Yang Mempesona

Sunday, 22 November 2009

Alone And It's Blackout !


Salam and greetings to all. Dah lama blog ni tak diupdate. Last entry 12/11/09, selepas balik dari kursus. Lepas tu tak berkesempatan nak membuat entry baru kerana kekangan masa. Hari Rabu lepas aku dah mula bertugas, so setiap hari balik petang. Then, awal- awal pagi dah nak keluar ke tempat bertugas, sebab tempat bertugas agak jauh, takut tersangkut dalam traffic jam. Itu pasalnya, blog ni dah naik sawang!

Kebetulan semalam my other half outstation ke Utara. Aku tak dapat join sebab kena bertugas ni. So, anak- anak dibawanya sekali. Insyallah, lepas aku selesai tugas ni, barulah aku akan bercuti sekali dengan mereka! Kiranya kali ni 2 kali la anak-anak aku akan bercuti. Insyaallah aku akan ke Penang sebab ada jemputan kawin rakan sekerja di sana , 2 hari selepas cuti Krismas. Bila anak- anak dan cik abang tak ada ni, ingat oklah sebab PC tak de sapa yang conquer, bolehlah ngadap lama sikit. Tapi lama-lama naik boring la pulak! Sunyi je rumah, tak dengar jerit-pekik anak-anak!

Lepas solat Maghrib semalam , elok je duduk depan PC. Kiranya nak buat entry baru la! Baru je nak sign in, tiba-tiba je lampu padam! Ingatkan suis utama tu trip, tapi bila tengok ok je! Nak kata hujan lebat, tak jugak! Mulalah operasi mencari lilin! Nasib baik jumpa! Bila dah nyalakan lilin, baru teringat nak buat report kat TNB Careline. Operator TNB Careline tu bagi tau yang ada major breakdown kat Bandar Teknologi. So, maybe lepas 2 atau 3 jam lagi baru ok! Tunggu sampai jam 9.12 malam, tak ada.... 10.12 malam pun tak ada! Last sekali, aku pun naik masuk bilik , dengan lilin-lilin sekali. Tau-tau lampu dah menyala, kipas berpusing, dalam pukul 4 pagi tadi! Punyalah lama blackout!

Anyway, syukur alhamdulillah semuanya dah ok pagi tadi. Harap-harap malam ni tak blackout lagi. Pagi tadi pergi kedai beli stok lilin...just in case blackout again. Sebabnya...semalam punya lilin dah tinggal satu je. Apapun, bila blackout dan sorang-sorang kat rumah, macam-macam yang bermain dalam fikiran!

3 comments:

aliadijamina said...

nasib baik ada gak lilin....tapi kak myza kira berani gak tuh dok sensorang..hehehehhe..

Myza Pesona said...

Alia,
Tawakkal ajelah! Ni pun sebab ada tugas, tak boleh nak ikut! Think positive aje!

um. masyitah said...

Salam Kak Myza
Jumaat minggu lepas,black out..tapi siang hari,lama gakz panasnya ya Allah

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails