Yang Mempesona

Thursday, 26 November 2009

Salam Aidil Adha Untuk Semua


Salam and greetings to all. Rasanya hari ni ramai dah balik kampung. Ataupun, mungkin ada yang dah balik kampung sejak semalam lagi. Maklumlah, cuti raya haji sampai hari Ahad. Ataupun, mungkin juga ada yang tak balik kampung macam aku ni! Bukannya aku tak nak balik raya, tetapi kekangan masa dan tugas yang masih belum selesai membuatkan aku beraya di ibu kota Kuala Lumpur sahaja. Semalam aku masih lagi bertugas sehingga lewat petang. Dan mulai Isnin depan, aku kembali bertugas. Keadaan cuaca yang tidak menentu membuatkan kami sekeluarga mengambil keputusan untuk berhari raya di rumah kami sahaja.

So, kepada semua kawan-kawan yang akan balik kampung, 'Selamat Balik Kampung dan Berhati - Hati Di Jalanraya'! Kepada yang berada di perantauan, tabahkan hati di hari raya ini! Inilah yang dinamakan ujian untuk anda semua! Untuk yang mengadakan qurban, 'Selamat Menunaikan Ibadah Qurban'!

3 comments:

Yanmie said...

Selamat menyamambut hari raya aidiladha untuk akak sekeluarga..

ihklas dar yanmie sekeluarga

Myza Pesona said...

Yan,
Selamat Hari Raya EidulAdha untuk Yan juga! Beraya di mana... Klang atau Pahang? Tak nak open house raya haji pulak ke?

ryann said...

salam raya.

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails