Yang Mempesona

Wednesday, 27 May 2009

SELAMAT BERCUTI , HAPPY HOLIDAYS!

Happy Holidays!


Salam to all. Dah lama rasanya tak berblogging ni. Tak taulah kenapa...padahal teringat jugak nak menulis. Nak post entry baru...tapi kemalasan melanda pulak kebelakangan ni. Kemalasan untuk mengetuk keyboard ni. Lagipun, dua minggu lepas, exam week. So, sebelum exam banyak perkara yang nak diselesaikan. Sediakan soalan, hantar soalan untuk dicetak pulak. Dah siap cetak, nak kena ketip pulak, susun ikut bilangan pelajar untuk 10 kelas dan bungkus. Nasib baik la ada guru pelatih. Boleh jugak mintak tolong! Thanks to Robin and Walter for helping me out with those exam papers.

Masa exam, kena la mengawas pulak. Sekarang exam dah habis, dapatlah kertas-kertas peperiksaan untuk ditanda. Ada 6 bundle tu, Paper 1 and Paper 2. So, sekarang dah mula la menanda, tapi tak boleh menanda kertas dalam kelas tau! P& P must be on as usual. I'm sure ramai dah plan untuk pergi bercuti tak lama lagi. Cuti-cuti Malaysia. tapi nampaknya cuti kali ni, aku tak akan ke mana-mana. Petang Jumaat ni sampai Isnin depan (29/05/09 -1/06/09), ada program Perkampungan Ilmu Fasa 2 untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5. So,kena datang untuk buat kelas for my students. At the same time, dapat tugas sebagai J/kuasa Kehadiran Pelajar. I have to distribute the attendance sheets of the respective classes to be checked and marked by the subject teacher. Perkampungan Ilmu Fasa 1 dah selesai masa cuti bulan Mac dulu. Tinggal Fasa 3 je lagi...coming soon bulan Ogos nanti.

So, to all teachers, 'Selamat Bercuti', 'Selamat Bertugas' kepada yang akan bertugas dan 'Selamat Menanda Kertas' ! Happy Holidays' to all of you!

Thursday, 21 May 2009

GURU... JASAMU TETAP DIKENANG


BALING 19 Mei - Walaupun telah bersara sebagai guru 50 tahun lepas, jasa Abdullah Ismail yang kini berusia hampir 100 tahun, tetap dikenang khusus oleh dua bekas pelajarnya yang juga sudah lanjut umur.

Abdullah yang mesra dengan panggilan, Cikgu Pak Cu, hari ini dikunjungi bekas muridnya, Jusoh Abdullah, 83, dan seorang lagi, Omar Wahab, 75, dalam satu pertemuan yang diusahakan oleh pusat khidmat seorang wakil rakyat di sini.

' Tak sangka ada bekas anak murid yang masih kenang saya dan mahu berjumpa dengan saya', kata Abdullah kepada pemberita di sini.

Beliau memulakan tugas sebagai guru pada 31 Julai 1927 di sebuah sekolah di Baling ketika berusia 17 tahun. Sekolah terakhir beliau bertugas ialah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Dawai di Sungai Petani pada 1950.

Abdullah berkata guru sezamannya banyak mengambil berat terhadap masalah pelajar dan akan mengunjungi rumah murid untuk bertanya khabar jika seseorang murid itu tidak datang ke sekolah.

' Kami sanggup berjalan kaki lebih dua kilometer selepas waktu mengajar atau hari cuti untuk mengetahui kenapa murid tak datang ke sekolah, dan kami juga membawa ubat demam dan kudis kepada murid yang sakit', kata beliau.

Katanya, guru pada zaman beliau juga memberikan tumpuan mengajar tulisan Jawi kepada murid dari semua kaum sehingga terdapat anak kaum Cina dan India yang pandai menulis dan membaca Jawi.

Abdullah yang mempunyai tiga anak lelaki dan lima perempuan, kini mempunyai lebih 50 cucu, 20 cicit dan tiga piut Bekas muridnya, Jusoh, dari Kampung Banggol Wan Mat Baling berkata, Cikgu Pak Chu tegas ketika mengajar dan amat mengambil berat masalah muridnya.

'Dia akan tanya apa masalah yang kita hadapi jika kita tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran', kata beliau.

Omar, dari Kampung Seberang Pekan Baling, pula berkata, semua pelajar di sekolah Kebangsaan Baling tidak berani bising dalam kelas ketika Cikgu Pak Cu sedang mengajar.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayu, Azmi Che Hussain, berkata beliau akan berusaha untuk mengumpulkan lebih banyak bekas guru di sini untuk diraikan dalam satu majlis sebagai menghargai jasa mareka kepada anak bangsa.

** Untungnya cikgu Pak Chu! Walaupun sudah bersara, tetap diingati oleh bekas anak murid! Tetap dipanggil cikgu sehingga akhir hayat!

Saturday, 16 May 2009

HAPPY TEACHER'S DAY

zwani.com myspace graphic comments

Peace upon you and greetings to all! Just want to wish all my friends out there, 'Happy Teacher's Day! And thank you very much to all my blogger friends for all the wishes! And this special gift is specially for Cikgu Sonata , situsanasini-wfy, skul_tcer, Daddy's Cool , teacher_sue, kenariputih ,Opah, Hadfina, MummyHannan and Ummi Rosma in Brunei Darussalam , Azza and Tera . Tak lupa juga buat rakan- rakan blogger di Indonesia iaitu Hanni, Seti@wan Those are my blogger friends whom I know that they are really teachers. Kalau ada yan g lain-lain tu merupakan guru-guru juga, tapi tidak diketahui, Happy Teacher's Day to all of you!

Not to forget, to all my blogger friends such as Zamz, pfs6450, Zara , cikgusaiful, lmuwanHati, Cen and Opah, who have sent me Happy Teacher's Day wish and gift, thank you for the sincere thoughts! Please accept the special gift from me as well !

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti kucurah

Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Wednesday, 13 May 2009

10 Hadiah Untuk Yang Tersayang.


Salam semua. baru - baru ni Hari Ibu. So, pastinya ramai yang bagi hadiah pada ibu dan juga terima hadiah sebab dia juga adalah seorang IBU. Macam-macam hadiah kita beri mahupun terima, Tak kiralah mahal atau murah, yang penting ikhlas dari hati!

Just nak share dengan semua, 10 hadiah paling sesuai untuk orang yang kita kasihi. Bukan setakat hadiah intan permata, emas berlian, atau apa-apa pun. Ini juga kita boleh hadiahkan pada yang tersayang. Mungkin hadiah ini lebih bermakna daripada emas permata, wang ringgit dan sebagainya! Anda boleh hadiahkan 1 atau semuanya untuk yang tersayang!

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang merasa dia sangat istimewa.

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dan lain-lain.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya-upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

Saturday, 9 May 2009

A Tribute To All Mothers (10th May 2009)

Salam and greetings to all. I just want to take this opportunity to wish all my blogger friends and all mothers out there Happy Mother's Day! Have a nice, happy and enjoyable Mother's Day.
Kepada semua yang masih punya ibu, emak, mak, mama, umi, atau mummy, hargailah mereka!

To all my mothers, please accept this small gift from me! Once again, 'Happy Mother's Day' to all of you! Eventhough the day is tomorrow,this is for you, a gift in advance! I miss my mama too, Allahyarhamah Hjh Mazenah binti Mohamed. Mama, wish you are still here with me...

Happy Mother's Day


Thursday, 7 May 2009

Cuba Teka Apa Ini?

Yang dah siap dipotong.... sebelum dimasak!

Yang ni baru keluar dari plastik !

Salam semua. Maaf sebab tak sempat meluangkan masa untuk publish a new post. Kesibukan yang melanda menyebabkan kelewatan dalam membuat entri baru.

Actually, I want to share with you a story. Have you seen this? Maybe 'YES' and maybe 'NO ' for some people. Mungkin sebab benda ni susah nak jumpa, so sebab itulah orang ramai mungkin tak tau dan tak kenal benda ni. As for me, eventhough I was born in a city, but when it comes to food, I prefer to eat the Malay tradistional food, especially lauk-lauk kampung. Biasanya lauk-lauk kampung ni susah nak jumpa,termasuklah benda dalam gambar ni.

Kebetulan baru-baru ni aku pegi ke Pasar Tani kat area tempat aku, ternampaklah benda ni! I remembered the last time I ate this thing was 11 years ago! Masa tu tengah pregnant anak sulung aku!Aku makan benda ni kat kenduri kawin kawan husband aku kat Felda Jengka. Lama tak lamanya aku tak jumpa benda ni!

Bila tanya harganya, bolehlah tahan jugak! RM9/kg. Tapi tak kisahlah, berapa pun harganya aku akan tetap beli, sebab benda ni bolehlah aku kategorikan sebagai ' species yang jarang ditemui'!
Apalagi, aku pun beli dan bawak balik ke rumah. Nak buat masak lemak putih dgn daun kunyit. Nak sedap lagi, letak ikan bilis atau udang kering! Jangan lupa letak lada hitam sekali! Manis je rasa bila dah masak tu! Buat kerabu pun sedap jugak..Tapi AWAS ... pada sesiapa yang sakit urat atau jenis yang sentiasa berangin badan tu, jangan makan! Nanti asyik buang-buang angin je! Kalau suka tapi sanggup tahan, kira ok la tu! Sama macam makan nangka dengan terung jugak la kan! Sedap tapi buatkan badan berangin satu badan!

Friday, 1 May 2009

Majlis Anugerah Cemerlang 2009

Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2008 bersama ibu bapa, Pengetua dan tetamu kehormat.

Pelajar terbaik keseluruhan SPM 2008, aliran Teknikal, Mohd Syafiq Helmi b. Kamaruddin

Ibubapa kepada Allahyarham Mohd Zaed b. Jamaluddin, Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM aliran Vokasional.

En . Jamaluddin menerima anugerah bagi pihak anaknya.

Ketua Panitia Lukisan Geometri dan PPU

Ketua Panitia Sains/Applied Science, Pn. Hjh Hindun binti Mamat.

Ketua Panitia Bahasa Malaysia, menerima Anugerah Pencapaian Kelulusan 100%.

Assalamualaikum and greetings to all. Dah lama rasanya tak blog ni tak diupdatekan. Dah naik sawang pun! Jangan sampai nak kulapuk sudah la! Bukannya blog ini dipinggirkan tapi kesibukan yang melanda membuatkan aku tak dapat nak publish entry baru. Padahal cerita ada, bahan ada! Cuma... mood dan idea untuk mengarang yang tak ada!Mana taknya, minggu depan nak kena submit kertas soalan untuk Mid Year Exam dan dokumentasi untuk Majlis Anugerah Cemerlang minggu lepas! So... banyak la yang nak kena disiapkan! Nasib baik kena set soalan Kertas 1, senang la sikit! Kalau kertas 2, jenuh jugak!

Ni nak share dengan semua pasal Majlis Anugerah Cemerlang 2009 kat my school. MAC 2009 tu diadakan pada 25 April 2009 untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua para pelajar lepasan SPM2008 yang berjaya di dalam SPM baru-baru ni dan juga pelajar-pelajar Tingkatan 5 sekarang yang mendapat keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2008. Tak lupa juga kepada garu-guru panitia yang mana Panitia berjaya mengekalkan kecemerlangan selama 3 tahun berturut-turut. Anugerah juga diberikan kepada Panitia yang berjaya memecahkan rekod kecemerlangan sebelum ini dan Panitia yang mendapat keputusan 100%.

Suasana gembira bertukar pilu seketika bagi para hadirin pada majlis itu sewaktu pembaca biodata pelajar membacakan biodata salah seorang daripada pelajar terbaik keseluruhan SPM bagi aliran Vokasional. Pelajar tersebut, Allahyarham Mohd Zaed bin Jamaluddin telah meninggal dunia seminggu sebelum berlangsungnya Majlis tersebut. Allahyarham meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru.Al-Fatihah .... Apapun, kepada semua yang berjaya, sekalung tahniah diucapkan! Kepada kedua ibubapa Allahyarham Mohd Zaed,moga tabah menempuhi ujian ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beramal saleh dan beriman. Amin...
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails