Yang Mempesona

Wednesday, 30 December 2009

Jalan -Jalan Cari Makan Kat Utara - Part 1

Ni di antara 5 orang tukang masak kat situ!
Credit to: http://mamaazlina.blogspot.com

Inilah dia Char Kuey Tiaw Mohd Ariff,Kg. Pelet.
Credit to: http://mamaazlina.blogspot.com

Salam and greetings to all. Ni nak sambung cerita pasal Cuti- Cuti Malaysia. Bila dah pergi Cuti-Cuti Malaysia, of course bab Jalan- Jalan Cari Makan mesti antara agenda yang penting. Bukannya apa, bila dah pergi jalan-jalan mesti nak cuba semua tempat-tempat makan yang kawan-kawan recommend. Sambil-sambil tu nak bandingkan rasa dan harganya dengan KL.

On the first day kami sampai tu, cousin my husband yang tinggal kat Bukit Mertajam ni bawak kami makan char kuey tiaw yang memang terkenal kat sini Char Kuey Tiaw Kg. Pelet. Kalau kat KL ni, kita biasa nampak char kuey tiaw ni dijual di warung-warung tepi jalan je. Tapi kat sini, dah macam resoran, tapi specialty ialah Char Kuey Tiaw sahaja, tak ada menu lain. Harga pun boleh tahan jugak antara RM2.00 - RM 6.00. Penuh pinggan, sampai susah nak habiskan. Bukannya macam kat KL ni, 5,6 kali suap, tau-tau dah habis sepinggan!

Kami order Char Kuey Tiaw Special, yang diletakkan kerang dengan udang yang besar-besar jugaklah!Menunya CKT biasa, kosong, kecil, besar, special dan CKT udang. Udangnya pun sangat manis, udang fresh katakan! Memang berbaloi, makan kat situ 9 orang baru RM41.40 termasuk air!! Tapi sayang, camera tertinggal kat rumah cousin hubby,so tak boleh nak ambik gambar. Yang ada ni pun pinjam dengan izin dari tuan punya blog!

So, sesiapa yang ada kawan-kawan atau sedara-mara yang duduk area Bukit Mertajam atau Guar Perahu, cubalah tanya! Mesti semua tahulah tempat tu!

4 comments:

Zamz said...

best2 jln2 cari mkn kat utara

afeena said...

feena suka sgt mkn char kue teow....yummyyy...

Teika Kawashi said...

Happy New Year to you..May 2010 brings you Health, Wealth, Luck and Happiness..

Myza Pesona said...

Zamz,
Memang best! Itupun banyak lagi tempat yang belum sampai! Mana yang nampak ramai orang, terus je berenti, selain drp yang kawan2 recommend!

Afeena,
CKT Kg. Pelet tu memang sedap! Anak2 yang tak berapa sangat dgn CKT ni pun boleh habis sepinggan! Memang patut cuba yang ni!

Teika Kawashi,
Thanks. Happy New Year 2010 to you too! Ahad ni dah sekolah ye! Selamat Kembali Ke Sekolah!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails