Yang Mempesona

Friday, 28 August 2009

Hilangnya Sebutir Permata Di Bulan Ramadhan

Allahyarham Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Mohd Salleh

Salam Ramadhan al-Mubarak to all you out there. Hari ni masuk hari ke 6 semua umat Islam di mana jua berpuasa. Dan semalam juga, negara telah kehilangan seorang lagi tokoh akademik yang juga seorang pakar ekonomi iaitu Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Mohd Salleh.

Well, nak kata kenal sangat dengan beliau ni tidaklah, tapi aku telah mula melihat wajah allahyarham Prof. di kaca televisyen sejak aku kecik lagi, sampailah sekarang. Masa kecik-kecik, masa belajar kat sekolah rendah, aku tak tau dia ni siapa. Tapi, yang pasti, allahyarham sentiasa muncul dalam program macam Ehwal Semasa, Forum dan juga apabila adanya pembentangan belanjawan negara. Allahyarham terlibat sebagai salah seorang ahli panel di dalam program-program tersebut. But as time goes by and I grow up, I began to know who this man is!

Apa yang aku rasa apabila melihat kemunculan allahyarham Prof di kaca tv, aku kagum dengan kejayaan beliau di dalam bidang akademik. Aku mula berfikir, " Jika seorang yang kurang upaya seperti beliau boleh berjaya di dalam kehidupan serta mempunyai kerjaya yang sangat baik, mengapa tidak bagi oarang-orang yang dilahirkan sempurna"! Walaupun aku tidak bergelar Prof. dan memiliki Ph.D seperti allahyarham, tetapi aku amat mengagumi segala usaha beliau demi mencapai cita-cita beliau. Pada aku, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Mungkin inilah juga prinsip yang dipegang oleh allahyarham Prof.

Yang paling membanggakan aku ialah Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Mohd Salleh ni merupakan satu-satunya OKU di dunia yang berjaya mendapat Ph.D dan telahpun mendapat pengiktirafan daripada Guiness World Book of Records dan juga senator pertama yang dilantik di kalangan golongan OKU. Selain dari itu juga, liku-liku dan perjalanan hidupnya dari kecil hinggalah beliau berjaya sebagai seorang pakar ekonomi cukup mengagumkan! Segala susah payah, suka duka, pahit getir berjaya dilaluinya. Semuanya boleh dibaca di sini .Sebagai rakyat Malaysia aku turut berbangga di atas kejayaan dan pengiktirafan yang diperolehinya!

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Senator Prof Datuk Dr. Ismail Mohd Salleh. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al- Fatihah....

7 comments:

sonata anak kancil said...

Al-Fatihah. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya ke atas roh allahyarham...Amin.

zeti said...

Al Fatihah utk allahyarham..
zeti & family pun mengagumi ketokohan arwah dlm bidang pndidikan khususnya..

Leya said...

Salam....

Salam takziah buat keluar allahyarham semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.....

Saya pun mmg mengkagumi beliau sejak dr kecil lagi.....

Yanmie said...

Al-fatihah buat arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat...

Bapak said...

al-Fatihah kepada arwah.

beliau adalah individu terpilih kerana telah menyumbang jasa dalam bidang akademik, ekonomi & kebajikan.

terkenang kisah arwah semasa kecil.. ia memberi pengajaran kepada kita bagaimana untuk mendidik anak OKU; bukan terlalu melindunginya hingga x dpt berdikari tetapi memberi galakan untuk meneroka kemampuan diri...

semoga roh arwah dirahmati Allah..

Myza Pesona said...

Cikgu Sonata,
Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Amin...

Zeti,
Negara telah kehilangan seorang tokoh akademik yang amat disegani dan dikagumi!Al-Fatihah untuk arwah!

Leya,
Kagum kerana kejayaannya walaupun dirinya ada kekurangan!Al-fatihah untuk allahyarham.

Myza Pesona said...

Yan,
Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh!

Bapak,
Memang allahyarham adalah seorang insan yang teristimewa, kerana membuktikan bahawa kecacatan yang ada bukan penghalang untuk berjaya!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails