Yang Mempesona

Sunday, 27 December 2009

Cuti-Cuti Malaysia Dec 09 : KL - Ipoh - Bkt Mertajam

Pengantin baru yang diraikan.

Blogger CM yang sibuk dengan kameranya.

Bersama Sue, kakak pengantin lelaki yang juga wife blogger CM.

Salam and greetings to all. Alhamdullillah, dah pun selamat sampai ke rumah selepas seminggu pergi bercuti-cuti Malaysia ke Utara. Kali rasanya lebih seronok sebab bukan sahaja bercuti, tetapi juga berpeluang mengeratkan silaturrahim dan ukhwah di antara rakan-rakan bloggers yang berada di sebelah Utara Semenanjung ni.

Perjalanan pada hari pertama adalah dari KL ke Bukit Mertajam. Alhamdulillah, dah rezeki nak jumpa agaknya, kebetulan seorang blogger iaitu CM ada di Ipoh, kerana ada majlis kenduri adik iparnya. Nampaknya, langkah kanan la kami hari tu! CM menjemput kami makan kenduri majlis adik iparnya. Lebih kurang jam 2ptg, kami sampai di Ipoh dan CM menjemput kami di Petronas Persiaran Sultan Azlan Shah untuk ke rumah ibu mertuanya. Alhamdullah, langkah kanan kami hari tu!

Sembang punya sembang, sampai khemah pun dah siap dikemas, barulah sedar yang dah lama sangat kami di sana. Diam tak diam dah pun pukul 5 petang.Kami terpaksa minta diri kerana nak meneruskan perjalanan ke Bukit Mertajam pulak. Seronok sangat kami bersembang macam dah lama sangat tak jumpa, padahal itulah kali pertama kami bertemu walaupun sebelum ni kami memang biasa bersembang di blog. Kepada CM dan Sue, terima kasih banyak-banyak di atas layanan mesra kalian kepada kami sekeluarga. Walaupun itu adalah pertemuan kali pertama, ianya cukup bermakna buat kami. Semoga kita semua akan berjumpa lagi, insyaallah!

Untuk CM, Sue and Family,
Terima kasih daun keladi, Panjang umur jumpa lagi!

6 comments:

Kak Aidah said...

Wah jauhnya berjalan dari KL smpi ke Bt Mertajam

sonata anak kancil said...

begitu la penangan blog...bagaimana mesranya di alam maya - bila berjumpa spt memang dah lama kenal!

bila pulak kita nak jumpa ye...

Myza Pesona said...
This comment has been removed by the author.
Kamsiah said...

mmg langkah kanna la myza sekelurga ya...

Shariz said...

Syok kan jalan2 masa cuti sekolah ni dan musim YES. Shariz pernah tinggal kat apartment sebelah Queensbay Mall tu. Masa Mall tu nak dibina, kitaorg dah pindah dah. Sampai skrg ni tak pernah lagi pi masuk dlm tu...huhuhu...

Myza Pesona said...

Kak Aidah,
Jauh berjalan luas pemandangan, ramai jumpa kawan!

Cikgu Sonata,
Insyaallah, ada rezeki, panjang umur, ada peluang, dapatlah kita jumpa. Selangor - Melaka bukannya jauh sangat pun!

Kak Kam,
Alhamdulillah kak Kam, itulah rezeki. Rezeki jangan ditolak, rugi kalau ditoalk, hehehe!

Shariz,
Tu first time sampai kat Queensbay Mall, sebab nak jumpa seorang blogger yang duduk kat Penang. Dapat la shopping sikit2 kat situ, jgn tak ada ole2 dr Penang! Yang lain tu enjoy makan je!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails