Yang Mempesona

Sunday, 2 August 2009

Inikah Malaysia Tanahairku?



Para pengunjung Kompleks Pertama yang berlindung sementara dari kekecohan yang berlaku di luar.

Inikah Malaysia tanahairku?

Salam and greetings to all. Hari ni aku agak terkejut apabila melihat gambar-gambar yang dipaparkan di dada-dada akhbar utama hari ini. Semuanya berkisar dengan apa yang berlaku di sekitar ibu negara . Hanya kerana demonstrasi jalanan, maka ramai rakyat yang turut terkena tempiasnya. Semalam adalah awal bulan dan kebanyakan daripada kita mengambil peluang di hujung minggu untuk bersantai bersama keluarga, pergi makan-makan mahupun pergi membeli-belah. Maklumlah, tak lama lagi dah nak bulan puasa. Jadi, mungkin ada di antara kita semua yang nak shopping untuk persiapan hari raya walaupun Ramadhan belum menjelang tiba.

Tapi, tengoklah apa yang dah berlaku semalam. Banyak premis perniagaan, sama ada yang besar ataupun kecil terpaksa ditutup. Meaning, no business for the day! Public transport pun terjejas, etc.Orang ramai yang berada di kawasan sekitar terpaksa lari mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan semburan air dari pihak polis FRU. Macam kat luar negara pulak dah jadinya! Macam kat Indonesia, China dan Thailand la pulak!

Harap - harap biarlah perkara seperti ini tidak berterusan! Banyak kesannya kepada negara kita, macam kepada sektor pelancongan dan ekonomi! Siapa yang susah nanti ? Fikirlah sendiri dan sendiri mau ingatlah!

12 comments:

reena said...

hye... ape nak jd la kan sis?? masalahnye mende2 cam gini ade gak pengikutnye... yg nak ikut...uhhh...

Luth Textile said...

kak, kalau demi mendapatkan kuasa, benda jahat boleh jadi baik, tahi boleh jadi makanan kak..

inilah politik, org atasan bersenang lenang goyang kaki lihat penyokong buat benda bodoh ni.

kata utk rakyat,
tapi habuk pon takdak, yang bodoh rakyat jugak, terpengaruh dan fanatik dengan benda macam ni..

ini bukan tradisi malaysia,
ini tradisi gila kuasa!

lupekanje said...

huhu...member acik pun kener gas pemedih mata tu tk pepasal..pdhal nak pi sopping je...
dia kata, ada baby pun kener jugak...
aper la dosa baby tu kann...!! Baby pun nak pi demonstrasi ke??
tak mikir ke seblm lontar gas pemedih mata tuh????

Cybernetics Mind said...

....emmmm
ikut paper cam tu laaa...
tapi realiti tk pernah dipaparkan..
contoh...gmbar last..
seolah2 yg b'baju merah tgh lempar sesuatu..hakikatnya dia sedang lempar balik smoke canister tu balik ke pihak polis...so sepatutnya perhimpunan atau demonstrasi aman tidak seharusnya diprovoke oleh pihak polis samaada yg beruniform mahupun yg tk berunifom (polis berlagak mcm demonstator....tapi buat honar...rosakkan kemudahan awam). Reporter yg amik gambar...tapi tk tahu yg buat provokasi tu ialah polis sendiri....inilah realiti atau fakta yg sebenarnya yg tidak dipaparkan kepada masyarakat.

...wallahualam

Mdm Lulu said...

erm..yela sis.sekarang ni semua yg berlaku kat luar negara terjadi kat kite..tak mustahil nanti kite pun kene mcm rusuhan di russia kan sis..tkutla sekarang ni..mcm2 ada...

Marzalina said...

sedih gial bila tgk negara sendiri jadik huru hara camni.

Anonymous said...

setau aku belum pernah lagi yg buat tunjuk perasaan buat x senonoh... tapi polis pecahkan kepala org banyak la... so aku setuju pendapat CM tu... polis Satu Malaysia sama jea macam polis Satu Negara India

Putera said...

Salam, saya tak setuju langsung diadakan demonstrasi jalanan.. menyusahkan org ramai, menjatuhkan maruah negara... jgn la jadi org melayu yang sukakan huru-hara. kita hidup aman. jgn la rosakkan ketenteraman yg ade skrg. Jgn jadi melayu yg lupa akan kesengsaraan org dulu2 mendptkan kemerdekaan.. kita plak skrg yg nak negara kacau bilau. Renung2 kan la. Pada yang kat luar sana, cuba la study blk perlembagaan negara dan tentang kontrak sosial... Hayati la bait2 lagu warisan... jgn la kita wariskan budaya ni pada anak2 cucu kita.. islam tak pernah ajar kita buat camni... wasalam

sepul said...

lama tak singgah sini. hmmmmm malu la duk buat rusuhan2 mcm ni kan? damn... apa aku dapat lepas tu? kena tangkap polis? penat? menyusahkan orang?

Myza Pesona said...

Reena,
Kat mana-mana pun ada pengikut!Kalau ada ketua, adalah pengikutnya!

Luth,
Harap-harap slogan 1Malaysia " Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" tak akan jadi "Diri Sendiri Dipentingkan, Rakyat Diabaikan"!

Acik,
Orang lain punya pasal, orang laoin yang kena tempiasnya!

Myza Pesona said...

CM,
Malas nak fikirkan sangat pasal ni! Lagi difikirkan, lagi menakutkan! Cuma harap-harap kita tak akan hidup merempat di tempat sendiri!

Mdm Lulu,
Marilah kita berdoa pada Allah SWT minta dijauhkan daripada malapetaka seperi itu! Amin...

Marzalina,
Betul3, memang sedih! Negara tanah tumpah darah sendiri jadi macam ni! Moga tak akan ada pertumpahan darah la lepas pulak ni!

Myza Pesona said...

Anonymous,
Cerita pasal polis memang biasa didengar! Ada antara mereka memang pandai berlakon! Kalah Rosyam Noor, hehehe! Semua watak dorang boleh lakonkan!

Putera,
Siapa yang suka semua ni? Kalau ada yang suka pun sebilangan kecil sahaja! Yang suka nak hidup dalam keadaan yang kacau - bilau, huru-hara dan kelam-kabut! Saya pun tak nak!

Sepul,
Orang yang buat macam tu, nak glamour kot? Dapat masuk tv, suratkhabar, kan tu glamour? bukan senang nak jadi glamour, asal tau caranya macamana!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails