Yang Mempesona

Sunday, 9 August 2009

Tahniah Untuk Semua !

Penerima APC tahun 2008.

Penerima APC bersama Pengetua dan para Penolong Kanan.

Salam and greetings to all. First and foremost, tahniah diucapkan kepada para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk tahun 2008. Semoga semua akan terus berusaha meningkatkan lagi kecemerlangan untuk masa akan datang.

Baru - baru ni iaitu pada hari Khamis, (06/08/09) telah diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk warga pendidik dan kakitangan perkhidmatan pelajaran daerah Hulu Langat 2008. Majlis telah diadakan di Dewan SM Agama Persekutuan Kajang dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Bajuri bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pelajaran , Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Seramai 753 orang penerima anugerah menerima APC masing-masing dalam tiga sesi. Seramai 9 orang (8 guru dan 1 staf sokongan) dari sekolah aku telah terpilih sebagai penerima anugerah. Ada di antara mereka baru je dapat kenaikan pangkat dari DG41 ke 44, tahun lepas, tahun ni dapat APC pulak! Inilah rezeki yang diberi Allah SWT namanya!

Kepada semua penerima anugerah,' Tahniah'! Dan kepada pihak pengurusan sekolah iaitu kepada Pengetua dan Penolong Kanan Kurikulum selaku Pegawai Penilai Pertama dan Pegawai Penilai Kedua, terima kasih kerana memilih kami semua sebagai Penerima APC untuk tahun 2008. Syukur alhamdulillah dan terima kasih di atas pengiktirafan ini! It really means a lot to us and will motivate us to keep on reaching for the stars!

Syukur alhamdulilah!

7 comments:

Anonymous said...

tahniah myza - kak faiz -

sonata anak kancil said...

Tahniah ! Anda salah seorang penerima anugerah? Semoga anugerah ini menaikkan semangat untuk terus cemerlang dalam bidang ini...

Cybernetics Mind said...

at last...
congratss...
seronok dpt RM1000 kan...hehehe

tabley jadi ni...
CM pon nk tukar skim perkhidmatan ni
nk la jugak merasa 44 tu...hehehe
psl CM punya skim tk ada 44...huhuhu

lupekanje said...

tahniahh..tahniahh...tahniaahh.
myza pun dapat ekk..

Myza Pesona said...

Kak Faiz,
Never thought that I'll be receiving it at last after what I've'been through and all the double standard, the favouritism and cronism and those back stabbing!Anyway, syukur alhamdulillah!

Cikgu Sonata,
Akhirnya yang terang itu tersuluh jua! Syukur alhamdulillah!Terima kasih dan sememangnya ini adalah sesuatu yang amat bermakna dalam diri dan kerjaya saya! Mungkin Cikgu Sonata lebih memahami!

CM,
Thank you. Syukur alhamdulillah!Never thought that I would be getting it!Apapun, syukur pada Allah SWT!Lepas dapat degree nanti, bolehla pikir nak tukar skim perkhidmatan! Naik 44 dapat elaun keraian dan elaun rumah lebih sikit! Tu je!

Acik,
Terima kasih. Rezeki daripada Allah SWT! Syukur alhamdulillah! Orang lain dah dapat untuk kali kedua pun ada, tapi syukur banyak2 pada Allah SWT.

makngah said...

mcm ku kenal cikgu yg hujung skali tu...pepun tahniah la myza...lpg2 sy dtg rmh...insyaAllah

Mummy Hanan said...

Salam Myza,

Ucapan tahniah buat awak ye.... semoga tahun yang mendatangkan akan memberikan awak anugerah yang lain2 pula....

teruskan semangat berjuangnya.....

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails