Yang Mempesona

Thursday, 12 November 2009

Outstation... Kursus Guru Data EMIS

Tempat penginapan masa kursus. Bilik aku dapat riverview, bukannya dapat seaview
(Source: Google)

Bilik penginapan yang bolehlah...alhamdulillah.
(Pic ni ambik kat Google, tak bawak camera masa kursus!)

Salam semua. Semoga semua kawan-kawan blogger sihat-sihat aje. Ahamdulillah, hari ni baru dapat menjenguk blog yang dah beberapa hari tak dijenguk. Bukannya apa, aku berada di luar kawasan, untuk menghadiri Kursus Guru Data EMiS, peringkat daerah Hulu Langat. Actually, Ketua Guru Data yang sepatutnya attend kursus ni. Tapi, disebabkan dia perlu menghadiri satu lagi kursus data peringkat Jabatan Pendidikan Teknikal di Sepang, aku sebagai Penolong Guru Data perlu hadir bagi menggantikannya.

Tempatnya, di Kelang. Kelang tu taklah selalu pegi, last pegi makan ikan bakar kat Muara Ikan Bakar. Sebabnya, terasa jauh sangat kalau nak ke sana tu. Lebih kurang 2 jam, itupun kalau jalan tak jam. Hari Selasa bertolak ke sana,dihantar oleh.... sapa lagi kalau bukan my beloved hubby. Pendaftaran mula pukul 2 - 5 petang. Aku balik awal, dapat pelepasan sebab nak bertugas luar. Malam dah mula kursus sampai pukul 10.30 malam kecuali malam tadi. Sesi petang semalam tamat jam 5 petang dan tiada sesi malam. Ada special dinner pada malamnya. Ada live performance lagi! Ada la jugak pegawai PPD yang mendendangkan lagu, menyumbangkan suara. Petang semalam sempat la jalan-jalan kat area tempat kami tinggal tu.

Pagi tadi ada majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil kepada semua peserta kursus. Lepas selesai semuanya, kami pun check-out dan balik ke rumah, rindu nak jumpa semua yang ditinggalkan di rumah!

3 comments:

luth textile said...

wahh..seronok gitu kak..
salam ziarah, lama tak tengok // jengok blog akak.. sibuk sikit..

Ann said...

Salam Myza,
Welcome to Klang. Selalunya JPN suka buat course kat Goldcourse tu..not really a nice place, tapi kos murah kot. Anyway, enjoy your stay.

Mawar said...

Salam Myza,

Hmm..memang selalu JPN wat kursus kat Gold course..kadang2 tu naik jemu plak..tapi daerah sabak bernam kene pegi ke pord Dickson..

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails