Yang Mempesona

Monday, 24 August 2009

Biasakan Yang Betul, Betulkan Yang Biasa

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua kawan-kawan bloggers dan silent readers di mana jua anda berada. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna. Hanya sekadar ingin berkongsi sesuatu dengan kawan-kawan semua, kesilapan yang mungkin kita semua biasa lakukan di sepanjang bulan Ramadhan ini. . Mudah-mudahan kita semua akan mendapat manfaat daripadanya. Yang elok dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan! Fikir-fikirkan!

Kesilapan Biasa Umat Islam Di Bulan Ramadhan
Antara kesilapannya ialah:

1) Makan dan minum dengan bebas setelah terbatal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yg boleh diterima Islam).

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya "Aslah" (waktu terakhir di hujung malam).

3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa melakukan ibadah yang lain. Waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk istighfar dan menunaikan solat malam. Waktu sahur adalah salah satu waktu dimana doa mudah untuk diangkat oleh ALLAH SWT..

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Memang benar solat bukanlah syarat sah untuk seseorang berpuasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yg menjadi tunggak kepada keISLAMan seseorang. Sesungguhnya solat itu adalah soalan pertama yg akan ditanya oleh ALLAH kepada kita di akhirat kelak.

5) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja2 di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan kerja yg kita lakukan di pejabat atau di mana2 tempat kerja pun, bila diniatkan Ibadah maka sudah pastinya akan menambahkan lagi pahala untuk kita.

6) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah satu ibadah.

7) Tidak mengutamakan solat subuh berjemaah sebagaimana tarawih.
Ramai yang lupa & tidak mengetahui kelebihan besar semua solat Fardhu berbanding solat sunat, terutama sekali solat Subuh Berjemaah yang disebut oleh NABI SAW: "Bagi orang yg mendirikan solat Subuh secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

8) Menunaikan solat Tarawih di masjid dengan niat sekadar inginkan kemeriahan.
Malangnya mereka kerana setiap amalan adalah dikira berdasarkan niat, jika niat utama seseorang itu(lelaki mahupun wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah, dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharapkan ganjaran redha ALLAH SWT sebagaimana yg ditetapkan oleh NABI SAW di dalam hadith: Ertinya: "sesungguhnya amalan itu adalah dikira dengan niat".(Riwayat Bukhari)

9) Memasuki Ramadhan dengan keadaan terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insurans, pelaburan dan harta masih lagi dipenuhi dengan harta haram, sama ada insuran dan pinjaman kereta secara riba'.Ini sudah tentu akan memberi kesan yg amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan. Kerana status orang yang terlibat dengan riba' adalah berperang dengan ALLAH & RasulNYA..

Renung-renungkan dan Selamat Beramal !

5 comments:

Cybernetics Mind said...

thks...
kerana..
ingat mengingati...
itu laa gunanya TAZKIRAH... :)

Myza Pesona said...

CM,
Sekadar berkongsi dengan kawan-kawan yang lain! Dah jadi tanggungjawab kita sesama insan saudara seagama untuk saling ingat mengingati!

lupekanje said...

bagus perkongsian ini.
kkdg kita memikirkan yang kecil2, sedang yang besar di depan mata kita langgar sahaja...kannnnz

Salam Ramadhan.

suara said...

Jadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya... ubah yang biasa kepada luar biasa. Betul tak?

Myza Pesona said...

Cen,
Macam pepatah Melayu yang mengatakan, 'kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak'!

Su,
Insyaallah. Mudah-mudahan Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan tahun lepas!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails