Yang Mempesona

Thursday, 1 October 2009

Satu Hari Di Hari Raya...

Dua-dua tangkap lentok je!

Salam and greetings to all. First of all, nak ucapkan Selamat Kembali Bertugas pada semua. Maklumlah, dah bercuti raya lama, so kenalah masuk kerja balik. Bagi yang tak bercuti masa raya, sebab cuti tak lulus atau cuti dibekukan masa raya, mungkin baru je nak bercuti.Sejak masuk keje, ada je la keje yang nak kena siapkan. Sampaikan blog pun tak sempat nak dijenguk. Blog tak ada cerita baru, tapi blog ni masih aku jenguk,tetap tak dilupakan!

Ingatkan hari-hari biasa ni tak adalah tetamu yang nak datang beraya ke rumah. Tapi, yang pasti hujung minggu ni kawan-kawan anak nak datang beraya.Tapi siapa sangkakan, hari Selasa baru-baru ni,tup-tup Yanmie dan Qamar muncul di rumah! Qamar datang bersama housematenya Ain dan Yan bersama suami dan 2 orang hero keciknya! Riuh -rendah rumah dibuatnya especially bagi Qamar dan Yan,itulah first time mereka berjumpa!Tapi bagi aku,itulah first time aku bersua muka dengan si Yan ni. Mana taknya, all this while kami hanya bersembang di YM saja. Dengan Qamar, semalam adalah pertemuan kali yang kedua buat kami.

Tentang juadah raya,aku sempatlah masak rendang daging, goreng meehoon dan hidangan istimewa which is Satay Kajang. Nak tau apa istimewanya satay Kajang ni, makan dulu baru tau! Suami Yan pun peramah jugak orangnya, sama macam Yan jugak la! Anak-anaknya pun sama, mula-mula tu malu-malu la, tapi biladah lama tu, makin mesra pulak dorang tu nampaknya. Sama macam mama dan ibu masing-masing!

To Yan and Qamar, thanks for coming! Terima kasih banyak-banyak sebab sudi datang. Minta maaf jika ada terkurang semalam! Itu saja yang boleh kak Myza hidangkan! Nak masak yang canggih-canggih tak dapat le, sebab kekangan masa! Jangan serik nak datang lagi tau! Lain kali, datang waktu hujung minggu lagi best! Boleh lepak lama-lama sikit! Ni pun boleh sampai kol 12.15 malam, kalau hujung minggu tak kerja mau agaknya jam sampai pagi! Qamar tu pun lama jugak lepak kat umah, sampai before Maghrib sampai kol 10.15 malam. Tu pun sebab nak balik naik KTM Komuter, kalau tak, mesti stay lagi. Kenalah mintak diri dulu kan, kalau tak nanti tertinggal keretapi la pulak ye! Tapi tak pe, kalau tertinggal komuter tu, kak Myza boleh hantar!

Yan and Family, Qamar & Ain,
Terima kasih daun keladi, kalau sudi datanglah lagi!

7 comments:

Yanmie said...

salam kak...hihihi kelakar gmbr kita kan..rasanya nie kt gmbr paling ok antara terbanyak tu kan..

anyway thanks sgt2 atas jemputan. seronok dpt jumpa dan kenal2 dgn akak sekeluarga. insyallah klu ada masa lain kali nk jumpa lg..

terima kasih gak dh tapau utk yan..marbeles sgt akak pnya menu...nnti nk minta resepi rendang daging tu..

Myza Pesona said...

Yan,
Insyaallah, ada masa nanti akak nak berarak ke rumah Yan pulak, ok tak? Kali ni kena set masa betul2, semua boleh enjoy puas-puas. Resepi rendang tu boleh bagi,no problem. Resipi daripada arwah mama kak Myza.

naz said...

selamat hari raya:)

sharamli said...

xmasak canggih2 p0n sdp jgk kn...hee

Kamsiah said...

harap akak juga dpt jumpa myza & sheikh...

kamar hati said...

salam akak...qamar dah update citer pertemuan bermata2 tu...baru sempat update haaa...thanks atas makan2 tu...insyaALLAH, ada rezeki kita jumpa lagi... :)

ummu Masyitah said...

salam,
rendang daging,alahai sedap kan..

gambor lentok tu kelakar..

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails