Yang Mempesona

Monday, 30 November 2009

Ini Pun Malaysia Boleh Juga Ke ?


LONDON - Seorang lelaki Britain, Ian Young menyunting seorang mak nyah warga Malaysia yang dikenali sebagai Fatine untuk menjadi 'isterinya', lapor sebuah akhbar semalam. Ian, 30, yang memiliki sebuah syarikat penyelenggaraan hartanah berkahwin dengan Fatine, 36, dalam satu majlis sivil di sini Mei lepas.

Dia berkenalan dengan Fatine di sebuah kafe Starbucks di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur pada Ogos 2006 ketika dia bekerja sebagai pegawai keselamatan di Malaysia. Terpegun dengan kejelitaan mak nyah tersebut, Ian yang pada mulanya menyangka Fatine seorang wanita, cuba memikatnya.Lelaki itu berkata, keserasian antara mereka menimbulkan bibit cinta dan dia berasa bertuah dapat bertemu dengan kekasih yang mengambil berat dan pandai menjaga hatinya.

"Saya tidak peduli sama ada dia seorang mak nyah. Saya mencintai keperibadiannya. Bagi saya Fatine seorang wanita yang cantik dan menawan," kata Ian yang sebelum ini mempunyai seorang teman wanita berbangsa Inggeris. Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil Min Bahari mengambil hormon wanita sejak berusia 17 tahun.Jurusolek itu tidak mahu melakukan pembedahan penukaran jantina kerana takut pada risiko di samping gembira dengan keadaan dirinya yang sedia ada. Pada Disember 2008, Ian membawa Fatine ke Britain dengan menggunakan visa pelawat tetapi 'isterinya' itu kini bakal dihantar pulang Malaysia kerana tinggal di negara itu melebihi tempoh enam bulan. - Agensi

*** Adakah ini juga sesuatu yang boleh dibanggakan dan boleh dikategorikan dalam MALAYSIA BOLEH ! ????

7 comments:

Teika Kawashi said...

Hot betul isu ni..Ntahlah apa nak jadi dgn Malaysia..takde pulak newspaper hari ni bising2 pasal benda tak elok...

naz said...

haha yeah saya ada baca :)
apa punya tangkal dia pakai
pun tak taw lar. maybe mat salleh tu gay haha

cik EPAL said...

boleh jugak :D

Myza Pesona said...

Teika,
Kalau newspapers yang utama nak kecoh2 hal ni, malulah nanti kot! Yang ada keluar dlm KOSMO! Lagipun, isu ni libatkan org Melayu dan yang lebih utama, beragama Islam!

Naz,
Semua @#$%^& kat Msia ni atau yang sewaktunya, kalau nak kawin mesti pegi luar negara! kawin lelaki mat salleh! Lagipun kawin kat sana...sah!Kat Msia je yang tak ada undang2 mcm tu! Elok pun tak ada, nnt kalau Msia buat, lagi huru-hara dibuatnya!\

Cik Epal,
This is not something to be proud of! Sebabnya... ini melibatkan org Melayu dan agama Islam! Apa pandangan bangsa lain ttg agama Islam dan org Melayu!

Ilmuwan Hati said...

Apo laie nak dikato? mcm2 org dah snggup buat skrg. yg menjadi masalahnya ialah musibah @ bala Allah tak mengenal antara ahli maksiat atau ahli ibadah. Na'uzubillahimin zaalik!

Kamsiah said...

Mohammed Fazdil Min Bahari -Fatine hahahha..anak sapa la tu...hancussss...

nak tukar nama jugak la..kamsiah->kamal..!!

Myza Pesona said...

Ilmuwan Hati,
Itulah yang akan terjadi sekiranya kurang didikan agama! Tak dapat nak bezakan halal haram, dosa pahala! Apa yang mereka tau, ikut rasa cinta, kasih sayang sahaja!

Kak Kam,
Kamsiah tu kan dah elok! Tak payah dah tukar2! Kalau semua tukar nnt, susah pulak!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails