Yang Mempesona

Sunday, 30 August 2009

Beli Vs Masak Sendiri...



Salam Ramadhan Al Mubarak to all. Alhamdulillah, hari ni dah masuk sembilan hari kita semua berpuasa. Dah yang pastinya setiap kali waktu berbuka, pelbagai juadah pasti terhidang di atas meja. Kadang-kadang tu sampai penuh meja. Air bukan setakat sejenis, sampai 2 jenis, air panas dan air sejuk. Takpun, air sejuk saja pun dah bermacam-macam. Maklumlah, bila berpuasa ni, semuanya nampak sedap dan menyelerakan especially bila setiap petang kita akan membuat lawatan ke Pasar atau Bazaar Ramadhan. Bila dah ke sana, faham-faham sajalah, pasti akan ada juadah yang bakal dibawa pulang. Di rumah, juadah yang dimasak pun dah berjenis-jenis, ditambah pula dengan yang dibeli dari Bazaar Ramadhan, sampai tak cukup meja dibuatnya!

Kenapa beli dan kenapa tak masak sendiri? Mungkin ada sebab kenapa orang ramai suka membeli daripada memasak sendiri. Mungkin ini adalah di antara jawapan-jawapannya.

1. Membeli lebih murah
2. Juadah di kedai lebih pelbagai
3. Penat
4. Ketiadaan masa
5. Kesibukan bekerja
6. Membeli lebih menjimatkan berbanding memasak sendiri terutama bagi yang tidak mempunyai keluarga besar.

Persoalannya kini, membeli makanan di luar mungkin bukan halangan besar, tetapi harus ingat, kenaikan harga juadah berbuka puasa adalah lumrah kerana perniagaan yang bermusim dikenal pasti terdedah kepada risiko kenaikan harga kerana permintaan terhadapnya meningkat. Malah, setiap kali tiba Ramadan atau musim perayaan, peniaga di negara ini cenderung menaikkan harga barangan kerana tahu pengguna akan membeli walaupun harganya mahal. Akhirnya, langkah untuk berjimat sering saja tersasar. Lebih merugikan, ada yang 'tertipu' kerana makanan yang dibeli indah khabar daripada rupa. Sudahlah mahal, rasanya tak sedap! Kesudahannya, makanan yang dibeli itu menjadi habuan tong sampah dan jika ini terjadi sudah tentu ia satu pembaziran. Sedangkan, pada bulan yang mulia inilah kita sebagai umat Islam perlu mengumpul banyak pahala dan mencari lebih keberkatan.

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan ialah mengenai penjagaan kesihatan. Pada masa kini, kita semua patut lebih berhati-hati dengan penularan wabak Influenza A (H1N1). So, janganlah bersesak-sesak dan mendedahkan diri di kawasan yang ramai orang, misalnya di Bazaar Ramadan. Kalau nak pegi jugak ke Bazaar Ramadhan, jangan lupa pakai topeng muka!

Kita sebagai pengguna bijak perlu berhati-hati dan cerewet memilih makanan, di samping melatih diri mengawal hawa nafsu terutama sekali ketika berbelanja untuk berbuka puasa. Banyaknya pilihan bukan bermakna kita boleh membeli sesuka hatinya saja.

Pada masa sama, kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan juga nasib golongan yang malang serta terpaksa kebuluran, berbanding umat Islam di negara ini begitu mewah dengan makanan yang enak-enak setiap kali menyambut Ramadan sehingga terlupa untuk bersyukur. Yelah, sampai mampu untuk berbuka puasa di hotel yang rata-rata mengadakan promosi berbuka puasa dengan harga yang istimewa. Harus diingat juga kepada yang berbuka puasa di hotel 'Dapur tiada sijil halal - Daripada 2,000 hotel di seluruh negara, hanya 170 ada sijil HDC'.(Sumber: Harian Metro)

Budaya membazir pada Ramadan memang perlu dielakkan, justeru amalan berbelanja secara berhemah perlu menjadi amalan dan cubalah tahan diri dengan 'godaan' untuk membeli aneka jenis juadah yang di jual di luar, khususnya di bazar Ramadan serta terdapat di serata tempat.

Membeli makanan di luar selain memasak sendiri pada bulan puasa bukanlah tidak boleh, tetapi individu mestilah bijak merancang dan yang penting, jangan sampai berlakunya pembaziran.

Bagi mengelakkan terlalu banyak pembaziran ada ketika dirinya lebih senang memasak sendiri, tetapi tidak menafikan ada masa tertentu kita akan membeli saja juadah berbuka puasa terutama sekali ketika ingin bertukar selera.

Berdasarkan semua itu yang mana satukah menjadi pilihan - memasak sendiri atau pun beli saja juadah berbuka sepanjang Ramadan ini? Kata orang, tepuk dada dan tanyalah pada diri sendiri. 'The choice is yours'

'Selamat Menjalani Ibadah Puasa'

11 comments:

Yanmie said...

salam kak,

Yan start puasa lg x msk sdiri aje, tp sesekali teringin jugak nk pegi tp tkut dgn wabak h1n1 tu.

hem teringin nk mkn nasi kerabu dan nasi dangang...tp rasanya klu pegi pun yan sorang aje pegi, hubby dan anak2 tggu dlm keta..maklumlah bila dn bersesak2 nie bahaya sikit...huhuhu

reena said...

kalo pikir penat kan sis... kite mmg malas sgt nak masak time bln pose nih tapi bile stiap kali beli ade je yg tak kena dgn tekak... kesian kan hubby so kite pikir masak kat umah jgk yg lbh sodap... *eceh..ceh.. nak cite pandai msk ler tuh...huhu...* ape2 pon yang penting lgk jimat...

ummu Masyitah said...

salam sis,
kalau saya,lihat pada keadaan.kalau tak sempat,terpaksa beli.kalau beli pun,sekeping 2 murtabak.biasanya masak pun yang simple.

Monkey D Luffy said...

aku beli jer sebab tak ada org nak masak kan

Myza Pesona said...

Yanmie,
Akak kalau beli pun setakat kuih-kuih je... beli kat Bazaar Ramadhan kat umah je! Dengan kawan-kawan dan jiran yang dah mmg berniaga wpun di luar bulan Ramadhan!

Reena,
Betultu Reena. Jimat pun ye jugak! Kalau tak... bila rambang mata tgk juadah kat Bazaar Ramadhan mesti beli! Pastu bila tak abis, jadi rezeki En. Tong Sam Pah...hehehe!

Myza Pesona said...

Ummu Masyitah,
Salam kenal dari saya. Salam Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Samalah kita.Bila hujung minggu, barulah masak yang special untuk anak-anak dan suami.

Kapten,
Sebab tu ko kena cepat-cepat cari orang yang boleh masakkan untuk ko setiap masa, tapi bukan tukan masak kat kedai tau, hehehe!

UmmiRosma said...

Beli ok jugak tapi masak sendiri lebih best sebab kebersihan 100% terjamin. Cuma jika dah terliur something yang kita tak tahu nak masak..kena beli lah yea.

ryann said...

dah muak nak berbuka makanan beli. kali ni pilih masak

sepul said...

orang bujang............beli jek

Myza Pesona said...

Ryann,
Bagi orang dah jemu masak, mungkin nak beli pulak kan!

Sepul,
Orang bujang kalau ada masa pun boleh masak jugak! Cuma... mungkin tak berbaloi la masak setakat makan utk sorang! So... lebih baik beli!

suara said...

Salam myza,

Dari tahun lepas, su boikot bazaar Ramadhan. Huhu... Indah rupa dari rasa...

Masak sendiri walaupun simple, tapi puas hati dengan rasanya.

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails