Yang Mempesona

Tuesday, 27 October 2009

Jejak Kasih Yang Terpisah

Cikgu dan bekas anak murid. Bekas anak murid pun dah umur 30!

Laksa Penang dan Laksa Kelantan antara judah yang dihidangkan untuk kami.

Salam and greetings to all. It's been quite sometimes dah tak de entry baru kat blog ni. Kekangan masa adalah sebabnya. Biasalah... dah hujung-hujung tahun ni! Banyak urusan yang perlu diselesaikan Jadi, nak buat new post pun tak sempat. Yang sempat hanyalah singgah di blog kawan-kawan.

Ni cerita minggu lepas. Khamis lepas, aku terima SMs daripada GKB aku. Ingatkan dia nak bagi aku kelas relief, sebab biasanya hari Khamis aku akan dapat relief sebab kelas aku hanya 2 waktu sahaja. Bila tengok SMS tu, " Myza... ada seorang kawan lama,Hidayah ingin berhubung dengan Myza. Ini nombor dia, 013-944. Hidayah...? Setahu aku,aku cuma kenal 3 orang sahaja yang bernama Hidayah ni! Seorang Nur Hidayah Ngian Abdulah iaitu Ketua Guru Data di UNit ICT sekolah dan dua lagi Nur Hidayah, bekas anak murid aku!Seorang semasa aku bertugas di Tanah Merah dulu dan seorang lagi di sekolah sekarang! So, Hidayah yang mana satu agaknya?

Lepas sekolah tengahari tu, aku bagitau husband pasal SMS yang aku terima. Then, husband aku suruh call nombor yang diberi, untuk tau Hidayah yang mana satu! Aku pun call, tapi hati aku berat mengatakan bahawa itu adalah Hidayah atau lebih dikenali sebagai Mek Yah, bekas anak murid semasa aku di Tanah Merah. Sebab dialah Hidayah yang sangat rapat dengan aku, yang banyak menolong aku semasa aku di Tanah Merah. Bila aku call dan panggilan dijawab, kedengaranlah suara yang amat aku kenal di corong telefon tu! Suara itu adalah suaraHidayah a.k.a Mek Yah! Bekas anak muridku yang kini telah menjadi seorang jururawat!

"Teacher, mana teacher hilang? Saya call no.hp lama, tak ade, nombor rumah saya tak ada! PUas pikir nak cari teacher kat mana! Akhirnya saya call operator dan mintak nombor telefon sekolah teacher!Itu je jalan akhir saya, kalau teacher dah pindah sekolah tak taulah saya mana nak cari teacher!"...itu adalah antara yang keluar dari mulutnya apabila dia mendengar suara saya. 'Teacher datanglah rumah saya malam ni... saya dah siap masak. Rumah saya kat Bandar Tasik Sri Permaisuri, Lumayan Apartments! Rupa-rupanya dia memang dah lama jejak kasih dengan aku ni! Kebetulan dia off sebab lepas kerja malam,usaha jugak dengan susah payah cari teacher dia ni! Last aku jumpa dia ni masa anak sorang! Tu pun masa tu tengah baby lagi! sekarang dah anak 2, yang sulung pun dah 3 tahun lebih!

Akhirnya, dapatlah kami bertemu semula!Terharu pun ada, gembira pun ada! Terharu sebab tak sangka, ada lagi anak murid yang masih ingat akan gurunya! Gembira sebab kami dapat berjumpa lagi!Syukur, alhamdulillah! Bekas anak didik aku, kini telah berjaya! Berjaya di dalam kehidupannya sebagai seorang jururawat dan kini telah pun mempunyai keluarga yang bahagia! Siapa sangka, dah ada cucu rupanya aku ni...hehehe!

5 comments:

Leya said...

salam myza....leya mmg suke bace jejak kasih....sbb leya dlm keadaan yang sama...dpt bertemu semula dgn kawan di form 6 dulu di facebook....gembira tak terkata...

Kamsiah said...

laksa kelantan..dah lama tak pekena....nyum nyum..

FWaiYMzJ said...

myza, kak faiz baca entry myza kali ni terasa la sgt tuanya... hari tu kt jusco IOI, kak faiz pun ada jumpa dgn student yg kak faiz ajar masa dia Form 3, dah anak gadis dah..terasa la tuanya tambah bila dia cakap cikgu skrg lain la sgt....huhu hu

Myza Pesona said...

Leya,
Anak murid dengan kawan sekolah, atau sekolej mahupun sekursus tak sama! Seorg guru pasti terharu kerana jasanya masih diingati oleh seorang anak murid!

Kak Kamsiah,
Myza pun baru je buat laksa Kelantan ni. Kawan2 geng Kelantan kata lulus buat laksa Kelantan, hehehe! Kalau laksa Johor tu remeh sikit membuatnya!

Kak Faiz,
Terasa pulak tua, padahal beza umur hanyalah 7 tahun!

Mummy Hanan said...

Salam Myza : beruntung nya bila anak murid kita ingat akan kita...tu satu perkara yang susah utk dicari..... terharu juga sya baca.... apa pa pun...rasanya awak dah senang kan....berjumpa dgn dia?hiihihi

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails