Yang Mempesona

Sunday, 6 September 2009

Ramadhan & Keistimewaannya

Sesungguhnya bulan Ramadhan disebut sebagai bulan ibadat bagi umat Islam. Ini diperkuatkan dengan terdapat banyak hadis yang menyebut tentang keutamaan dan keistimewaan beramal di bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”. (Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa- dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.
(Hadis riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”. (Hadis riwayat Ahmad)

Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”. (Hadis Riwayat Ahmad)

Sebagai kesimpulan daripada kesemua hadis di atas, dapatlah dikatakan bahawa ia memberi pengajaran kepada kita tentang keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan serta keistimewaan beramal di dalamnya bagi mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.

'Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Selamat Beramal'

6 comments:

sonata anak kancil said...

sesungguhnya tersangat banyak keberkatan di bulan mulia ini...dah 15 hari puasa ye...kejap je masa...

lupekanje said...

keikhlasan yg kita perlu ada...baru blh dpt semua keberkatan bulan puasa nih...

klu tk...kita cuma dpt lapar dan dahaga sahaja....kannnz..

thx utk info ini..moga Allah berkati myza sekeluarga.

suara said...

Moga kita sama-sama berusaha memberikan yang terbaik buat Ramadhan kali ini... Ye lah, mana tahu kot Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir buta kita...

Cybernetics Mind said...

jom kita sama2 rebut...
keberkatan 10 malam terakhir..

Cikgu Myza raya kt mana erkk taun ni?

Myza Pesona said...

Cikgu Sonata,
Memang terasa sangat singkatnya Ramadhan kali ni! Cepat benar ianya berlalu!

Cen
Sekadar perkongsian ilmu. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan buat kita semua, insyaallah!

Myza Pesona said...

Su,
Insyaallah,moga kita mendapat keberkatan Ramadhan al - Mubarak ni!

CM,
Jom, jangan lepaskan peluang yang ada! Tahun saya di Selangor dulu, lepas tu insyallah ke Kuantan!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails