolah...
camner bebdk ni smua balik kampung? patutnya kurantin jer kat sekolh..errr...kang kok merebak satu Mesia nih..
anak acikpun balik umah dah, setlh UPM istihar coti...ramai yg di saspek h1n1..smua di arah balik...err...tak meluaskan jajahan wabak tu ka???? kannnzzz??

sonata anak kancil said...

salam, same la hari ni pun sekolah saya diarahkan tutup....

Myza Pesona said...

DaliaLiyana,
Bukan senang nak dapat cuti free macam ni, selain cuti sekolah! So, orang dah suruh cuti, kita cuti jelah!

kak Ina kl,
Lepak kat umah je! Bila perlu barulah keluar, macam nak beli barang keperluan atau appointment dentist anak!Harap-harap ianya bukan jadi penyakit 1Malaysia!

Luth,
Tempat Luth pun cuti kan? Harap-harap penyakit ni tak bertambah teruk!

Myza Pesona said...

Acik,
Alhamdulillah, dah nak hampir siap pun menanda! Dah nak jadi wabak 1Malysia dah ni nampak gayanya! Kat mana-mana dah ada penyakit tu!Siapa yang demam, batuk dan selsema je yang dinasihatkan kuarantin kat umah!

Cikgu Sonata,
Apa nak buatkan, wabak tengah hebat melanda! Mudah-mudahan tak bertambah teruk dan ianya boleh dikawal!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails