Yang Mempesona

Friday, 21 August 2009

Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa





Salam and greetings to all. Dah lama benar rasanya tak ada entry baru. Maklumlah, minggu ni minggu akhir persekolahan. So, banyaklah urusan pengurusan kelas nak diselesaikan sebelum bercuti ni. Tup-tup ada pulak pelajar baru masuk, bertukar dari SM Teknik Lebuh Cator, Ipoh. Dah nak abis tahun, still ada yang nak bertukar! Kenalah uruskan hal pendaftaran, kutipan bayaran tambahan dah sebagainya. Nama pun Guru Tingkatan, kan! Dalam pada tu, hari Rabu baru ni, selesai sudah satu lagi majlis rasmi sekolah, Majlis Anugerah Cemerlang Ko-Kurikulum (MACK) 2009. Tinggal satu je lagi yang belum selesai iaitu Majlis Graduasi untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 pada bulan Oktober nanti. Hari ni deadline untuk key-in markah untuk akademik i.e peratus untuk 2 ujian dan Pep. Pertengahan Tahun. Tinggal markah ko-kurikukum dan merit je yang belum selesai.

Memandangkan hari ni adalah hari akhir persekolahan dan ramai rakan-rakan bloggers yang turut bercuti, aku ucapkan 'Selamat Bercuti dan Selamat Menduduki PTK' kepada yang menduduki PTK termasuklah aku. Exam PTK aku pada 25/08/09 ni, so kenalah buat ulangkaji sikit! Selalu pesan kat anak-anak murid je untuk buat ulangkaji, kali ni aku pun kenalah study sikit! Mudah-mudahan lulus dengan cemerlang, amin...!

Last but not least, di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan 'Selamat Berpuasa' kepada semua kawan-kawan bloggers di Malaysia, Singapura, Brunei, Jakarta, Cairo, Dublin dan di mana pun jua ada berada. Harap dimaafkan segala salah dan silap, tersalah kata, terlanjur kata dan terkasar bahasa kiranya ada, sepanjang aku berblog ni! Semoga Ramadhan Al-Mubarak kali ini akan membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada kita semua, insyaallah!

10 comments:

Zamz said...

selamat berpuasa dn slamat bercuti

ryann said...

selamat menikmati ramadan

AiE bAhRi said...

Salam ramadhan al mubarak buat akak sekeluarga.Semoga ramadhan kali ini menjanjikan sinar keimanan buat kita semua.

Good luck untuk exam PTK nanti dan Selamat Bercuti..

Bapak said...

Salam Ramadan buat Kak Myza sekeluarga!

Cybernetics Mind said...

"Tirai Syaaban Berlabuh Pergi, Sinar Ramadhan Menambah Seri, Moga Taqwa Diperolehi, Mantapkan Lagi Aqidah Di Sanubari"

"Selamat Berperang Dgn Nafsu..."

sonata anak kancil said...

Selamat melaksanakan ibadah puasa & selamat menduduki exam PTK - semoga cemerlang...

aliadijamina said...

Salam kak Myza, selamat beramadan untuk seisi keluarga.

Myza Pesona said...

Zamz,
Cuti sekolah tapi tak ke mana-mana pun sebab wabak H1N1 sedang melanda!Duduk diam-diam kat rumah je!Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk Zamz sekeluarga!

Ryann,
Salam Ramadhan al Mubarak & Selamat Menjalani Ibadah Puasa!

Aie,
Selamat Berpuasa jugak buat Aie dan keluarga! Cuti sekolah kat umah je! Tak ke mana-mana pun!Risau H1N1 sekarang ni!

Myza Pesona said...

Bapak,
Salam Ramadhan al-Mubarak & Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk bapak dan keluarga!

CM,
Thank you! Selamat Berpuasa untuk CM dan keluarga! Moga tabah menghadapi ujian daripadaNYA!

Cikgu Sonata,
Selamat Berpuasa untuk cikgu dan keluarga! Juga Selamat Bercuti!

Myza Pesona said...

Alia,
Selamat Menjalani Ibadah Puasa untuk Alia dan keluarga!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails