Yang Mempesona

Wednesday, 14 October 2009

Missing In Action@ MIA !

AJK Pendaftaran tersenyum lega! Tugas dah selesai!

Menunggu majlis yang belum bermula!

Para graduan dengan jubah masing-masing!

AJK Hadiah & Cenderahati

Salam untuk semua rakan-rakan bloggers!Dah lama benar blog ni tak dikemaskini. Sebenarnya, masa dan keadaan yang tidak mengizinkan.Dua minggu tak ada ceria baru, jika dibandingkan
dengan kawan-kawan bloggers lain, yag saban hari ada saja entri baru untuk dijadikan tatapan. Sebenarnya, selepas entri terakhir tu, aku agak sibuk dengan persiapan terakhir untuk Majlis Graduasi 2009. Selesainya Majlis Graduasi pada hari Sabtu (3/10/09), hari Ahad aku flat out dan akhirnya terpaksa MC pada hari Isnin.

Then lepas MC, balik ke sekolah , sibuk dengan urusan menyemak markah anak-anak murid sebelum slip keputusan dikeluarkan.Sambil tu, kena selesaikan urusan sijil berhenti sekolah dan testimonial. Maklumlah, anak-anak murid bakal meninggalkan sekolah selepas tamatnya SPM nanti. Lagi satu sebabnya ialah, aku mengejar masa sebelum tamatnya Syawal untuk berpuasa enam! Alhamdulillah, hari ni selesai puasa enam aku!!Esok hari raya! Raya puasa enam!

Yang paling penting kenapa aku hilang agak lama ialah kerana PC dan laptop di rumah ni buat hal! Kira baru minggu ni aje yang PC tu ok! Laptop masih lagi memerlukan rawatan!And hari ni, aku sibuk touch-up bilik akses kendiri di sekolah.Esok, sekolah akan menerima kedatangan pelawat untuk Anugerah 3K peringkat Negeri! So, kenalah buat yang terbaik kan!

Esok, hari akhir persekolahan untuk minggu ni! Jumaat sekolah cuti peristiwa sempena Deepavali. Hari Sabtu ni, ada Majlis Ramah Mesra Eidul Fitri anjuran Badan Kebajikan & Khairat Kematian taman kami.Tetamu jemputannya ialah ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar! Jemputan kawin pun ada!Kira minggu ni, final week untuk open house!

That's all folks! Enjoy the pictures!

No comments:

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails