Yang Mempesona

Thursday, 30 April 2009

TAG DARIPADA DEA SARA

Hari ni aku nak jelaskan semua tunggakan yang dah lama tertunggak, termasuklah yang ni. Tag daripada Dea Sara. Dah lama dia bagi tag ni, tapi belum sempat nak menjawabnya. Nasib baik la tag ni tak la susah nak menjawabnya! To dea, moga puas hati dengan jawapan tag Myza ni ye!



1. Letakkan gambar profile anda.
This is my profile picture.

2. Maksud gambar tu?
Gambar ni tak ada maksud apa-apa pun. Tu masa dekat booth jual pickles kat
Alamanda. Bila pegi Alamanda, jeruk tu mesti tak tinggal punya!

3. Kenapa pilih gambar ni?
Gambar ni tak nampakkan my sweet and beautiful face tu, hehehe! Bukan
macam tu, sebab biasa ambik gambar nampak muka, sekali -sekala biarlah tak
nampak muka pulak, hehehe!

4. Bloggers yang akan ditag ialah:
i. Alia
ii. Kak Faiz
iii. Yanmie
iv. Kamar Hati

AWARD DRP HPK-UIN

This award I received from my new blogger friend in Indonesia.Tak begitu banyak yang aku tahu tentang dia ni.But one thing that I know is that this friend of mine will always be visiting me at my blog! Just to say hi and hello! Kepada sahabatku, terima kasih di atas pemberian award ini! Moga persahabatan yang baru terjalin ini akan berpanjangan, insya-allah!

10 Facts About Me!
1. I am a true Malaysian, saya anak MALAYSIA
2. I am the 4th of five siblings.
3. Have 2 elder sisters, 1 elder brother and and one younger brother.
4. All my sisters and brothers are married now!
5. Lost my mother 3 years ago! Al-Fatihah!
6. I have 7 nephews and 1 niece.
7. I love motorsports, especially Formula 1
8. I enjoy outdoor activities.
9. I love eating out with my friends and my family.
10. I have been in the education line for 13 years now.

Now, I want to tag this people!
1. Yanmie
2. Alia
3. Kak Faiz
4. Mummy Hanan
5. Ummi Rosma

Award Rules :

1. 1st insert this badge or the pic above to inform you have been awarded.
2. Make sure u take the pic n said who it is from.
3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell
their names in
your blog.
5. Don't forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!

Friday, 24 April 2009

KAT Zon Tengah 2009

Hakim-hakim Pertandingan Reka Cipta & Inovasi sedang mendengar penerangan rekaan pasukan bertanding.

Peserta Pertandingan Reka Cipta & Inovasi

The Opposition on 'Examination Is More Important Than Coursework'

The Government on the motion 'Coursework Is More Important Than Examination'

Representative from my school, singing 'Di Ambang Sore' and 'Hujan'

Juara KAT Idol Zon Tengah 2009 from ERT Setapak

Hi there! I'm back, I'm back, I'm back! Back from the KAT Zon Tengah in Shah Alam. After 3 days and 2 nights staying in the hostel dorm with the contestants, I'm finally back home! Home Sweet Home! And today, back to work! Tak de nak cuti pun sebab esok akan ada satu lagi majlis rasmi sekolah, Majlis Anugerah Cemerlang Kurikulum. Kena jadi Ketua J/ kuasa Dokumentasi pulak kali ni...

For you information, KAT ni memang agenda tahunan bagi semua SMT seluruh Malaysia. It is held according to four different zones, Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Timur. The KAT for peringkat kebangsaan or national level will be hosted by SMT Kuala Kangsar next month. My school will be representing the Zon Tengah for sofball(P) and sepaktakraw. Other winners for Zon Tengah are SMT Sepang (Football), SMTKL( Netball & Debate Parlimentary Style), SMT Selangor, Sg. Buloh (Rekacipta & Inovasi), SMT Shah Alam (Rugby) and SMT ERT Setapak (KAT Idol). Whatever it is, enjoy the pictures during the KAT !

Monday, 20 April 2009

REZEKI ADA DI MANA-MANA... (PART 2)

Salam and greetings to all. First of all, 1000 apologies for not not being able to update my blog! Bukannya apa, there were so many things that need to be settled. Not to forget, the school programmes. I was really tied up with all the activities and only last weekend I managed to have some time off. Bolehlah rehat sikit! Esok kena bawa pasukan bahas untuk KAT Zon Tengah until Thursday! Berat tanggungjawab tu! Walaupun bilangan tak ramai, tapi bila dah di luar sekolah, they will be my responsibilities! Wish me luck, ok!

Sekarang nak sambung balik entry minggu lepas! Hope you guys will enjoy it!
TEORI BIAR PRAKTIKAL
Bagaimanakah mereka ini boleh berjaya dalam perniagaan walaupun tidak pernah bersekolah atau punya kelulusan akademik yang rendah? Inilah yang menariknya. Sebenarnya perniagaan itu ada 'universitinya' sendiri. Walaupun anda belajar hingga ke peringkat PhD dalam bidang pengurusan perniagaan, belum tentu anda boleh menjadi kaya-raya jika berniaga. Ini kerana teori tidak semestinya sama dengan praktik. Malah kadangkala teori menyimpang dari praktik (bukan praktik yang menyimpang dari teori, kerana yang penting ialah teori itu dapat digunakan atau dipraktikkan).

PINTU DULU BARU TINGKAP
Universiti bagi orang berniaga itu bukannya Harvard Business School. Bill Gates tidak menghabiskan pengajiannya di Harvard kerana dia sudah nampak peluang besar pada masa itu (dia mulakan dengan membeli satu perisian, gubah dan jual semula kepada IBM dengan harga berlipatganda). Bermula dengan DOS (bunyinya seperti 'doors') dia dapat banyak wang, kemudiannya dia mencipta WINDOWS, yang digunakan di seluruh dunia pada masa sekarang.

UNIVERSITI UNTUK USAHAWAN
Para usahawan belajar dari 'universiti' yang unik ini. anya ialah University of Hard Knock. Dia berguru kepada pengalamannya sendiri, dia belajar dari kesilapan dirinya, dia juga belajar dari kesilapan orang lain. Dia berani mencuba perkara-perkara yang biasanya menjadi kekangan di dunia akademik. Dia bebaskan dirinya dari dipenjarakan oleh penjara teori yang bersifat seperti Alcatraz (ini adalah penjara di sebuah pulau dikelilingi air, amat sukar bagi banduan untuk lepas lari, tapi setelah ada banduan yang berjaya lari, penjara ini ditutup buat selama-lamanya). Hasil belajar dari University of Hard Knock ini, para usahawan ada formula-formula tersendiri. Kebanyakannya tidak pernah dibukukan. Jika usahawan itu dapat membina empayar niaga, dia akan menurunkan ilmu itu kepada anak-anaknya pula. Tapi kerana dia tahu bahawa sebenarnya apa yang patut anaknya lakukan ialah belajar dari pengalaman, dia akan mengambil anaknya bekerja dulu di syarikatnya dengan jawatan yang paling rendah dan gaji yang sedikit. Dia bukan membuli, tapi itulah hakikatnya pembelajaran yang berlaku di universiti ini.

PERLU TERHANTUK UNTUK TENGADAH
Untuk jadi intan berlian yang tinggi nilainya, karbon terpaksa dihimpit oleh tekanan yang amat hebat dan suhu yang amat tinggi. Untuk jadi emas yang gemerlapan, logam mentahnya perlu dilebur dalam api yang sangat panas. Mutiara bermula dari sebiji debu. Pokok yang besar, subur dan berbuah lebat bermula dari sebutir biji benih yang kecil. Untuk dapat hasil, kita perlu menyemai benih dahulu, kemudian kita jaga dengan rapi agar musuh tidak mengganggu dan kita baja agar ianya subur dan membesar. Mungkin pelajar Gred C yang telah saya catat di atas tadi telah belajar dari kesilapan-kesilapan mereka sejak dari bangku sekolah, atau mungkin juga dia telah menyahut cabaran sesiapa yang pernah mencabarnya, atau semangatnya telah 'melawan' apa jua bentuk hinaan yang pernah diterimanya dan dia jadikan itu sebagai faktor pendorong untuk dia maju ke depan. Sudah banyak bukti yang menunjukkan bahawa kekecewaan, kegagalan, kekurangan atau kemiskinan itu boleh jadi pendorong yang kuat ke arah mencapai kejayaan. Yang penting ialah kesudian kita untuk belajar dari pengalaman dan berfikir secara positif!

'' Allah SWT tidak akan mengubah nasib seseorang hambaNYA itu, kecuali hambaNYA itu yang mengubah nasibnya sendiri".

Wednesday, 15 April 2009

REZEKI ADA DI MANA-MANA... (PART 1)

BELAJAR...
Kajian yang telah dilakukan oleh seorang sarjana dalam dekad ini mendapati bahawa rata-rata mereka yang jadi multi-jutawan dan juga bilionaire (laksawan) adalah mereka yang tidak mendapat gred yang baik semasa di sekolah atau kolej. Mereka ini adalah pelajar-pelajar Gred C yang sering dipanggil 'mengadap' oleh guru besar, guru disiplin, guru kelas atau guru subjek kerana tidak buat kerja rumah, mengganggu pelajar lain, dan tentunya kerana keputusan ujian yang tidak memuaskan. Dia akan mendengar kata-kata seperti 'Awak ni nak jadi apa ni?', atau 'Beratlah awak ni..' atau 'Awak ni main saja yang tahu..'.

DROP-OUTS
Memang menarik. Mereka ini digelar 'drop-outs'. Antara yang paling kaya dari golongan ini ialah Bill Gates, usahawan terkaya di dunia pada masa kini. Khabarnya dia akan 'bersara' dua tiga tahun lagi. Dia 'bersara' setelah menjadi orang yang terkaya di dunia. Mungkin itu bukan satu tindakan yang kurang bijak. Michael Dell, yang mencipta komputer jenama Dell juga termasuk golongan ini. Anda tentu sudah tahu Yahoo, tapi mungkin tidak begitu kenal pengasasnya. Jerry Yang sejak berusia awal belasan tahun lagi sudah membangunkan Yahoo dan kini dia seorang bilionaire.


GRED C
Mana-mana pelajar yang mendapat Gred B pula ramai yang makan gaji, kemudian kajian mendapati bahawa mereka kini mahu mengikut jejak langkah kawan-kawan mereka yang dapat Gred C di sekolah dulu tapi kini sudah jadi kaya-raya. Mereka makan gaji tapi kemudiannya mahu berniaga. Tahukah anda di mana pula kawan-kawan mereka yang dapat Gred A dan sering dipuji kerana mendapat keputusan cemerlang? Rupa-rupanya mereka ini bekerja di firma-firma kepunyaan bekas pelajar Gred C tersebut. Mungkin kerana mereka dibayar gaji yang mahal, bekas pelajar Gred A ini merasa selesa dan menjadi pekerja yang setia. Otak mereka digunakan bagi memperkasakan perniagaan.

MENGGAJI ORANG PANDAI
Kerana bergunanya otak orang-orang pandai begini, banyak tuanpunya syarikat korporat telah mengatur langkah menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang, agar mereka ini bila habis belajar (sebenarnya usahawan tidak habis belajar, begitu juga sepatutnya semua orang) akan bekerja di syarikat korporat ini. Kalau mahu jadi syarikat yang berjaya, kita perlu ambil pekerja yang lebih 'pandai' (maksud pandai ini ialah mengetahui atau mahir dalam selok-belok yang lebih teknikal dalam sesuatu bidang tertentu) daripada kita. Artikel ini tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan orang-orang berpelajaran tinggi, tidak sekali-kali. Tujuan saya ialah untuk mencatat bahawa semua orang boleh jadi kaya-raya lagi berjaya dalam perniagaan, walaupun dia tidak pernah bersekolah. Di Malaysia ini pun ada bilionaire yang tidak tahu membaca dan menulis.

Friday, 10 April 2009

Kesibukan Yang Melanda

Majlis Khatam Al-Quran : 10 April 2009

Bersama Mantan Pengetua selepas Jamuan Majlis Khatam Quran


Pengetua baru, Encik Mohd Ghazaly Haroun


The rose among the thorns!


Para pelajar yang khatam sedang membacakan ayat -ayat suci Al-Quran.


Majlis Perpisahan Pengetua : 7 April 2009

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senyum lagi!


Penyampaian cenderahati daripada pelajar mengikut kursus


Cenderahati dari Guru Pusat Sumber.


Bersama rakan-rakan sekerja dan AJK Kelab Kebajikan Guru sebagai kenangan bersama Pengetua yang diraikan.

Salam semua. Dah lama rasanya tak dapat membuat entri-entri baru. Kesibukan yang melanda sepanjang minggu lepas dan minggu ini membuatkan aku kekurangan waktu. Setiap hari, ada saja aktiviti. Perjumpaan Unit Beruniform, meeting, latihan bahas untuk KAT Zon Tengah tak lama lagi, Majlis Khatam Quran pada hari ni dan Perkhemahan Perdana dari petang semalam hingga Ahad. Sesak nafas dibuatnya. hari ni sekolah ganti pulak! Ganti untuk cuti hari raya! Puasa belum lagi , tapi dah nak fikir pasal cuti hari raya!

So, inilah dia aktiviti-aktiviti sepangjang minggu ni yang telah membuatkan aku tak berkesempatan untuk menjenguk ke blog kawan-kawan! Jika singgah pun, tak sempat nak meninggalkan jejak! Hopefully, next week, everything will be back on the usual track! Enjoy the pictures !

Monday, 6 April 2009

Polis Yang ....(18SX)

Polis Gila !


Gambar di atas ialah gambar seorang "polis" di Thailand, apa yang tak kenanya polis ni? Nampak macam normal je...gila kuasa ke? cota dia ke yang tak kena?...nk tau ape yg xkne ngn die?....jom kite tgk same2....







Yuck....



Lagi kes x ada modal nak buat entry he he...

Thursday, 2 April 2009

Siti Jumpa Tok Guru Nik Aziz




KOTA BHARU, 2 April:Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk NikAbdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.

Sempena dengan kunjungan julung kali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu. Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.

Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.

Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat. “Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi. Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.

“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni ," katanya.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.

Aku skang tengah tak ada modal nak buat entry haha !!

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails