Yang Mempesona

Monday, 14 December 2009

Aktiviti Sepanjang Minggu Lepas

Salam and greetings to all. Dah lama benar blog ni tak ada entry baru. Macamana yang semua maklum, cuti sekolah ni, aku kena bertugas , tugas rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia. So, sebelum cuti sekolah bermula, aku dah pun mula bertugas! Dari pagi sampai petang, ataupun dari pagi sampai tengahari sahaja. Ada ketika kena mengiringi bos dari Bilik Kebal dan ke Bilik Kebal. So, jam 6.45 dah kena standby kat Bilik Kebal. Walaupun Peperiksaan SPM belum selesai lagi, lusa 16/12/09 adalah hari akhir, tapi tugas aku telahpun selesai dengan rasminya pada 09/12/09. Semuanya dah selesai termasuklah urusan mengisi borang claim. Tinggal tunggu claim masuk je!

Memandangkan hari Rabu tu, tugas aku selesai jam 12.00 tengahari, dapatlah aku balik awal. Masa itulah aku selesaikan banyak perkara. Maklumlah, hujung minggu ni aku nak ke luar negeri! Nak bawak anak-anak pergi bercuti! Tahun ni anak-anak tak dapat bercuti awal sebab mamanya ada tugas rasmi!

First, pergi tukar tayar kereta! nun kat Kelang sana nun... Bukannya tak boleh je tukar kat sini, tapi ramai yang sedia maklum, harga tayar di Kelang agak murah berbanding di tempat-tempat lain terutamanya di KL gedebak gedebuk 4 bijik termasuk alignment terkena la Rm745 itupun taya cap ayam jea haha ! area tempat aku ni cap ayam-cap ayam pun sah Rm110 maknanya boleh la jimat banyak, kira baloi la... !

Hari Khamis dan Jumaat buat lawatan ke kedai buku pulak.
Maklumlah, tak lama je lagi sesi persekolahan untuk tahun 2010 akan bermula. Walaupun buku-buku teks diberi percuma, tapi buku-buku aktiviti yang akan digunakan bersama buku teks perlu dibeli. Itupun, ada beberapa buah buku lagi yang tak ada stok! Alat - alat tulis pun dah siap dibeli. Yang belum dibeli hanyalah kasut sekolah je lagi! Pakaian sekolah anak-anak aku, SIL aku yang tolong jahitkan. Memang setiap tahun dia ambik kontrak jahitkan baju-baju anak-anak aku! Aku cuma beli kain, getah, zip, butang dan lain-lain! Banyak aku jimat bila jahit sendiri ni, berbanding beli yang dah siap!

Okay, that's all for now ! Hujung minggu ni, insyallah aku akan bercuti bersama keluarga dan akan berehat seketika dari berblogging. Kepada kawan-kawan bloggers semua, mungkin aku akan buat surprise visit ke rumah anda! Kita tengok siapa yang kena ok! TUNGGU....!

6 comments:

sonata anak kancil said...

selamat bercuti-cuti malaysia...sy sekarang menyambung kerje2 yg tertunggak sewaktu ketiadaan sy hari tu...ni agak sibuk sikit! esok lusa kena bereskan semua! ( persiapan takwim pengurusan 2010 )

ryann said...

sibuk gak ye walau bercuti

Myza Pesona said...

Cikgu Sonata,
Baru je nak pergi bercuti ! Orang lain dah puas jalan-jalan! Apa nak buat, tugas dan tanggungjawab kena diselesaikan dahulu! 31/12/09 dah nak mesyuarat pulak!

Ryann,
Kerja cikgu zaman dulu-dulu tak sama dengan jadi cikgu zaman sekarang ni!Namanya je cuti, tapi ada masanya perlu jugak ke sekolah!

diari-alya said...

selamat bercuti cikgu!! semoga tambah pengalaman baru buat anak2...

Cybernetics Mind said...

hehehe.....tk sangka jadi org yg pertama terima "suprise visit"....thks myza & company...insyaallah di masa2 lain kita jumpa lagi :)

"Happy Holiday"

Myza Pesona said...

Alya,
Jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengetahuan!

CM,
Harap terjahan tu tak membuatkan u all semua dapat heart attack ok! Hope we all can meet again in the future, insyaallah!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails