Yang Mempesona

Wednesday, 28 January 2009

First Hand Experience

Inilah yang ada dalam tong besar ! Belut..

My kids looking inside the container with full of amazement!

Salam and greetings to all. To those who are still enjoying the long Chinese New Year holiday, "Selamat Bercuti" and those who are back to work, "Selamat Bertugas". As for myself, I'll be back to work, tomorrow. Hari ni, anak - anak dah mula bersekolah agama dan tadika. Tapi sekolah kebangsaan masih lagi bercuti. Talking about holidays, unlike some of those blogger friends who went balik kampung, but I didn't go balik kampung. Not even for Cuti- Cuti Malaysia. Don't wanna get stuck in the jam at the highway, actually!

Masa aku pegi Cuti - Cuti Malaysia ke Utara tahun lepas, my kids got a new experience. An experience that your kids don't easily get if you are living in town. It's true when looking at my kids. My husband's relative lives in the kampung and he does all the kerja kampung. So, when we visited him and his family during the long school holidays, I caught my kids were looking at a container with questions lingering in their mind. They were questioning each other and I pretended not to notice them.

Then, one of my kids came and asked, "Mama, ada ular banyak la dalam bekas tu!". But I know, they are referring to the ell or orang Melayu panggil ' belut'. Since, they didn't know what it is actually called, so they called it 'ular', maybe because of the size, shape that resemble as 'ular'. Tapi bila dah diterangkan fakta yang sebenarnya, tentang apa yang dilihat oleh mereka tu, barulah mereka faham. Faham akan apa yang dilihat itu bukanlah ular tetapi belut yang boleh dimakan. That is what I called, learning from experience. Kalau tak balik kampung, tak jumpa belut, pasti tak tau apa namanya, dan mungkin mereka akan panggil belut tu sebagai ular!

Sunday, 25 January 2009

I'VE BEEN TAGGED BY DADDY COOL

Sebenarnya, task ni dah lama aku dapat. But, due to time constraint, I have not been able to do it earlier. Sibuk dengan aktiviti ko-kurikulum dan latihan rumah sukan. Lagi pun internet connection aku tak berapa baik 2, 3 hari ni.Hinggakan nak menziarah kawan - kawan bloggers pun tak dapat. So sorry, everyone. To Daddy Cool, I hope that you will be satisfied and happy with the answers. Lebih kurang , mintak maaf la ye! By the way, Selamat Bercuti Tahun Baru Cina kepada semua kawan - kawan bloggers yang sentiasa sudi datang menjenguk blog aku. Kepada yang balik kampung tu , Hati - Hati Di Jalanraya!

1. Next year I am

2. I really want to go to


3. My favourite place


4. My favourite thing

5. My favourite drink

6. My favourite food

7. My favourite colour


8. I live in

9. I was
born in

10. A nickname I had

11.My college major


12. My bad habit



13. My hobby


14. I wish

Friday, 23 January 2009

Kisah Si Bantal Busuk

Saje nak tau..apa perasaan u all yang suka kat bantal busuk la..selimut busuk la..what is in your head actually? Jangan mare yee.. sekadar ingin tau je!

Cerita pasal bantal busuk ni, teringat aku kat cousin aku yang sorang ni. Masa ti kitorang kecik - kecik lagi la! Cousin aku ni lelaki, tapi dia ni ada bantal busuk. Mana saja dia pegi, bantal busuk pasti menjadi teman. Kalau tertinggal bantal busuk tu, terpaksa patah balik rumah untuk ambik. Rupa bantal busuk tu tak payah cerita la, faham - faham sendiri sudah la! Tapi masa dia remaja pun, dia masih ada bantal busuk tu... cuma tak dibawa ke asrama! Malu la beb! Takkan student RMC ada bantal busuk, kan? Mesti nak control macho! Cuma aku tak pasti la sekarang ni, sama ada dia masih ada bantal busuk lagi ke tak? Maklumlah sentiasa terbang di awan biru! Takkan dalam beg kerja nak isi bantal busuk kot!

Kat rumah aku pun ada peminat bantal busuk ni. Tapi dia tak panggil bantal busuk. Dia panggil bantal peluk. Bila nak tido je, mesti nak ada bantal busuk tu. Hinggakan bila nak cuci sarung bantal tu, aku kena pastikan yang sarung bantal tu mesti kering sebelum dia tido. Kalau tak, payah la dia nak tido.

Aku cuma ada bantal peluk. Tapi macam bantal busuk la jugak! Tak leh tidur kalau tak de bantal tu. Memang la peluk hubby tapi kena ada gak bantal tu kat tepi.Tapi kalau tak ada bantal tu, susah sikit nak tidur. Kenapa ye agaknya? Ada sesapa yang tau tak? Macam kata Allahyarham P. Ramlee, ' irama dan lagu tak dapat dipisahkan'. Sama la jugak dengan tuan punya bantal busuk dan bantal busuknya.

Actually..bukanlah ada makna2 tersirat disebalik adanya bantal busuk ni.. cuma ada bantal nih lagi mudah tido, ada peneman walaupun hubby ada kat sebelah.

Kita kena pandang ke hadapan...bak kata pepatah melayu dulu2... tapi yang nie, buang yang busuk ambik yang wangi, hehehe!

Ala istilah jee bantal busuk...tapi bukan busuk pun Wanggiiiiiii.....kalau busuk hubby pun lari sebab tak larat bau. Cuma dikatakan bantal busuk, sebab bila bantal tu tak ada...cam tak leh lena. heheheheh......

Sunday, 18 January 2009

Down Memory Lane

Sekali lagi Putrajaya menjadi tempat yang istimewa bagi aku... Petang tadi bertempat di Alamanda aku berjumpa member lama yang sama-sama buat TESL dulu.Aku sebenarnya lama betul terpisah dengan dia ni, rasanya dekat tiga belas tahun jugak la...! 13 tahun bukanlah satu jangkamasa yg pendek tau, sapa yang ada anak umur 13 tahun dah masuk Tingkatan Satu dah... ha bayangkan la... !

Sesiapa pun pasti faham seronoknya bila kita dapat bertemu member lama, nak-nak yang memang 'kamcheng' dengan kita dulu... seronok meeeemang la seronok sangat ! Tak reti dah nak cakap macamana. Lama jugak la kami berbual petang tadi, bermula dgn kisah -kisah lama semasa di universiti dulu sampai la cerita-cerita "apa aku buat apa kau buat sampai la apa diorang buat sekarang" selepas meninggalkan pengajian.

Kak Faiz, is someone that i really missed so much ! Di depan aku dia kelihatan masih seperti dulu, dia tetap ceria, manis, anggun dan peramah, just like before. Sesungguhnya, dia adalah antara insan yang aku ingin temui setelah lama kami terpisah. Alhamdulillah tertunai jugak akhirnya !

Aku harap semoga selepas ini akan ada lagi masa untuk kami bertemu dan berbual. To Kak Faiz, thanks for the wonderful time together. Hope this is just the beginning and not the ending ! Hope to meet you again some other time!

Kepada kawan-kawan blogger yang membaca entri ini sila sudikan diri berkunjung ke halaman beliau. Klik di sini !

Terima Kasih Teman....




Kesibukan yang berpanjangan selama seminggu pada minggu lepas membuatkan aku tak dapat nak buat entri baru. Macam - macam perkara yang nak diuruskan di sekolah termasuklah sebagai guru bertugas pada minggu lepas. Mana nak buat lesson plan, laporan guru bertugas lagi, keceriaan kelas, pengurusan kelas, data pelajar, perjumpaan ko-ko dan kena handle perjumpaan rumah sukan Jumaat tu! Fuh.... lega rasanya seminggu yang penuh dengan bermacam - macam program dan aktiviti akhirnya berakhir. Alhamdulillah. Hinggakan ke hari ini barulah ada kesempatan untuk buat entri baru.

First of all, terima kasih banyak - banyak pada kak Kamsiah di atas pemberian yang tidak ternilai ini. It is so meaningful to me. Tak ternilai rasanya dibandingkan dengan ukhwah yang terjalin di antara kita. Walaupun hanya di alam maya dan belum pun pernah bersua muka, tapi ianya terjalin dengan mesra sekali.

Kepada Kak Kamsiah, terima kasih di atas ingatan dan kiriman itu. Moga di suatu masa nanti, insyaallah jika diizinkan Allah S.W.T, dapatlah kita bertemu mata, bersua muka,beramah mesra dan berkongsi cerita.

Tuesday, 13 January 2009

HAPPY BIRTHDAY TO YOU... AZZA

Anyone's birthday today! Just taking this opportunity to wish all my blogger friends out there who just celebrated their birthday or will be celebrating soon or even celebrating it today!


HAPPY BIRTHDAY TO YOU!

Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipanjangkan jodoh dan ditemukan jodoh bagi yang belum dan sukses dalam apa juga yang dilakukan, AMIN...!

This birthday greeting is specially dedicated to Azza of Sedetikhati as she is celebrating her birthday today.'Azza, Happy Birthday! May all your wishes come true and may success be with you always!' This is for you. Not forgetting, Happy Belated Birthday to Kak Kamsiah too!

zwani.com myspace graphic comments

Monday, 12 January 2009

A Week Has Passed

Salam to all my friends out there. A week has passed and I haven't been posting any entry since last week. Eventhough, it's just the beginning of the school term, but there are so many things to be done as listed in my 'senarai tugas' for this year. And this week, I am the duty teacher with another colleague. Again, another work is added into my list. But, it's alright! I'll try my best to carry out all the duties that have been given to me!Talking about my duties for this here, check this out!

1. Guru Tingkatan
2. Guru Data ( BM M & SMM)
3. Guru Penasihat Kelab Seni Silat Cekak Hanafi
(The rose among the thorns, hehehe!)

4. Secretary for Buddy Support System programme
( PPSMTI, PPSMI which has been the issue lately!)

5. Ketua Guru Rumah

Luckily, the Form 4 students are not in for registration yet. The registration for the new Form 4 intake will only take place somewhere in February. As this is the New Year 2009, of course there are somehing new in the school. New friends, new subordinate, new students, new outlook,new resolution etc. Everything NEW! Just wait for that something NEW from me! But not for my new looks, okay,! Till then, adios!

Wednesday, 7 January 2009

First Day of School

Nur Fatimah Az'zahra dah tahun dua (2)

I guess this is because my son had been exposed to the kindergarten, everytime we passed by. And his two sisters also played an important role in preparing himself for school. Both of them encouraged him by telling him how exciting and fun to be in school. And I think it worked for him. He did not show any fear when he arrived at the school. Every day, when I got back from work, he would be telling me what he did in school. I hope this will continue when he goes to Year One (1)

Monday, 5 January 2009

Minum Petang Di Alamanda


Petang semalam, aku keluar jalan- jalan ke Alamanda, Putrajaya. Ye la kan, semalam hari terakhir cuti aku, begitu jugak dengan anak - anak. Esok, semuanya akan mula ke sekolah. termasuklah anak aku yang no. 3 tu yang nak masuk Tadika. Kitorang pegi Alamanda bukannya nak shopping barang - barang keperluan sekolah , sebabnya aku dah prepare awal - awal lagi. Malas nak tunggu last minute! Nanti masalah lain pulak timbul. Tak ada saiz la, tak ada stok la, dan macam - macam lagi!

So, semalam kami keluar tu saja nak relax je, dan nak hilangkan stress before we are back to school. Dengan kesempatan yang ada tu, sempatlah aku bertemu muka dengan salah seorang blogger yang aku kenal di awal - awal penglibatan aku dalam dunia blogging ni iaitu Alam. Walaupun aku sering ke Putrajaya atas urusan rasmi, tapi aku tak berpeluang lagi untuk berjumpa dengan Alam ni. Alang - alang dah ada di Alamnda, kami pun berjumpa di Medan Selera. Kebetulan dia pun shopping di Alamanda. Lama la jugak, kami sembang - sembang, macam - macam cerita Alam ni. Dia ni jenis yang banyak berjalan, samada atas urusan rasmi ataupun pergi bercuti. Bab jalan - jalan cari makan ni pun dia suka! Kira ok la Alam ni. Kitorang pun sama jugak, suka jalan - jalan dan makan - makan. Sempatlah dia bagi tau kat kitorang tempat - tempat makan yang best kat sekitar area Putrajaya dan Bangi.

Nanti ada masa, nak ajak si Alam ni pulak makan kat Presint 9, Putrajaya. Mengikut kata Alam ni, kat area tu, ada jugak tempat makan yang sedap. Saja nak mencuba sesuatu yang baru! To Alam, thanks for everything and it was a great pleasure to meet such a nice person like you.

Saturday, 3 January 2009

Goodbye 2008 and Welcome 2009

Kami jugak sambut Tahun Baru kali ni... !

The heat is on.

Busy getting the BBQ ready. Bakar jangan tak bakar!

Minuman Tongkat ali & Kacip Fatimah ditaja oleh Al-Jabbar !

Me and my kids together with my 'adiks angkat' aku.

Seingat aku sejak tamat pengajian di universiti sehinggalah dah punya anak tiga ni, aku tak pernah lagi keluar merayakan perayaan tahun baru ataupun sambut perayaan kemerdekaan. Tah kenapa minat aku nak bersesak - sesak dengan orang ramai menjadikan aku hilang selera nak keluar untuk itu! Tapi, kalau keluar makan makan ok aje ...! Tak de hal punya! Kalau setakat nak lihat artis- artis Malaysia terkinja- kinja melalak kat atas pentas, lihat kat TV pun boleh! Atau sekadar nak lihat percikan bunga api, rasanya tak sanggupla aku nak tunggu sampai jam 12 malam... bagi aku buang masa betul ! Lepas tu bila nak balik sangkut pulak dengan traffic jem... huh masakk !

Tapi tahun nie lain sikit la...

Bertempat di kedai bunga kakak ipar aku di STAR PARK (Setapak, Jalan Genting Klang) kami mengadakan family gathering, ada la buat makan- makan sikit... and we all buat BBQ tumbang la seekor kambing, ayam 30 ekor sedikit udang galah. Sosej pun ada. Ramai la sedara mara yg duduk sekitar Lembah Kelang ni yang datang, termasuklah regular customer kedai bunga kakak ipar aku. My husband pun jemput member - member kelab rekreasi dia, adik- adik angkat aku pun ramai yang datang malam tu. Kira happening jugak la malam tu... tak ada siapa yg peduli pasal bunga api malam tu pun, sebaliknya 'percikan flash kamera sesama kami nampak jauh lebih meriah dari apa yang berlaku di Dataran Merdeka atau di KLCC.Kemeriahan berterusan sehingga jam tiga pagi menurut kak ipar aku, tapi kami dah balik Kajang dah jam 11.30 malam tu...
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails