Yang Mempesona

Monday, 19 October 2009

Di Penghujung Syawal Ini...

Hidangan makan tengahari dimasak oleh kak Aisyah
(tudung coklat). Memang best!

Pulut kuning yang telah siap dikukus.

Kumpulan membuat kuah kacang.

Nasi impit sedang direbus! Kacau jangan tak kacau kak!

Rendang di kuali...jangan sampai hangus

Salam and greetings to all. Since this weekend is the last week of Syawal 1430H, I guess many of us were busy with open house! Either you were the one who hosted an open house or fulfilling friends invitation to their open house.

As for me, this weekend was a full and tight weekend for me.As Friday is a holiday "Cuti Peristiwa" in conjuction with Deepavali, I took the opportunity to pay a visit to Yan's house, one of my blogger friend. Kebetulan my other half pun not that busy, so lepas ambik anak sekolah, terus je ke Bandar Puteri,Kelang. Sampai pun dalam kol 8 lebih dan kedatangan kami disambut oleh Yan dan anak-anak. Her other half belum balik dari kerja, tapi sempatlah jumpa sebab tak lama lepas kami sampai, dia pun balik!Kiranya kunjungan kami ke rumah Yan kali ini adalah untuk membalas kunjungan Yan dan keluarga ke rumah kami tak lama dulu.

Itu cerita hari Khamis. Jumaat malam Sabtu pulak, aku berkampung di surau taman aku. Gotong - royong untuk Majlis Sambutan Eidul Fitri peringkat taman, anjuran BKKK taman tempat kami sekeluarga tinggal. Lepas solat Isyak, ramailah para ibu dan anak-anak serta para bapa mengambil bahagian dalam aktiviti memasak ni. Malam tu aktiviti memasak rendang, merebus ketupat, memasak kuah kacang. Esonya, pagi sabtu ada lagi aktiviti memasak. Kali ini penyediaan kuah soto dan bahan-bahan yang lainnya, memotong buah-buah untuk pencuci mulut serta aktiviti menghidang sebelum majlis bermula.

Hari sabtu adalah hari gantung periuk belanga di rumah aku. Hari cuti memasak! Mana taknya, ada 3 jemputan dalam satu hari. Pukul 12.30, ada jemputan kawin abg ipar kepada kawan suami
di Semenyih, so kenalah pegi. Makanan ok tapi sebab aku dah makan di surau, so just makan yang ringan-ringan je, fruits and apple salad a.k.a kerabu epal hijau yang dicampur dengan jeruk betik warna putih. Lepas makan, balik rumah dulu, rehat-rehatkan diri. Then dalam 2.30 pergi ke surau pulak untuk Majlis sambutan Eidulfitri peringkat taman. Hadir untuk bagi sokongan moral, tapi tak makan pun! Sebabnya, semua hidangan tu kami dah rasa lebih awal. Maklumlah kami yang sediakan semuanya! Balik dari surau, pergi pulak ke Cheras, open house salah seorang rakan sepanitia. Ikutkan kenyang, memang kenyang, tapi kenalah penuhi jemputan kawan-kawan. Malam... duduk kat rumah sebab dah kenyang sangat-sangat! Semalam, duduk kat rumah, buat muffin untuk anak-anak!

So, bulan Syawal dah pun sampai ke penghujungnya! Semoga pada tahun hadapan kita semua akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan dan Syawal! Insyaallah!

6 comments:

lupekanje said...

tamat la sudehh....
klu tk...kiter sik gi maaaaaakaaaannn je kaannnzz...heheh

Kamsiah said...

insya Allah ...mudah2an kita 'jumpa' lagi ramadan dan syawal th depan..

Myza Pesona said...

Cen,
Asyik sibuk dgn open house je! Perut pun sentiasa je makan!Tak larat dibuatnya!

Kak Kamsiah,
Insyallah...Amin...!

love is forever said...

seronok dapat rewang reramai...

kak ina kl said...

salam myza..best ek dpt bergotong royong sesama..akak suker mcm tu..oh dah jumpa yanmie jugak ek..bestkan dpt jumpa member blog..

Myza Pesona said...

Fina,
Memang best sangat-sangat! Tapi tak semua taman perumahan ada BKKK yang aktif! Biasanya yang ada cuma warga emas, golongan muda susah sikit ank join!

Kak Ina kl,
Itu dah jadi acara tahunan di taman perumahan kami. Gotong-royong tanpa mengira siapa kita, doktor, cikgu, engineer, magistrate, semua ada!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails